Sunday, 30 September 2012

Berita Baik Untuk Pekerja Swasta


LHDN Tegas Individu Pendapatan Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai
CYBERJAYA: Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013.

Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.

"Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hinggaRM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum initujuh peratus," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasancukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 danpengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian1-300-88-3010 atau emel di callcentre@hasil.gov.my.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahundepan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagimembayar cukai pendapatan.

Mohd Shukor berkata secara keseluruhannya bajet 2013 mengandungi 37 pindaandi bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; lapan pindaan di bawah Akta Petroleum(Cukai Pendapatan) 1967; sepuluh pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan HartaTanah 1976; dan enam pindaan di bawah Akta Setem 1949.

Kesemua pindaan itu katanya sebagai menyokong fokus bajet bagi merangsangaktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi danmeningkat produktiviti.

Justeru itu katanya, LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan di23 lokasi di seluruh negara, mulai 3 Oktober depan.

Ia bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta CukaiPendapatan dan akta-akta lain yang ditadbir agensi itu yang terkandung dalamBajet 2013. BERNAMAhttp://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/9/30/mstar_berita/20120929222018&sec=mstar_berita

Pengurangan cukai pendapatan ertinya pertambahan pendapatan kita (PCB akan berkurangan). Lebihan pendapatan tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan harian atau simpanan.

Untuk lebih lanjut, baca disini : http://mymassa.blogspot.com/2012/09/bajet2013-berita-baik-untuk-pekerja.html

Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Memalukan Diri-Sendiri


Apa nasib PAS dapat pemimpin macam ni. TUKAR lah. Kalau pembaca nak tahu apa yang Mahfuz ni komen pasal Bajet 2013, boleh klik sini .

Jejarikami juga berpendapat yang sama seperti penulis dari sumber maklumat ini. Nak komen pasal bajet mesti lah yang betul-betul faham apa yang telah dipersembahkan Perdana Menteri semalam. Tetapi malangnya PAs mempunyai pemimpin yang memberi komen, memalukan diri sendiri. TUKAR lah dia ni wahai PAS.

BAJET PEMBANGKANG HANYA FANTASI KOSONG



Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.

Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.

Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.

Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.

Bajet Alternatif 2013: Satu Lagi Pembohongan Anwar


Pada tahun 2012 kerajaan pusat membentangkan Belanjawan negara berjumlah RM232.8 billion, dan PR pula hanya memperuntukkan hanya RM220 walaupun setelah mengambilkira segala perbelanjaan yang termaktub dalam janji-janji syurga ala fantasi untuk rakyat.

Tahun ini, seperti biasa, PR bergegas untuk mendahului kerajaan dalam membentangkan bajet 2013. Bajet Fantasi PR untuk 2013 pula memperuntukkan RM233 billion dengan kadar defisit sekitar 3.5% berbanding 4.4% pada pembentangan 2012.

Nampaknya Anwar Ibrahim terus yakin yang rakyat mudah diperdaya dengan janji-janji manis yang tidak masuk akal dengan membentangkan janji-janji ‘tambahan’ di dalam Bajet Alternatif 2013 Pakatan Rakyat. Beliau nampaknya tidak serik apabila janji-janji dalam Buku Jingga diketawakan kerana jika ditunaikan, ianya hampir pasti menyebabkan negara muflis dalam masa dua tahun sahaja.

Kita sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim itu mukanya tebal. Jika tidak cukup tebal, tidak mungkin beliau sanggup ke hulu ke hilir sedangkan satu dunia telah menonton dirinya berbogel dan beraksi di atas katil. Mungkin Anwar sudah terlalu biasa berbohong dan sudah tidak malu lagi apabila pembohongannya terkantoi, seperti kegagalannya menunjukkan jam omega.

Kerana itu, Anwar dengan bangga membentangkan Bajet Alternatif PR yang digarapkan dalam mimpi atau fantasi para pemimpin PR. Bajet Fantasi ini disediakan tanpa memerlukan maklumbalas dan kajian terperinci dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam, Dewan-dewan Perniagaan dan lain-lain badan yang berkenaan sepertimana yang perlu dilakukan oleh sesebuah kerajaan bagi memastikan ianya praktikal dan tepat. Sebaliknya, Bajet Fantasi PR hanya memerlukan sumbangan idea dari ahli-ahli politik PR semata-mata.

Anwar patut bertaubat - Ulama



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertaubat sekiranya benar dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju bahawa 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslim.

Pengerusi Jawatankuasa kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, selain bertaubat Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu perlu kembali kepada agama dan menghormati sensitiviti umat Islam.

"Sekiranya kenyataan itu benar, maka saya merasakan Anwar tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam.

"Beliau (Anwar) perlu bertaubat dan kembali kepada agama, selain menghormati sensitiviti uamt Islam jika benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Persiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk  Dr Hassan Ali berkata, Anwar telah memperkecilkan usaha bantahan Umat Islam seperti dilaporkan dalam akhbar Britain, The scotsman baru-baru ini dan ekoran daripada itu, jelas memperlihatkan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu walaupun filem anti-Islam itu terbukti menghina Islam dan Rasulullah SAW.

MISI RAKHINE BUKTI MALAYSIA PEKA


Misi bantuan kemanusiaan yang aktif dilaksanakan badan bukan kerajaan (NGO) menggambarkan rasa tanggungjawab dan prihatin rakyat negara ini membantu meringankan penderitaan jiran serantau. Bantuan yang disalurkan bukan bertujuan mencampuri masalah dalaman negara terbabit, sebaliknya meringan penderitaan penduduk terjejas tanpa mengira bangsa dan agama. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin,  “Misi bantuan ini adalah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai jiran dan atas semangat ASEAN. Ia adalah langkah sementara bagi mengurangkan penderitaan penduduk di Rakhine, Myanmar”.

