Wednesday, 31 October 2012

PERJANJIAN RAHSIA DAP-PAS - ANWAR JADI PM 2 TAHUN SAHAJA


Kata orang politik itu kotor.   Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik.  Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.  

Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan PAS tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.   Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat. 

Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka.  Begitu juga dengan PAS yang kononnya memperjuangkan kepimpinan  Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua. 

Tetapi, DAP dan PAS telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik.   Tentunya, ini adalah pelik. 

Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan PAS dan DAP.  Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun.    Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja ‘Aljuburi’ untuk Anwar.   Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim. 

KHALID DICABAR BERI PENJELASAN – JUAL ASET PKNS


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bertanggungjawab untuk memberi penjelasan rasmi kepada rakyat berhubung dakwaan penjualan lima aset milik perbadanan itu. Beliau terus dicabar untuk tampil memberi penjelasan berhubung cadangan negeri itu menjual PKNS yang bernilai RM321 juta.

Abdul Khalid terutamanya perlu menjelaskan rasional cadangan penjualan itu khusus mengenai kesannya ke atas golongan usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan di premis-premis terlibat.

“Bolehkah kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa bakal pemilik baru lima aset berkenaan akan menjaga kebajikan usahawan yang berada di premis-premis terbabit dalam penjualan tersebut kelak? ”.

Kontroversi cadangan penjualan aset terbabit oleh kerajaan Selangor dikhuatiri akan merugikan rakyat negeri itu khususnya golongan Bumiputera. Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam; Kompleks PKNS Shah Alam; Kompleks PKNS Bangi; dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India.

Abdul Khalid seharusnya berfikiran lebih matang dalam meningkatkan pembangunan negeri dan rakyat tanpa mengakibatkan penganiayaan terhadap mereka. Beliau tidak boleh menganggap pentadbiran negeri Selangor sebagai satu perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan dan pembangunan tanpa memikirkan kebajikan rakyat.

BANJIR BESAR DI KLANG !! BULAN NI SUDAH 3 KALI !! MANA KHALID ??

Banjir lagi !! Hujan lebat beberapa jam tadi di kawan sekitar Klang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Klang di naiki air. Selepas menerima panggilan daripada sahabat dari Taman Sentosa, saya terus kesana dan melihat keadaan kawasan yang di naiki air.
Dalam masa sebulan ni jer sudah 3 kali kawasan ini di naiki air. Ini semua berpunca daripada masalah perparitan dan pengaliran yang belum ada penyelesaian.

Jelas terbukti wakil rakyat Kota Raja hanya tahu bercakap tetapi tidak pandai buat kerja. Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Pembandaran Klang dibawah pentabiran kerajaan selangor pula lembab, makan gaji buta kerana tidak membuat apa apa tindakkan berhubung masalah banjir yang sentiasa melanda kawasan ini.










Selanjutnya baca disini

PROPAGANDA MURAHAN DI SELANGOR UNTUK TUTUP AIB SENDIRI?




Salahguna duit kerajaan

Umumnya mengetahui, UNISEL sejak diselia di bawah kerajaan PKR mengundang banyak masalah terutamanya dari segi kewangan. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor didapati hanya menggunakan 58 peratus daripada peruntukan kerajaan Persekutuan untuk pentadbiran dan pembangunan negeri.

MALU LAGI MEMALUKAN!HIMPUNAN 3 NOV PEMBANGKANG BATAL! PEMBANGKANG TIDAK PANDAI ISI BORANG


Ada kisah yang memalukan berlaku apabila pembangkang yang suka berhimpun sana sini rupa-rupanya tidak tahu mengisi borang dengan betul. Itulah sibuk nak berdemo jer tapi isi borang pun tak reti, jom baca kisah ini yang dipetik daripada blog http://novandri.blogspot.com/2012/10/memalukan-mahu-tadbir-negara-tapi-isi.html

Sungguh memalukan. Pakatan haram pembangkang berangan-angan mahu mentadbir negara tetapi isi borang permohonan untuk mengadakan perhimpunan pun tidak lengkap dan tidak tahu!

