Friday, 31 May 2013

PR Terkedu diTempelak Singapura

Pemimpin Pakatan Rakyat benar-benar terkedu apabila ditempelak oleh Singapura agar jangan masuk campur dalam hal-ehwal negara itu.  Singapura bertindak demikian apabila pemimpin PR, antaranya Nurul Izzah dan Teo Ni Ching, menghantar petisyen meminta kerajaan negara itu ‘berlembut’ terhadap 21 penyokong PR dari kaum Cina yang berdemonstrasi menentang keputusan PRU-13.

Nampaknya PR telah tersalah congak akan hubungan parti itu dengan Singapura.

Hakikatnya, Singapura hanya berminat untuk ‘menguasai’ Malaysia, bukannya berkawan dengan pemimpin parti politik Malaysia termasuk pembangkang, walaupun negara itu begitu ‘mesra’ pembangkang sebelum ini.

Singapura terkenal dengan sikap ‘keras’ dan tidak bertolak ansur dengan sesiapa yang melanggar undang-undang.  Jika tidak takkanlah negara itu dirujuk sebagai ‘Negara Denda’ (Fine City).

Kerajaan Singapura sentiasa memastikan bahawa mereka tidak dipermainkan oleh rakyat, apatah lagi rakyat negara lain.

Maka jelaslah bahawa penyokong PR sememangnya terdiri dari manusia yang ‘kurang cerdik’ dengan sengaja mencari fasal di negara itu.   Mungkinkah mereka menyangka, Singapura yang dikuasai Cina akan berlembut terhadap kaum Cina juga?

Sewajarnya, 21 penyokong PR yang terkinja-kinja berdemo di Singapura sambil menjerit-jerit sehingga kehabisan suara itu sedar apakah yang dipanggil ‘tiada kebebasan bersuara’ atau ‘tiada hak untuk ekspresi diri’ dengan sebenar-benarnya. 

Ketika berada Malaysia mereka mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja, termasuk menghamun Perdana Menteri secara konsisten dan giat sekali.  Mereka diberi hak berhimpun dan menghina kerajaan semahu-mahunya.  Malah, mereka juga boleh menyebar penipuan, menabur fitnah dan kebencian terhadap kerajaan tanpa diambil apa-apa tindakan.  Di Malaysia jugalah mereka memperoleh kekayaan sehingga mampu mendabik dada sebagai pembayar cukai terbanyak. 

Tetapi kini, mulut mereka ditutup oleh negara yang mereka jadikan idola sebagai terbuka dan lebih baik, iaitu Singapura.   Semuanya hanyalah kerana mereka ‘berhimpun secara aman’.

Ironi sekali kerana Singapura sebelum ini telah didapati ‘menghantar wakil’ dalam Himpunan BERSIH dan Lynas di negara ini.

Nampaknya, inilah yang pemimpin PR tidak faham, iaitu Singapura menyokong dan memberi bantuan kepada PR untuk membuat huru-hara di Malaysia sahaja, bukannya di negaranya.

Tentu sekali, sokongan dan bantuan Singapura kepada PR itu ada sebabnya.  Dan sebabnya itu pula bukanlah kerana ingin memastikan rakyat negara ini ada hak kebebasan bersuara ataupun sekadar ‘suka-suka ingin melihat jiran huru-hara’ . 

Dari kesungguhan Singapura membantu Lim Kit Siang di Johor malah memberi berbagai bantuan kepada DAP termasuk dari segi kewangan, maka pastinya negara itu mempunyai sebab yang jauh lebih besar dari itu. 

Oleh itu, sebagai parti yang ingin sangat menjadi pemerintah di Malaysia, PR wajib mengetahui bahawa negara jiran itu tidak pernah melupakan cita-cita untuk menguasai negara ini. 

Jika PR gagal memahami perkara ini maka jelaslah bahawa PR tidak layak untuk menjadi pemerintah kerana mana mungkin negara dibiarkan diperintah oleh parti yang tidak dapat membaca niat musuh yang ingin menjajah?