Kita percaya Kerajaan Myanmar juga prihatin dan berusaha menyelesaikan masalah mereka. Perlu ada usaha bersepadu untuk mencari jalan supaya rakyat di Myanmar atau tempat lain dapat hidup aman. Sebanyak 500 tan bantuan dalam bentuk makanan, keperluan perubatan dan lain-lain ke wilayah Myanmar itu.

Saturday, 29 September 2012

Bajet PR Bajet Liberalisme?



Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri sebelum mati, Anwar Ibrahim sentiasa memainkan peranan sebagai Perdana Menteri apabila saja berpeluang.  Jika Dato’ Seri Najib mengadakan program mesra rakyat dan meninjau keadaan rakyat, maka beliau pun ingin berbuat yang sama dengan mendekati rakyat sambil meninjau pengangkutan awam seperti LRT. 

Jika Dato’ Seri Najib ke sana ke mari dengan pengawal peribadi dan menaiki jet peribadi maka beliau juga ingin menjalani kehidupan yang sama.  Dan yang paling hebat ialah walaupun belum menjadi Perdana Menteri, Anwar ingin sekali membentangkan bajet seperti seorang Perdana Menteri. 

Kerana itu, walaupun Anwar tidak punya akses kepada maklumat terperinci kewangan negara bagi melayakkannya membentangkan bajet secara tepat, itu tidak menghalang beliau untuk terus melakonkan watak Perdana Menteri dan turut membentangkan bajet. 

Kerana tidak berdasarkan maklumat yang perlu, maka kita tidak perlu pun mendengar pembentangan Anwar kerana sudah pasti Bajet yang dibuat ‘di atas angin’ adalah Bajet Tong Kosong.  Untuk sesiapa mempercayai dan menaruh harapan kepada bajet sebegini, amatlah menyedihkan. 

Legasi 'bajet kosong' pakatan



BELANJAWAN pakatan pembangkang yang digelar Bajet Alternatif sudah diumumkan lebih awal daripada Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Skrip serupa digunakan tahun lalu dan dijangka disambung dengan dialog menuduh bajet kerajaan meniru bajet pembangkang yang lebih banyak menjanjikan 'gula-gula' daripada mengumpul 'gula' itu sendiri.

Mengimbas kembali, apa yang dijanjikan untuk 2013 seperti bantuan RM1,000 setahun kepada warga emas, bantuan kebajikan RM550 sebulan, gaji minimum RM1,100, elaun pendidik sebanyak RM500 dan banyak lagi sebenarnya salinan fotostat daripada bajet bayangan 2012 juga.

Mungkin dapat dilupakan seketika apa yang dibentangkan itu dengan poket kosong, umpama orang yang cuma window shopping, mereka tetap menabur janji-janji baru melalui bajet bayangan 2013 tanpa segan silu, sedangkan janji dan manifesto sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 masih banyak belum ditunaikan.

Lebih menarik, individu yang mengumumkan bajet bayangan untuk lebih 28 juta rakyat itu juga adalah Penasihat Ekonomi Selangor tetapi bajet yang setanding tidak pula dibentang dan dilaksanakan terlebih dahulu untuk lima juta rakyat negeri tersebut selepas lebih empat tahun memerintah.

BUDGET2013: Something for everyone




RESPONSIVE and responsible. The 2013 Budget to be tabled today by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is likely to put a smile on almost everyone’s face but yet calls for financial prudence.

Government officials described the much awaited Budget as “mildly expansionary but fiscally responsible”, taking into account the challenging global economic environment and the need to continue with fiscal consolidation while enhancing the wellbeing of the people.

The Budget speech, which will be telecast live from Parliament at 4pm, will generally have something for everyone.

Every segment of the society — from small to big businesses, farmers, private sector workers and civil servants — will stand to benefit directly or indirectly from a slew of measures to help raise their incomes.

In fact, it is a continuation of initiatives and policies that the prime minister had introduced since he took office three years ago to improve the quality of life of Malaysians.

Malaysia’s economy is expected to grow between 4.5 and 5.5 per cent next year, according to government officials, against 4.5 to five per cent this year. The growth is being fuelled by strong private investment, a robust construction sector and various Entry Point Projects under the Economic Transformation Programme.

SUARAM: The People Is Sick Of Your Stupid Game



Things surely don’t look so good for SUARAM.  The so-called NGO for human rights is now forced to face the people and the law for their devious motive, fund and even existence.

On top of that, SUARAM has no choice but to deal with the mounting pressure to proof their allegation against Dato’ Seri Najib and the government of Malaysia.

Acknowledging the fact, Cynthia Gabriel, Suaram’s secretariat, recently made a statement to assure people that things are going their way at the French court and that the Malaysian government would have to face the music ‘very soon’.  

Well, we can almost be sure that the ‘very soon’ is actually ‘never’ because the French has confirmed time and again that there is no trial over what is alleged to be ‘the scorpene scandal’ against the leader or the government of Malaysia and therefore there are no question of anybody being subpoena-ed. 

SUARAM has been hammering on the ‘scandal’ for far too hard and too long that their story scattered, lost track and gone out of control.  

Hudud Punca Pakatan Rakyat Berpecah Belah



Suatu ketika dulu, isu perlaksanaan hukum hudud pernah memberi manfaat besar kepada PAS terutama sekali dalam usahanya menyaingi kekuatan dan pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.

Sepanjang dekad 90-an itu, PAS berjaya meraih laba politik dari isu tersebut di masa yang sama telah mendoktrinasikan pemikiran sesetengah orang Melayu Islam untuk percaya kononnya UMNO telah menolak hukum Allah s.w.t.

Hasil doktrinasi itu jugalah kesannya menyebabkan pemahaman ramai penyokong dan ahli PAS semakin kukuh dan berkeyakinan penuh dengan perjuangan politik bersama PAS ganjarannya adalah syurga, manakala menentang UMNO seumpama satu jihad fisabillilah.