Inilah yang terjadi kepada kepimpinan pakatan pembangkang dan kenyataan Ketua Polis Seremban ini sudah pasti menjatuhkan lagi kredibiliti kepimpinan pembangkang!

Dan sekarang barulah kita tahu, salah satu sebab pakatan pembangkang suka membuat perhimpunan haram ialah pemimpin-pemimpin mereka tidak pandai isi borang permohonan! Sungguh memalukan!

PERSIDANGAN AGUNG UMNO 2012 - 26 NOV HINGGA 1 DIS


Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan berlangsung bulan depan dijangka menarik tumpuan luar biasa berikutan bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Seramai 2,674 anggota perwakilan akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 26 Nov hingga 1 Dis ini, yang antara lain untuk mendengar amanat akhir pucuk pimpinan parti sebelum gendang pilihan raya dipalu.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata perhimpunan kali ini dijangka mendapat liputan meluas media massa dengan kira-kira 2,000 pengamal media dari dalam dan luar negara meletakkan fokus pada perhimpunan parti dominan Melayu itu.

Tahun lepas seramai 1,700 wakil media dari dalam dan luar negara telah membuat liputan sepanjang perhimpunan dan tahun ini kita jangka kira-kira 2,000 orang dari kalangan media akan terlibat.

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan Seminar Penerangan Perdana pada 24 Nov yang akan dirasmikan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti Forum Antarabangsa Ketiga pada 26 hingga 27 Nov yang bakal dihadiri perwakilan dari 27 negara termasuk dari rantau Asean, Asia, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Palestin.

DAP SEMAKIN TAK SEHALUAN MENJELANG PRU-13


Cadangan atau polisi Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyeru wakil rakyat daripada parti DAP yang menyandang dua kerusi supaya memilih hanya satu kerusi untuk mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang menda[at tentangan dari sesetengah ahli dan calon parti itu sendiri.
Desakan Karpal Singh bahawa calon-calon DAP dalam pilihan raya umum hanya perlu bertanding satu kerusi sahaja sama ada negeri atau kerusi parlimen mendapat tentangan hebat dari pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Kebanyakan yang membantah adalah mereka yang telah pun memegang dua kerusi dan nampaknya enggan untuk melepaskan kerusi tersebut.
Kuasa dan duit berganda jika memegang dua kerusi merupakan faktor utama mengapa mereka menentang cadangan Karpal. Semua pun tahu DAP sememangnya sukar dan kurang mempunyai pemimpin yang berkaliber terutamanya calon yang bertanding di kawasan yang majoriti cina terpaksa juga bergantung kepada calon-calon yang sama untuk bertanding dalam kawasan pilihan raya negeri dan parlimen.
Ramai pemimpin DAP yang dicalonkan untuk bertanding dalam lebih daripada satu kerusi dan kira-kira 12 antara mereka yang dipilih untuk bertanding di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Karpal sedar bahawa masa telah berubah, walaupun begitu, beliau merasakan DAP perlu berjuang untuk prinsip demokrasi dan mesti hidup dengan prinsip-prinsip yang sama. Sebab itulah kebelakangan ini Karpal sememangnya mendesak parti itu untuk mengikut polisi “1 Calon 1 Kerusi” kerana beliau mahu DAP melaksanakan prinsip demokrasi disamping memberi peluang kepada yang lain menjadi calon.

DAP BERPECAH KERANA POLISI KARPAL?



Pengerusi DAP Karpal Singh menyeru wakil rakyat daripada parti itu yang menyandang dua kerusi supaya memilih hanya satu kerusi untuk mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.
Pada Isnin lepas, berita  telah melaporkan bahawa setiausaha penganjur DAP Teresa Kok, seorang ahli Parlimen, ADUN dan Exco di Selangor, telah menolak seruan Karpal, menggambarkan ia sebagai "cerita lama".

Beliau berkata isu itu telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti dan keputusan muktamad akan bergantung kepada setiap kawasan dan setiap dan negeri.