 

SPLIT IN KELANTAN PAS REFLECTS THE REAL SPLIT IN PAS AT NATIONAL LEVEL

Kelantan PAS is heading for a show-down as the ruling faction stands by its decision that street protests and rallies aimed at toppling the government is not the party’s way while Husam Musa and the faction closed to Parti Keadilan Rakyat (PKR) de facto chief Anwar Ibrahim describes the decision as “voices of Umno.” 
 
Kelantan Deputy Mentri Besar Nik Mohd Amar Nik Abdullah reiterated the state’s as well as the party’s stand that Kelantan PAS rejected any effort to topple the legitimately elected Federal Government through violence and street demonstrations. 
 
Nik Mohd Amar said an “Arab Spring” would not be beneficial and would only be detrimental to the nation as “it is not suitable in Malaysia as it brings evil into the country.” 
 
“Let's wait another three years, at least, and select a government through a general election,” he said. 
 
And Husam, sidelined from the state PAS exco line-up, called the differing stand as 
 “voices of Umno and they seem to be the spokesmen of Umno.” 
 
Before Nik Mohd Amar repeated the stand, the party Ulamak Council chief Dr Harun Taib PAS deputy youth chief Nik Abduh Nik Aziz had voiced similar opinions. 
 
As far as Husam is concerned, two were (Dr Harun and Nik Abduh) were not present when the party’s central committee decided to support the rallies as ‘avenue for the voters, majority young voters, to express their dissatisfactions over the way the recent general election was conducted, not the result.” 
 
“Dr Harun and Nik Abduh were not present at the central committee meeting when we decided to support the rallies on point of not fair, not rejecting the results of the general election but the manner the general election was conducted. 
 
“Just like foreign observers said it – the general election was free but not fair.
“And Dr Harun and Nik Abduh statements did not represent the party,” he said. 
 
Under the given scenario, the split in PAS Kelantan reflects a crystal clear split in the party on the whole between the party’s fundamentalists led by president Abdul Hadi Awang and pro-Anwar faction is no longer hidden and contained but instead is open and looks like there is no reconciliation. 
 
The pro-Anwar group that also included deputy president Mohamed Sabu or Mat Sabu is expected to launch as offensive on the leadership in the coming party election scheduled in November aimed at dominating the line-up so that the party could be steered towards the needs of Anwar and PKR. 
 
The group had succeeded in dominating the leadership in the 2009 party election that saw then incumbent deputy president Nasharuddin Mat Isa, who is friendly with Umno and Barisan Nasional (BN) being defeated. 
 
Despite dominating the leadership which is the central committee with more than half, decisions taken were subjected to the blessings of the Ulamak Council which had ‘soured’ relationship between the party and its partners in Pakatan Rakyat (PR) on issues concerning fundamentals of Islam. 
 
The party has been blamed for the unexpected poor showing in the recently concluded general election but the party stood by its fundamentalism which angered the pro-Anwar group. 
 
Now that the differences in opinions and views are being openly debated especially on the issue of demonstration and protest, the pro-Anwar group is expected to launch a heavy offensive in the coming party election to take control. 
 
Insiders said the president Abdul Hadi might even find himself being challenged if the pro-Anwar group succeeded in building sufficient sentiments. 
 
“The split is clear and the line is also clearly drawn. 
 
“It is whether the move gathers sufficient pressure to remove Hadi,” said an insider

ANWAR HANYA TUNGGANG RAKYAT UNTUK JADI PM

Pembangkang akan menganjurkan 'finale' atau kemuncak Perhimpunan 505 pada 26 Mei bagi menghasut rakyat supaya menentang serta menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih melalui sistem demokrasi peti undi pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Hakikat BN menang walaupun kurang tujuh kerusi parlimen lagi berbanding PRU 2008 tidak dapat diterima oleh pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

Sekutu PKR, Pas dan Dap sudah pun menerima realiti bahawa mereka gagal untuk merampas Putrajaya kali ini walaupun sungguh yakin dan percaya ia akan berlaku.

Namun majoriti pengundi tetap bersama BN dan mahu kesinambungan pentadbiran negara terus berada di bawah naungan BN.