Kefahaman sedemikian adalah lanjutan dari pelbagai isu terdahulu seperti isu mengkafirkan sesama Islam, fatwa haram bekerjasama dengan orang bukan Islam dan Amanat Hadi yang pernah PAS pelopori lama sebelum isu hudud menjadi agenda utama PAS.

PAS Kelantan Hanya Selamat Di 17 Kerusi DUN



Semasa PRU 11 tahun 2004, PAS pernah hampir tersungkur di Kelantan apabila hanya menang di 24 kerusi DUN manakala baki 21 kerusi DUN lagi dikuasai oleh BN. Ramai pemimpin PAS mengurut dada, tak terjangka sedemikian rupa kebangkitan rakyat Kelantan tika itu.

Dengan jurang majoriti hanya berbeza 3 kerusi sahaja, kerajaan PAS Kelantan senantiasa berada dalam keadaan dihujung tanduk. Tambahan pula sebahagian DUN yang dimenangi PAS tika itu pula majoriti kemenangannya di bawah 1,000 undi sahaja.

Kini, senario yang hampir sama juga tidak mustahil berulang kembali. Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan sudah semakin marak hampir ke kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen negeri.

Semenjak PAS hanya menang nyawa-nyawa ikan di Manek Urai dan tewas teruk di DUN Galas tidak berapa lama dulu, kedua-dua peristiwa bermakna itu, merupakan antara faktor tambahan yang membantu merancakkan kebangkitan khalayak untuk menolak PAS.

Rakyat Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh SUARAM


Segalanya tidak kelihatan begitu baik untuk SUARAM. NGO yang kononnya ditubuhkan untuk mempertahankan hak asasi manusia kini menghadapi tekanan kuat daripada rakyat akibat daripada motif licik, dana dan juga kewujudan NGO tersebut.

Selain itu, SUARAM juga tidak mempunyai pilihan lain bagi membuktikan segala tuduhan yang mereka kenakan keatas Dato’ Seri Najib dan kerajaan Malaysia.

Menyedari akan keadaan ini, Cynthia Gabriel, sekretariat Suaram, baru-baru ini telah memberikan penjelasan kepada rakyat bahawa segalanya sedang berjalan lancar di Mahkamah Perancis dan kerajaan akan dikenakan tindakan tidak lama lagi.

Semuanya sedar bahawa 'tidak lama lagi' sebenarnya 'tidak langsung' kerana Perancis telah mengesahkan berkali-kali bahawa tiada sebarang perbicaraan yang dijalankan terhadap tuduhan 'skandal Scoepene' yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib dan tiada sepina yang dikeluarkan terhadap mana-mana individu.

PAS Tipu Dakwa Genting Beli Saham FGVH



Mudah sungguh bagi Subky Latif membuat tuduhan di Harakahdaily bahawa Genting membeli saham FGVH.  Mudah kerana ia tidak memerlukan fakta, angka dan bukti apa-apa untuk menguatkan tuduhan. 

Siapa saja boleh menuduh apa saja malah kita juga boleh menuduh Subky Latif atau Hadi Awang ada membeli saham Genting dan kemudian melalut-lalut mengaitkan keturunan, kenalan dan sahabat handai mereka sambil memburuk-burukkan semuanya sebagaimana yang Subky lakukan terhadap FGVH dan Dato’ Seri Najib dalam tulisan tersebut. 

Sehinggakan sekali baca, tampak seolah-olah Subky Latif ini bukannya ingin mempersoalkan Genting atau saham FGVH, tetapi dengki kerana tidak tergolong dalam keturunan orang-orang berada dan bernama seperti Dato’ Seri Najib. 

Sebenarnya, sikap orang-orang PAS ini sama saja, tak kira penulis, penyokong atau pemimpin.  Iaitu mereka gemar mempersoalkan tahap ‘keIslaman’ orang lain di samping menonjolkan diri sebagai yang ‘lebih Islam’ atau ‘paling Islam’.  Dalam hal ini, mereka sengaja membangkitkan persepsi seolah-olah pengurusan Felda tidak tahu halal-haram atau tidak cukup Islam. 

Mungkin kerana telah kalah dalam isu FGVH iaitu gagal menghalang penyenaraian, terbongkar segala penipuan dan niat jahat atau kerana menyesal tergadai peluang untuk sama-sama memperoleh keuntungan, maka PAS cuba mengalih pandangan dengan membangkitkan soal ‘keIslaman’ FGVH pula. 

KANTOI : ANWAR DAPATKAN NASEHAT SINGAPURA BUAT BAJET PR

Sesiapa yang melihat penyediaan bajet PR kali ini pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Nampak kali ini, Anwar hendak menekankan agenda meruntuh, demonization beberapa agensi kerajaan yang dibina oleh kerajaan.


Meruntuh sahaja? Apa sebenarnya yang Anwar inginkan? Apa program baru yang Anwar nak tawarkan.


Rupa-rupanya, ada budak baru yang membuat kerja bajet PR tahun ini. Rafizi dan Tony Pua pun tidak memberikan input yang diharapkan.


Katanya, orang baru yang lebih menarik perhatian Anwar mempunyai pemikiran yang sangat lateral dan mempunyai idea yang sangat baru.


Tricia Yeoh
Tricia Yeoh – adalah permata baru dalam PKR. Sekarang ini menjadi Research Officer TS Khalid Ibrahim (18k sebulan); Tricia sudah mula digunakan Anwar di peringkat yang lebih tinggi, Level nasional.

Friday, 28 September 2012

Anwar hina umat Islam



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam berukutan tindakan memperkecilkan umat Islam membantah filem Innoncence Of Muslim.

Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata Anwar yang mengatakan bahawa umat Islam menghadapi masalah dalam jiwa berikutan bantahan terhadap filem itu secara terang dan jelas menghina umat Islam.

Hassan yang juga bekas EXCO Selangor menggesa Anwar meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan bertanggungjawab ke atas kenyataannya.

Beliau turut menyerahkan kepada kebijaksanaan untuk menilai sejauh mana kenyataan Anwar itu menjejaskan akidah dan keimanan seorang Muslim.