Nampaknya ada pihak dalaman DAP tidak bersetuju dengan cadangan Karpal ini. Kemungkinan adalah disebabkan takut kehilangan sumber pendapatan yang berganda yang mereka perolehi sebelum ini.

Tuesday, 30 October 2012

BR1M - PEMOHON MENINGKAT 10%


Alhamdulillah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia banyak meringankan beban rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Kerajaan menjangkakan peningkatan 10 peratus isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan akan memohon BR1M tahun ini.

Kebanyakan pemohon dijangka di kalangan mereka yang layak mendapat bantuan berkenaan, tetapi tidak mengemukakan borang permohonan tahun lalu.

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di laman sesawang Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mulai 1 November ini. Pemohon tak dibenarkan menghantar lebih daripada satu borang permohonan seperti tahun sebelumnya.

Bagi mereka yang menerima BR1M sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baru dan ia akan dibayar awal tahun depan. Ini akan memudahkan lagi bagi penerima BR1M kerana tak perlu buat kerja dua kali.

Sebelum ini, kerajaan mengagihkan BR1M kepada 4.35 juta isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan yang membabitkan peruntukan RM2.15 bilion.

Selain itu, kerajaan juga menjangkakan kira-kira 2.7 juta orang bujang yang berusia lebih 21 tahun akan menerima BR1M dengan membabitkan peruntukan lebih RM600 juta.

Harus diingat hanya mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 layak mendapat bantuan ini.


ONE SEAT, ONE CANDIDATE PROPOSAL IN INTEREST OF PARTY, SAYS JAGDEEP

GEORGE TOWN: Datuk Keramat assemblyman Jagdeep Singh Deo has laughed off speculation that his father, DAP chairman Karpal Singh's proposed “one seat, one candidate” policy will somehow benefit his standing in the party.

“This is something for the larger interest of the party as we have a large pool of more than qualified candidates (for the general election).

“To suggest that my father has some kind of personal motive is not only untrue, it also doesn't make any sense,” Jagdeep said yesterday.

He added that he would leave it to the party's central executive committee to decide on the “one seat, one candidate” proposal but hoped the opinions of the grassroots would be taken into account.

Karpal made waves on Friday when he held a press conference to urge DAP members holding both a parliamentary seat and a state seat to publicly declare that they would be willing to give one up.

He said though there were “exceptional” cases like Penang Chief Minister Lim Guan Eng that could be exempted from the rule, all nine dual seat holders should state their support for the proposal.

MALAYSIA RATED WORLD'S 10TH FRIENDLIEST NATION


Forbes Online has rated Malaysia as the 10th friendliest country in the world, based on HSBC's recent Expat Explorer Survey.

"Better quality of life, a satisfying social life, easy local travel and better housing than in their home country helped put Malaysia in fifth place overall - though many reported difficulty integrating into the local community (often because of a language barrier)," a recent Forbes Online article stated.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak lauded the article and tweeted yesterday, "We welcome the world".

Forbes Online listed Cayman Islands, Australia and Britain as the top three friendliest destinations for expatriates.

Referring to the survey, the article stated that the three nations were the "easiest to befriend locals, learn the local language, integrate into the community and fit into the new culture".

It quoted an expatriate living in Cayman Islands who gave the place the thumbs up for not having any income or payroll tax, hardly any crime and for being pollution-free, besides an all-year summer.

NOH OMAR - GOVT INTENT ON RECOVERING NFC LOSSES

The Government is intent on recovering the losses suffered from the National Feedlot Centre (NFC) scandal, says Agriculture and Agro-based Industries Minister Datuk Seri Noh Omar.

He said the Government was discussing with companies to take over the operations of the NFC project, worth RM250mil.

"The most important matter is to recover the Government funds lost.

"Therefore, the Cabinet appointed Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to head a committee to ensure that the takeover of the management happens," he said when winding up the Budget debate for his ministry in the committee stage at the Dewan Rakyat Monday.

The feedlot centre was reportedly set up to boost the production of beef to reduce dependence on import of the meat.

The issue on the NFC cropped up in the 2010 Auditor-General's report.

It indicated the cattle rearing project had not met annual beef production targets set by the Government.