Malah dalam tentangan pembangkang terhadap keputusan pilihan raya yang diurus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemimpin pembangkang tidak segan silu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang serta Menteri Besar di Kelantan.

Dwi standard atau sikap hipokrasi yang dipamerkan oleh pembangkang telah di cemuh oleh rakyat mahu wakil-wakil rakyat yang dipilih untuk pantas memberi khidmat dan menyelesaikan berbagai rencam masalah rakyat.

Rakyat tidak mahu ahli politik terus berpolitik meskipun gendang PRU ke-13 sudah lama mati.

Rakyat mahu keadaan yang aman, hidup yang tenteram serta suasana yang kondusif untuk meningkatkan kualiti sosio-ekonomi mereka.

Keadaan yang tenteram, kacau bilau dan huru hara ditambah dengan suasana politik negara yang terumbang ambing sudah tentunya tidak akan membolehkan rakyat mencapai aspirasi kehidupan yang lebih sempurna.

Namun inilah keadaan yang mahu diwujudkan oleh Anwar dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang membuat bantahan jalanan serta menimbukan keadaan politik yang tegang.

Apakah perbuatan Anwar untuk menimbulkan perbalahan dalam masyarakat atas sebab beliau kecundang ke Putrajaya menjadi alasan untuknya bertindak di luar batas undang-undang negara?

Pada fikiran Anwar biarlah Malaysia terbakar hangus asalkan hatinya puas bak seperti orang yang ingin melepaskan dendam kesumat dan rasa marah tiada kepalang.

Jika Anwar tidak dapat apa yang dicitanya biarlah Tanah Melayu yang keramat ini turut hancur lebur sebagai balasan kerana menghancurkan impiannya menjadi Perdana Menteri.

Sebagai agen kuasa Barat serta pelobi Yahudi yag teguh berdiri di belakangnya, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan agenda jahat pendokong dan tuanya yang menyembunyikan identiti mereka.

Tidak terfikirkah penyokong pembangkang di mana Anwar mendapat kekuatan dan keyakinan di dalam perjuangan politiknya jika ia tidak disertai dengan sokongan moral serta kewangan yang besar.

Bukti sudah cukup tersebar luas samada di dalam media atau internet pembabitan Anwar dengan tokoh-tokoh besar yang berkait rapat dengan gerakan Zionis-Yahudi.

Tidakkah kenyataannya yang secara terangan menyokong kewujudan dan keselamatan negara haram Zionis Israel sudah cukup untuk menyakinkan penyokong pembangkang untuk menolak individu seperti ini?

Malah sebaliknya berlaku hinggakan Anwar berjaya menipu orang Melayu bahawa kononnya dek kerana beliau dizalimi dan ditindas maka perjuangannya adalah untuk menuntut keadilan.

Sebenarnya perjuangan Anwar hanyalah untuk dirinya sahaja supaya beliau dapat duduk kerusi empuk Perdana Menteri dan berkuasa ke atas segala sesuatu di negara ini.

Penyokong pembangkang perlu tanya kepada diri mereka sendiri apakah bentuk bantuan atau pertolongan yang telah diberikan oleh Anwar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan keluarga?

Apakah dengan bersama-sama menyokong Anwar untuk sentiasa berdemonstrasi dan melakukan protes jalanan mampu memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

Jangan haraplah jika Anwar menjadi Perdana Menteri beliau akan mengotakan janji-janjinya.

Contoh isu Kampung Buah Pala dan Kampung sudah cukup untuk membuka mata rakyat seluas-luasnya mengenai pembohongan dan temberang Anwar.

Apakah rakyat yang cintakan keamanan, berpegang kuat kepada ajaran Islam serta sayangkan tanah air yang bertuah mahu benarkan seorang individu menghancurkan sebuah negara yang begitu payah dibina dari sekeping tabah yang gersang kepada kemakmuran yang kini melimpah ruah dinikmati oleh semua?