"Ini adalah satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang satu ketika dulu memimpin gerakan Islam. Ia menggambarkan bertapa tidak sensitifnya terhadap komitmen masyarakat Islam menentang penghinaan terhadap agama.

"Saya turut berpendapat kenyataan Anwar itu sama nada dan pengertiannya dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini," katanya di kediamannya di sini semalam.

Kelmarin media mendedahkan Penasihat PKR itu mengakui wujud masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman, Isnin lalu.

Belanjawan Pembangkang Tidak Munasabah



Pakar ekonomi menyifatkan bajet bayangan yang dikemukakan pakatan pembangkang semalam sukar dilaksanakan kerana ia menggugat kestabilan pasaran, selain menjejaskan perolehan kerajaan.

Cadangan menghapukan tol dan menurunkan cukai kereta kepada 20 peratus, potongan cukai eksais secara mendadak juga tidak sesuai ketika ketidaktentuan ekonomi global.

Mereka berpendapat cadangan itu dilihat 'mesra rakyat' tetapi persoalannya sejauh mana ia boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan pasaran dan pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata cadangan penghapusan tol PLUS dan dua konsesi lain dalam masa yang singkat sukar dilakukan kerana ia memberi kesan negetif kepada pendapatan kerajaan.

Cadangan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula tidak munasabah kerana pinjaman pelajaran diperlukan untuk membantu rakyat mendapat pendidikan di peringkat lebih tinggi.

Katanya, pinjaman adalah saluran yang relevan untuk digunakan oleh pelajar yang menghadapi masalah kewangan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Adalah tidak munasabah untuk menghapuskan pinjaman pelajaran. Pembiayaan berkesan yang disediakan untuk pelajar yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) sejajar dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan," katanya.

70% Rakyat Percaya PR Kalah PRU 13



Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari 21% kepada 30% respondan.

Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536 respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13.

Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu seolah-olah peratusan 30% itu begitu hebat walau hakikatnya ia hanyalah minoriti sahaja.

Walhal selama ini penyokong dan pemimpin pembangkang amat alergik dengan sebarangan kajiselidik kecenderungan pengundi kerana bagi mereka semuanya itu hanya propaganda BN sahaja.

Di pihak kita pula tidaklah pula menolak secara keseluruhan setiap kajian dan tidaklah juga bergantung seratus peratus pada setiap kajiselidik sedemikian memandangkan jumlah respondan yang dijadikan sampling terlalu rendah dan tidak mengambarkan senario keseluruhan.

INTIPATI PEMBENTANGAN BAJET 2013



Antara ialah intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati". 

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan. 

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.


* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar 

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. 

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.

* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014. 

* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.

* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian. 

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT. 

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera. 

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual. 

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

* RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.

* Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.

* RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan. 

* RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan. 

* Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills". 

* Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. 

* RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.

* Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah. 

Soros taja Malaysiakini?



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini.

Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai tahun lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekad lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom.

Menurut Sivarasa, dia membayar sebanyak RM5,000 bagi 5,000 unit saham ketika beliau dijemput untuk menyumbang kepada penubuhan portal berita itu pada 13 tahun lalu.

"Ia adalah untuk tujuan yang berbaloi. Saya masih memiliki 5,000 saham daripada 4.5 juta saham yang diterbitkan," katanya dalam wawancara dengan The Star.

Selain Sivarasa, seorang lagi pemegang saham  Mkini Dotcom iaitu Bruno Gentil Pereira dan CEO Malaysiakini, C. Pramesh merupakan antara aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

TRANSFORMASI DALAM SISTEM PERUNDANGAN NEGARA AKAN DITERUSKAN KERAJAAN


PM Datuk Seri Najib Razak berjanji kerajaan tidak akan berpatah balik selepas melakukan pelbagai transformasi dalam sistem perundangan negara. Sebaliknya, Perdana Menteri memberi jaminan usaha sejak tahun lalu ke arah sistem yang lebih progresif akan diteruskan walaupun perjalanan ke arah pembaharuan masih jauh.

“Tembok lebih mudah diruntuhkan daripada asas yang dibangunkan. "Usaha bersungguh-sungguh dan teliti untuk membina asas yang kukuh, teguh serta padu yang akan berupaya menghadapi ujian masa, mengambil masa." - Datuk Seri Najib Razak

Namun, kita perlu sedar ada pengamal undang-undang, terutama mereka dalam komuniti hak asasi manusia tetap memilih untuk ‘melihat gelas itu sebagai separuh kosong daripada separuh penuh.’

Najib, “Tembok lebih mudah diruntuhkan daripada asas yang dibangunkan. Usaha bersungguh-sungguh dan teliti untuk membina asas yang kukuh, teguh serta padu yang akan berupaya menghadapi ujian masa, mengambil masa. Seperti Rome tidak dibangunkan dalam sehari, pembinaan Malaysia yang adil, saksama dan demokratik tidak boleh dicapai dalam masa semalaman. Seperti pepatah purba Cina menyebut, suatu perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.  Kita sudah memulakan bukan saja langkah pertama tetapi banyak. Perjalanan itu adalah jauh dan akan diteruskan, namun pembaharuan tidak akan berpatah balik itu janji saya.”

PUNCA ANWAR BENTANG AWAL BADGET SAMPAH MEREKA DIDEDAH



Perkara ini memang tidak pernah dilakukan ketika pemimpin lain jadi ketua pembangkang tetapi sejak Anwar Ibrahim pegang jawatan itu, beliau dan sekutunya sengaja bentang belanjawan pembangkang sebelum Bajet kerajaan.

Memang tidak ada peraturan halang Anwar dan geng-geng beliau bentang belanjawan mereka tetapi tindakan itu dianggap tidak menghormati demokrasi yang diberikan rakyat kepada kerajaan memerintah membentangkan belanjawan.