The issue heated up after the Opposition alleged irregularities over the RM250mil government loan to NFCorp.


'1 CANDIDATE 1 SEAT' POLICY


DAP chief says reps can't serve two constituencies effectively
GEORGE TOWN: DAP national chairman Karpal Singh hit out at his colleagues for ridiculing his proposal  that the party  adopt a "one candidate one seat" policy in the next general election.
Karpal, who is adamant about pushing through his proposal, urged the people to support his cause.
"I do not see why some are objecting to the proposal as there should not be any difficulty for DAP leaders holding two seats to choose whether they want to contest a state or parliamentary seat.
"This issue not only concerns DAP but also the electorate and the public at large. The public should get involved in this issue."
Karpal was reacting to statements by Selangor DAP chairman Teresa Kok and her Penang counterpart, Chow Kon Yeow. Kok and Chow had on Saturday brushed aside Karpal's proposal, saying that it was an "old story" and that it was unwise to raise it openly in the media.

Dosa Menjadi Bangsa Melayu

Teringat Tun Mahathir pernah cakap lebih kurang macam ni maksudnya. 'Kalau dulu saya dok tulis atau cakap pasal Melayu, tak dak apa. Bangsa lain pun tak kata apa, tapi la ni dah tak boleh. Kalau saya tulis atau cakap pasal Melayu, dia kata saya rasis'.

Seolah-olah apabila apa yang Mantan Perdana Menteri itu cakap sudah menjadi satu isu yang besar pada rakyat Malaysia. Bila sentuh soal bangsa, mereka menjadi sensitif, sedangkan Melayu adalah bangsa yang sememangnya mendapat hak keistimewaan di Malaysia ini. Penulis tertarik juga dengan pendapat seorang kolumnis dan pendapat beliau tentang bangsa Melayu.

Di Malaysia, suara pihak minoriti lebih kuat dan nyaring dari suara Majoriti. Kalau anda seorang Melayu yang merupakan bangsa majoriti di Malaysia, anda akan dapati untuk menyuarakan perihal keMelayuan anda akan dilihat sebagai seorang yang "racist".


Kadang-kadang, dilahirkan sebagai Melayu itu secara automatik anda adalah "racist". "Racist" kerana anda mahu menjadi Melayu. "Racist" kerana anda menyuarakan pendapat dan keistimewaan anda.


Hal keistimewaan ini adalah hal yang biasa dan bukan luar biasa. Di negara India contohnya, Jika anda seorang Melayu, anda pastinya tidak akan mendapat hak samarata atau keistimewaan yang sama dengan rakyat berbangsa India. Malah, mungkin juga, anda tidak akan di iktiraf sebagai seorang warganegara India. Hal yang sama juga di negara China, jika anda seorang berbangsa Melayu, anda tidak mungkin boleh menjadi rakyat negara China dan anda pasti tidak boleh menyuarakan hak kebebasan bersuara.

KERAJAAN KELANTAN PERLU JELASKAN RAKYAT TEGURAN KETUA AUDIT


Kerajaan Negeri Kelantan perlu memandang serius teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap projek yang dilaksanakan dan segera memberi penjelasan kepada rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat berhak mendapat penjelasan kerana perbelanjaan bagi melaksanakan projektersebut menggunakan wang rakyat.

“Kita belum dapat penjelasan yang mantap daripada kerajaan negeri, rakyat Kelantan berhak mendapat penjelasan apa yang berlaku terhadap projek-projek tersebut yang tidak mendapat pulangan memuaskan daripada pelaburan yang besar”.

Projek yang mendapat teguran Ketua Audit Negara itu termasukprojek ladang rakyat, projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.

“Kita harap kerajaan negeri tidak mengambil ringan Laporan Ketua Audit Negara itu, kita hendaklah berlaku adil mana yang baik kita harus beri pujian mana yang lemah kita akui dan membuat pembetulan,”

Rakyat negeri Kelantan tidak berpuas hati dengan pendekatan kerajaan negeri melaksanakan projek tersebut antaranya projek ladang rakyat yang tidak mencapai sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan peserta.