Adakah rakyat akan hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa dan membiarkan Anwar melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya bersama-sama penyokongnya yang turut mahu melihat negara ini mundur disebabkan keadaan politik yang parah?




Thursday, 30 May 2013

Orang Malaysia dahulu atau Orang Cina dahulu? @najibrazak




Lucunya, jika anda tanyakan soalan itu, ramai kaum etnik Han Cina Malaysia akan menjawab bahawa mereka adalah orang Malaysia dahulu, dan orang Cina kemudian, tanpa MENGETAHUI apakah maksud menjadi ‘orang Malaysia dahulu’.



(Amaran: sekiranya anda seorang “URBAN BANANA”, kenyataan ini tidak menggambarkan anda. Menurut satu laporan bancian, hanya terdapat 9% sahaja jenis anda yang masih wujud. 91% selebihnya adalah lepasan sekolah Cina).



Anda bangun dari tidur setiap pagi dan anda menonton TVBS Asia, saluran Pheonix, CCTV4 atau Hua Hee Tai – ini adalah rancangan-rancangan TV yang 80% daripada orang-orang Malaysia yang bukan orang Cina, tidak pernah tonton. 



Anda mendengar saluran radio 988, myFM, aiFM, OneFM – saluran2 yang 80% orang Malaysia tidak faham dan tidak akan dengar. Anda tiba di pejabat dan anda baca Sin Chew, Nan Yang, Gwong Ming, Kwong Wah, China Press dan Oriental Daily- bahan bacaan yang 80% daripada orang Malaysia TIDAK faham. 


Anda MUNGKIN akan makan tengahari dengan rakan2 sekerja dari kalangan orang Melayu atau India dan berbual tentang kehidupan dan pekerjaan. Namun, bila anda pulang dari kerja, anda bercakap dengan keluarga dan anak-anak dalam bahasa Mandarin- satu bahasa yang 80% daripada orang Malaysia TIDAK boleh gunakan atau fahami. Sebelum anda tidur, anda melayari laman Facebook dan anda catatkan komen untuk rakan2 anda yang 80% adalah orang-orang daripada etnik anda sendiri.



Dalam rutin seharian anda, anda hanyalah orang MALAYSIA pada 20% daripadanya, tetapi orang Cina pada 80% selebihnya, dan anda menganggap diri anda ORANG MALAYSIA DAHULU?


Hmmm….kalau begitu, mungkin anda boleh jelaskan bagaimana “menjadi orang Cina dahulu” atau “menjadi orang Malaysia dahulu” membawa sebarang perbezaan kepada anda? Janganlah anda berikan saya contoh seperti: “BILA ANDA BERADA DI LUAR NEGARA” sebab…berapa lama anda hendak tinggal di luar negara? Jadi… anda adalah ‘orang Malaysia dahulu’ hanya apabila anda berada di luar negara? Hmmm…..





Tujuan saya menulis entri yang panjang ini adalah untuk MEMINTA orang-orang Cina Malaysia etnik Han untuk benar-benar menimbang kembali pendirian kita dalam isu-isu berkaitan bangsa.



Berhentilah daripada menjadi seorang yang cauvinis iaitu orang yang keterlaluan dalam menyokong kaumnya. Kita harus mula bergabung dan berasimilasi TANPA menjejaskan identiti etnik kita. Orang-orang Cina di UK, US dan Thailand telah melakukannya, kenapa kita tidak boleh? Ajaran nenek moyang kita mengatakan kita PATUT melakukannya.



BUKA MATA dan SEDARLAH daripada kesedihan dan ratapan nenek moyang kita akibat tidak dapat kembali ke China. Kita dah selesai dengan semua itu. Biarlah segala kesedihan dan ratapan itu mengikut nenek moyang kita ke kubur. Marilah kita fikirkan semula pendirian kita sebagai seorang rakyat Malaysia.




Tolonglah BERGABUNG dan BERASIMILASI ke dalam budaya tempatan, dan TENTU SEKALI, sambil terus mengekalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa yang akan menyusuri asal-usul etnik anda, BUKAN DENGAN CARA YANG SEBALIKNYA atau anda akan kekal TERPERANGKAP dalam kesedihan nenek moyang kita.