Sebab itu ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membidas cadangan pembangkang untuk bentang bajet Pakatan Rakyat pada taklimat khas Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan Bajet 2013 pada Jumaat Petang di Dewan Rakyat.

Menurut Ibrahim, Anwar tidak perlu berbuat demikian kerana ketua pembangkang diberikan peluang pertama membahaskan belanjawan itu selepas pembentangan.

“Kalau Anwar nak buat bajet sendiri nak kaburkan mata rakat itu hak dia. Bagi saya ada dua sebab pembangkang buat bajet mereka seperti sebelum ini,” kata Ibrahim kepada media di lobi parlimen, Selasa.

Pertama katanya, bagi menganggu strategi belanjawan kerajaan dan kedua bagi kepentingan politik.

“Maksudnya, apabila dibentang nanti (Bajet 2013) dan ada perkara terkandung (Bajet PR), mereka akan dakwa Perdana Menteri cedok atau tiru dari PR,”.

“Kedua, mereka tahu pilihanraya dah dekat lepas PM bentang bajet. Mereka bimbang belanjawan mesra rakyat dan dapat sambutan rakyat. Sebab itu mereka kemukakan belanjawan (PR) esok,” katanya.

Menurutnya pembangkang seolah-olah takut dan risau dengan pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat ini sehingga sanggup membentangkan belanjawan mereka terlebih dulu.

"Apakah pembangkang bimbang belanjawan kerajaan yang lebih menjurus kepada mesra rakyat akan menggugat mereka," katanya.

Ibrahim mendakwa tindakan pembangkang itu hanya untuk "kepentingan politik" dan rakyat seharusnya tidak tertipu dengan agenda mereka itu.

Perkasa Cabar Pas Tegur Dong Zong





Petikan di bawah merupakan artikel yang JK peroleh dari Utusan Malaysia. JK cuma nak tahu sama ada PAS berani menyahut cabaran Perkasa ini atau tidak. Selama ini penyokong PAS yang tidak sedar diri dikeldaikan sering memperlekehkan penubuhan Perkasa dan mempersenda orang Melayu. Sejak berkawan baik dan kamceng dengan DAP ni, beranikah PAS menegur tuntutan racist Dong Zong? JK boleh jamin jika perbuatan biadap DAP yang lain pun PAS membisu, inikan pula tuntutan Dong Zong meskipun ianya bakal membawa kepada keruntuhan keharmonian kaum di Malaysia.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Pas agar menegur Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) jika benar parti itu bercita-cita mahu menggantikan UMNO dalam membela kepentingan orang Melayu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana tuntutan Dong Zong tidak terhad kepada soal kekurangan guru semata-mata tetapi turut mendesak kerajaan supaya membenarkan mata pelajaran Sejarah berasaskan sejarah China diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Beliau menyelar sikap berdiam diri Pas dalam soal itu kerana dipercayai bimbang kaum Cina tidak mengundi parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang berkata, Pas tidak akan mampu menggantikan UMNO jika tidak berani menegur Dong Zong.

"Mana suara Pas dalam soal ini? Mereka mendakwa mahu menggantikan UMNO tetapi hendak menegur Dong Zong pun tidak berani tetapi jika kerajaan menurut kehendak Dong Zong, saya percaya Pas akan menjadi pihak pertama menuduh UMNO jual bangsa Melayu.

"Atas sebab itu, Perkasa mahu kerajaan bertegas. Mana-mana tuntutan Dong Zong yang bertentangan dengan Fasal 151, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan serta Dasar Pelajaran Kebangsaan perlu ditolak dengan tegas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dong Zong mengemukakan lapan tuntutan baru, selepas kumpulan 500 ahli persekutuan itu berhimpun di Padang Merbok sebelum berarak ke Parlimen dan menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyelar tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut Dong Zong di Parlimen semalam dengan menyifatkan, ia tidak ubah seperti pengkhianatan kepada kepentingan orang Melayu.

Katanya, beliau kesal dengan sikap Anwar yang tidak sensitif dengan tuntutan melampau Dong Zong hanya kerana ingin memenangi hati kaum Cina demi mencapai cita-cita bergelar Perdana Menteri walaupun ia mengguris perasaan orang Melayu.

Ibrahim sehubungan itu menggesa orang Melayu agar bangkit bersatu bagi memastikan hak yang sedia terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan terpelihara serta Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak dicabuli sesuka hati oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita tiada masalah jika tuntutan tersebut berkisar mengenai masalah kekurangan guru tetapi hakikatnya Dong Zong mahu lebih daripada itu. Harus diingat Dong Zong ini memboikot sebarang penyertaan dalam sebarang seminar mahu pun sidang meja bulat anjuran kerajaan.

"Kalau mereka begitu berani mengapa kita terus menikus bila hak melayu semakin hilang, bolehkah kita berhimpun seramai mungkin bagi menuntut setiap pelajar Melayu yang layak ke universiti diberi biasiswa penuh termasuk sara diri kerana itu hak yang dijamin dalam Fasal 153," katanya.

Bajet 2013 Bakal Digelar Bajet Rakyat Tersenyum?





Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka akan menjadi ‘Bajet Rakyat Tersenyum’.

Ini kerana, seperti beberapa bajet yang dibentangkan sebelum ini di bawah pentadbiran Najib, Bajet 2013 juga akan padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat.

Sumber memberitahu Mynewshub, antara yang mungkin diumumkan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.

Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk mengagihkan BR1M kepada 4.7 juta isi rumah.

Tahun ini, kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat di negara ini.

Selain itu, sumber berkenaan memberitahu, bonus untuk kakitangan awam juga berkemungkinan akan turut diumumkan.

“Sekurang-kurangnya setengah bulan bonus mungkin ada, ini tambahan kepada setengah bulan yang sudah pun diberikan sebelum hari raya baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber kedua pula memberitahu, kerajaan dijangka akan mengurangkan cukai dan duti ke atas kenderaan dengan kuasa enjin (cc) yang rendah.

Selain itu, Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) akan menerima lonjakan yang amat menarik dengan peruntukan bagi projek berkenaan dijangka dipertingkatkan 5 kali ganda jumlahnya berbanding peruntukan dalam bajet sebelum ini.

“Kami dengar pihak PRIMA mohon peruntukan 1 bilion dan dijangka ia akan diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan membentangkan bajet yang memfokuskan kepada usaha untuk mengekalkan memontum pertumbuhan ekonomi negara.

“Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan pelan kewangan kerajaan bagi tahun akan datang, dalam satu bajet yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan dan memastikan Malaysia berada di landasan kewangan yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Berucap di Parlimen, Perdana Menteri memberitahu akan mengumumkan polisi yang bertujuan untuk mengekalkan permintaan tempatan di samping memastikan semua rakyat Malaysia mengalami peningkatan dari segi mutu kehidupan.

Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan berkata;

“Di sebalik ketidak-tentuan ekonomi global, langkah-langkah yang diambil kerajaan telah berjaya memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang sedikit demi sedikit.

“Untuk meneruskan momentum itu, bajet esok akan terus melabur untuk masa depan jangka panjang – memperkukuhkan pertumbuhan, tetapi pada masa yang sama memperkuatkan komitmen kami ke arah tanggungjawab fiskal,” katanya. 

Sumber: mynewshub.my

Tuduh Nasharuddin Pengacau, Agen UMNO – Guan Eng Usah Jadi Samseng Politik



Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menganggap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai pengacau di dalam Pakatan Pembangkang sebagai satu kenyataan yang angkuh dan sombong.

Jika begitu menurut Abdul Rahman, Lim Guan Eng juga boleh dianggap sebagai pengacau di dalam Parlimen kerana setiap kali berdiri untuk bertanyakan soalan,  beliau akan sentiasa mempersoalkan segala keputusan dan tindakan kerajaan.

“ Jika beliau anggap Nasharuddin sebagai pengacau, kita juga boleh menganggap dengan kapasitinya sebagai ahli parlimen Bagan itu, dia juga merupakan seorang pengacau di dalam Parlimen. Setiap kali bangun berdiri, beliau pastinya akan mempersoalkan segala keputusan dan tindakan kerajaan, biarpun ia dibuat adalah untuk kebaikan rakyat,”

“Dalam hal ini, saya lihat Nasharuddin hanya ingin meminta penjelasan daripada Lim Guan Eng berkenaan isu hudud itu. Saya yakin, beliau meminta penjelasan isu hudud ini kepada Lim Guan Eng kerana isu hudud ini isu yang amat penting dalam parti Pas.

“Sebagai seorang yang mempunyai kedudukan dalam Pas, sudah tentulah beliau akan meluahkan rasa tidak puas hati beliau, tetapi untuk membalas pertanyaan itu dengan jawapan kebudak-budakkan dengan mengatakan Nasharuddin sebagai pengacau dan agen UMNO,  saya kira itu menunjukkan penyakit politik angkuh Lim Guan Eng sudah tidak boleh diubati lagi,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, beliau mengira bahawa  ketua menteri Pulau Pinang itu sudah lupa dengan kedudukannya sebagai Ketua Kerajaan negeri.

Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah seterusnya berkata tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Ketua Menteri  bercakap seolah-olah dia itu sebagai samseng politik.

“Apabila kita memegang jawatan sebagai ketua menteri, atau pun menteri besar, tak kiralah parti mana sekalipun, macam mana pun cabaran dan orang membuat provokasi terhadap kita, maka kita sebagai seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar,  kenalah jawab dengan berhemah.

“Tetapi perkara itu saya tidak nampak dalam diri Lim Guan Eng sebab dia masih lagi menganggap dirinya itu sebagai pembangkang. Berpuluh-puluh tahun sebagai pembangkang, perangai dan sikapnya tidak boleh buang. Dia bagaikan lupa bahawa dia kini adalah Ketua Menteri,” jelasnya lagi.

Sebab itu dapat kata beliau,  apabila ada ahli Parlimen atau rakyat yang bertanya mengenai dasar-dasar beliau di Pulau Pinang, beliau begitu cepat melenting.

Malah kata Rahman, beliau juga pernah dimarahi Lim Guan Eng kerana mempersoalkan dasar kerajaan negeri, sedangkan soalan itu adalah soalan yang relevan yang mana rakyat sendiri mahu mengetahuinya.

“Ini berbanding dengan sikap menteri-menteri BN di peringkat kerajaan persekutuan,macam mana pun provokasi yang dibuat,   mereka tetap cuba  menjawab segala soalan dengan nada hormat. Ini kerana kita faham tugas kerajaan adalah untuk menjelaskan sebarang isu kepada rakyat. Tidak ada soalan yang tidak dijawab oleh pihak kerajaan baik dilontarkan oleh pembangkang. Siapa saja pun akan menjawab termasuklah Perdana Menteri sekalipun pada setiap soalan yang diajukan.

“Keangkuhan beliau dalam menangani segala isu, bukan sahaja isu Nasharuddin tetapi begitu juga isu bayan mutiara dan segala persoalan yang dilontarkan oleh UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang, semuanya dijawab dengan nada kasar dan angkuh. Sedangkan soalan yang ditanya itu amat relevan untuk dijawab,” ujarnya lagi.

Beliau cuba membayangkan sekiranya Perdana Menteri Malaysia hari ini menjawab sesuatu isu dengan nada angkuh dan sombong, sudah tentulah rakyat akan marah. Dan perkara inilah yang berlaku di Pulau Pinang, rakyat jadi marah dengan cara jawapan yang diberikan oleh Lim Guan Eng kerana jawapan yang diberikannya itu terlalu kasar, provokasi dan konfrontasi.

“Nasihat saya pada Lim Guan Eng, cepatlah belajar bagaiaman untuk menjadi Ketua Menteri. Menjadi Ketua Menteri bukan sahaja memegang kuasa saja, tetapi ia juga berkait rapat dengan pembawakan diri, cara bertutur dan cara kita mematikan isu,” akhir beliau. -MediaUMNO

BUDAYA BERBOHONG SUDAH JADI MAKANAN PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG




Kenyataan yang bercanggah antara sama satu lain yang diberi oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang, Tian Chua, Nurul Izzah dan Anwar sendiri dalam menghadapi isu jet peribadi mewah yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang itu,  bukanlah satu perkara yang pelik dan menghairankan.

Menurut bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berdasarkan pengalamannya ketika bersama parti tersebut selama lebih lima tahun, jawapan yang bercanggah seperti ini dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang, khususnya PKR merupakan satu perkara biasa.

“Perkara ini senang saja untuk kita nilai. Sekiranya adanya dua tiga jawapan yang berlainan dari pucuk kepimpinan Pakatan Pembangkang tentang sesuatu isu, sudah terang lagi bersuluh ini bermakna ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

“Inilah budaya pembohong itu sudah jadi asam garam dan makanan bagi mereka. Apabila ada satu-satu isu yang timbul, Anwar selalu ingatkan para pemimpinnya agar menafikan dulu perkara itu, kemudian baru kita fikirkan bagaimana untuk mencari alasan dan jawaban yang munasabah untuk menjelaskan isu-isu tersebut,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

BAJET FANTASI PEMBANGKANG GAGAL NAFIKAN BAJET REALITI JANJI BN



Menjelang pembentangan Bajet 2013 yang akan berlangsung Jumaat ini dilihat bahawa pakatan pembangkang sudah ibarat cacing kepanasan apabila tidak senang duduk dan dilaporkan akan mengadakan pembentangan bajet mereka juga.

Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat tingkah pakatan pembangkang ini sebagai salah satu daripada taktik mereka untuk cuba memburukkan kerajaan menjelang bajet kerajaan Pusat sebagaimana yang seringkali mereka lakukan sedangkan dalam masa yang sama ia umpama membuka pekung sendiri.

“Tiap tahun ada saja yang mereka lakukan sepertimana tahun lalu apabila ketua pembangkangnya, Anwar Ibrahim pun membuat bajet berasingan dengan kerajaan pusat tetapi persolannya sejauhmana ia dilaksanakan sedangkan bajet kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi realiti,” katanya kepada UMNO-Online.

JET MEWAH – ANWAR SELALUNYA TAK SEDAR DEDAH KEBURUKAN, HIPOKRIT DIRI SENDIRI



Gambar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sebuah jet peribadi yang dikatakan beliau merupakan sumbangan dari seorang seorang rakan, sebenarnya sudah cukup untuk mendedahkan  sikap sebenar Ketua Pembangkang Pakatan Pembangkang itu.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pendapat beliau dalam isu ini,  Anwar sebenarnya mahu memperlihatkan keyakinan kepada para pengikutnya, termasuklah ahli-ahli Parlimen bahawa dia kini sudah cukup kuat untuk mentadbir negara.

“Anwar ini kadang-kadang  tidak sedar, bahawa dia sendirilah yang mendedahkan siapa dirinya yang sebenar kepada masyarakat awam. Inilah Anwar.  Saya sendiri dah kenal dia lama. Saya tak nafikan dia memang orang kaya sejak dari dulu. Semasa bergerak aktif  di Yayasan Anda pun Anwar dilihat sebagai seorang lelaki yang mempunyai bercitarasa tinggi.

Thursday, 27 September 2012

PERANG USTAZ NASHA, GUAN ENG : UJIAN TERBAIK PAS PERTAHAN MARUAH DAN PRINSIP



Seluruh kepimpinan Pas seharusnya berada di belakang bekas Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa berhubung pertembungan antara beliau dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan pelaksanaan hukum hudud.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Fairus Khairudin berkata dalam keadaan sedemikian, Nasharudin seharusnya mendapat solidariti yang tidak berbelah bagi daripada parti berkenaan kerana apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bachok itu melibatkan prinsip parti.

Menurut beliau Pas perlu memberi sokongan dan dokongan sewajarnya jika benar Pas ingin memperjuangkan Islam dan bukannya mengambil sikap berdiam diri dan sebagainya yang akhirnya bakal memberi impak yang cukup negatif kepada parti tersebut.

Turun Naik Populariti Najib Perkara Biasa



Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga kini terus menjadi pilihan sebahagian besar rakyat Malaysia apabila 58% daripada 1,536 respondan yang dikajiselidik cukup selesa berada di bawah kepimpinannya.

Senario tersebut dapat dilihat dari keputusan kajiselidik terbaru yang dijalankan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Dalam kajian Mac lepas, UMCEDEL merekodkan populariti Najib berada pada aras 61%, sedikit tinggi berbanding laporan terkini yang dipaparkan.

Mungkin bagi pembangkang kejatuhan 3% populariti Najib adalah satu berita baik untuk mereka atau barangkali penurunan itu akan dikaitkan dengan 'kejayaan' PR menganjurkan beberapa siri demonstrasi jalanan seperti BERSIH 3.0, Himpunan Oren dan Janji Demokrasi.

Penurunan 3% tahap populariti PM itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana turun naik populariti seseorang pemimpin utama negara sudah menjadi satu perkara biasa dan jarang statik pada satu-satu tahap sahaja.

Hakikat tersebut diakui ramai penganalisis politik dan mereka percaya ia hanya bersifat sementara sementelah lagi angka 58% itu jauh lebih baik berbanding rekod terendah hanya 45% respondan sahaja yang selesa dengan corak pentadbiran Najib semasa beliau baru mengalas jawatan tersebut pada April 2009.

Scorpene Never Dies, Suaram Will



Suaram, though claiming to have had the government sweating and shivering of fear over their probe on scorpene scandal, continues to demonstrate their state of panic.  

For weeks now, Malaysiakini, and other pro-Pakatan Rakyat’s media have been putting all their effort and focus on ‘getting Suaram out’ of the mess. 

Unable to deny the fact that the so-called human rights organization did receive funds from NED, a neo-con related organization which is responsible for the ‘regime change’ operation in targeted countries, and OSI, an organization owned by George Soros, a rouge trader that provides support for the regime change operation as well as human-rights movement, mainly the rights of the LGBT, Suaram is finally forced to admit the fact. 

Suaram’s may be last resort is to try to show the world that they do have the support from the people of Malaysian. 

In order to do so, a candle light vigil was held on the 25th September by some unknown party claimed to be ‘a group of youths who have been participating in the Malaysian democratic movement for the past 10 years’ to gather as many Malaysians who are ‘outraged by the government’s persecution of Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)’.  Their slogan: ‘Scorpene Never Dies’. 

Of course, Suaram denied of any involvement in it, especially when only about a hundred Malaysians turned up including a few PR leaders, namely, Subang Jaya MP, Sivarasa.

Kajian UMCEDEL Buktikan BN Akan Menang PRU 13



Berdasarkan laporan terbaru kajian pilihanraya yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tidak syak lagi Barisan Nasional (BN) sudah berada di landasan yang betul untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13).

Kajian tersebut yang dilaksanakan bermula 1 September hingga 16 September 2012 lepas melibatkan seramai 1,536 orang respondan dari seluruh negara. Kurang 746 orang berbanding 2,282 orang responden yang ditemubual semasa tempoh kajian sebelumnya (31 Mac - 15 April 2012).

Di peringkat pusat, daripada 1,536 responden yang dikajiselidik itu, seramai 676 orang ataupun 44% daripadanya yakin BN akan memenangi PRU 13 dan mengekalkan penguasaan sebagai Kerajaan Pusat. Hanya 461 orang sahaja yang memilih Pakatan Rakyat (PR).

Manakala baki 399 orang ataupun 26% lagi memberikan jawapan tidak pasti, berkemungkinan besar terdiri dari golongan atas pagar. Angka 26% adalah amat besar bagi sebuah negara demokrasi yang membangun seperti Malaysia dan amat signifikan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Sekiranya kajian dan rekod pilihanraya lalu dijadikan sandaran, golongan pengundi atas pagar acapkali akan mengundi berdasarkan isu semasa dan umumnya sebahagian besar golongan ini sebenarnya lebih cenderung bersama BN.

926 Assembly: Save Malaysia From Dong Zong




Dong Zong, a Chinese extremist group which uses chinese education as their cover is planning to organize an assembly which is known as 926 at the Parliament today to protect the power of Director's Board in Chinese schools.

According to its Vice President, Chow Siew Hong, the assembly should be held because there are efforts from the Education Department in manipulating the appointment of board of directors through the rejection of committee registration at SJKC Jinjang Utara, in order to control Dong Zong. However, the Department explained that the registration of the committee was rejected by Dong Zong's President, Yap Sin Tian and that Siew Hong failed to follow the requirement where he should appoint three members from related bodies with the school, such as alumnis and the PTA (PIBG).

Even though this is more of a technical issue which was caused by then, but as usual, Yap Sin Tian and Siew Hong would try to point everything to the government.

When the fact is, both Sin Tian and Siew Hong are just afraid to lose their positions and that they might not be able to compete for the coming Dong Zong election when the registration was rejected.
Despite that, the official announcement on the 926 assembly did not mention about the issue on board of directors or their positions specifically but instead, it tries to bring the issue on Chinese Education with the slogan ‘Save Chinese Education Campaign’. Few of their main inspiration would be the issue in SJKC Jinjang Utara, which was an old issue which had been rectified and answered by the government which was it was due to the lack of teachers with Chinese Education background and Chinese private schools in Kuantan.

ANWAR TIDAK SENSITIF TENTANGAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENGHINAAN

Kenyataan Anwar Ibrahim bahawa umat Islam "mempunyai masalah dalam jiwa mereka" tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang satu ketika dahulu pernah memimpin gerakan Islam, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali hari ini. Ini merujuk kepada artikel temu ramah Anwar bersama sebuah penerbitan British, 'The Scotsman', baru-baru ini yang mengandungi artikel tulisan Eddie Barnes bertajuk 'Eddie Barnes: Tough Challenge to Heal the Divides in Malaysia'.

Ia antara lain berbunyi: "On the violent reaction to the blasphemous video insulting Islam, he (Anwar) agrees there is a 'problem with the Muslim psyche...people are easily enraged and emotional'."

Kenyataan seperti ini menggambarkan betapa tidak sensitifnya beliau terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap agama mereka.

Lebih daripada itu, kenyataan itu seolah-olah memperkuat kenyataan sembarangan yang dilemparkan pimpinan DAP yang sememangnya difahami bahawa mereka jahil tentang Islam, apa lagi yang menyentuh soal akidah dan keimanan.

SSM LENGKAPKAN KERTAS SIASATAN SISB

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang melengkapkan kertas siasatan bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang dikaitkan dengan SUARAM. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya akan menyediakan maklumat tambahan itu secepat mungkin sebelum diserahkan semula kepada Pejabat Peguam Negara. 

“Ini bukan soal kelemahan siasatan, tetapi ada beberapa perkara (maklumat tambahan) yang diperlukan mereka (Pejabat Peguam Negara), kita sedang sediakan maklumat yang dikehendaki itu,”.

Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan dan mengarahkan SSM menyiasat lebih lanjut akaun dan kesalahan lain yang berkaitan mengikut Akta Syarikat 1965 didakwa dilakukan SUARAM dan SISB. 

Tindakan SUARAM menghalang pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan polis daripada menjalankan siasatan di pejabatnya menunjukkan mereka juga bertindak membatasi undang-undang, selain cuba menyembunyikan sesuatu daripada rakyat.