Tai Zee Kin 

*Artikel Terjemahan ke Bahasa Melayu.

SUMBER : MYMASSA

Wednesday, 29 May 2013

SPR Telus Dan Berkesan – DAP Pulau Pinang

DAP Pulau Pinang tidak berhasrat untuk menfailkan petisyen berhubung keputusan PRU13 baru-baru ini walaupun PKR begitu beria-beria untuk memfailkan 27 petisyen berikutan keraguan yang wujud ketika pilihan raya.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, sehingga kini mereka tidak menerima sebarang laporan atau  bukti mengenai kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya untuk membolehkannya membuat petisyen.

Selain itu, faktor kemenangan besar DAP di Pulau Pinang pada PRU13 juga memberi kepuasan kepada parti itu untuk terus kekal menerajui kerajaan negeri bagi penggal kedua sejak 2008.

Ini membuktikan wujudnya sandiwara PKR kerana tidak berpuas hati dalam pilihan raya. Disebalik mengatakan pilihan raya tidak adil dan bersih, negeri pembangkang seperti Pulau Pinang pula begitu yakin pilihan raya di kawasan mereka telus dan bersih.

Permainan sebenar Anwar Ibrahim adalah untuk menumbangkan kerajaan melalui cara yang kononnya sah adalah melalui petisyen.

PR hanya memperoleh 89 kerusi, dan mereka mengemukakan 27 petisyen, Anwar cuba meraih kemenangan melalui sejumlah 136 kerusi sekiranya kesemua petisyen mereka itu berjaya mengetepikan keputusan PRU lalu.

Bagaimanapun, berdasarkan pengamatan lain, majoriti kerusi yang difailkan petisyen adalah kerusi peminpin mereka yang tewas kepada Barisan Nasional (BN), dan majoritinya adalah kerusi PKR.

Ini membuktikan, Anwar begitu beria-ia mahu menjadi perdana menteri walaupun rakan-rakan pembangkangnya berpuas hati dengan keputusan PRU13 yang menunjukkan PR gagal untuk ke Putrajaya dan membentuk kerajaan pusat.

Kebodohan dan bongkaknya Anwar nyata tidak menarik perhatian PAS dan DAP yang tidak mengendahkan tindak tanduk Anwar membantah keputusan PRU13. Anwar juga membodohkan rakyat dengan demonstrasi-demonstrasi yang tidak masuk akal.

Jika benar mereka menolak keputusan PRU 13, bubar DUN negeri pembangkang, dan gesa PRU dijalankan semula.

"Semua kerusi yang DAP tandingi memperolehi kemenangan besar dan saya belum terima sebarang laporan yang membolehkan kita kemukakan petisyen.

"Bagaimanapun, DAP menyokong tindakan PKR untuk menfailkan petisyen mengenai kemenangan tipis BN yang meragukan bagi kerusi parlimen Balik Pulau dan tiga kerusi Dun" memetik kenyataan DAP Pulau Pinang yang mengakui PRU di Pulau Pinang adalah bersih dan Anwar menjadi bodoh kerana mahu jadi PM.

Kerajaan Wajib Dakwa Lebih Ramai Peserta Himpunan 505

6 penganjur Himpunan 505 yang ditangkap telah tidak mengaku bersalah ke atas kesalahan gagal memaklumkan kepada ketua polis di daerah masing-masing dalam tempoh 10 hari dari tarikh perhimpunan.  Jika disabit kesalahan, mereka bakal menerima hukuman denda maksimum RM10,000. 

6 yang didakwa tersebut ialah Kamarzaman Mohamed Yunus, Setiausaha PKR Pahang, Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan, Ong Eu Leong, Setiausaha Eksekutif PKR Pulau Pinang, Thomas Su Keong Siong, Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Mohammad Anuar Zakaria, Setiausaha PKR Perak dan R.Yuneswaran Setiausaha Eksekutif PKR Johor.  

Walaupun penangkapan mereka dilihat sebagai satu langkah terpuji oleh pasukan keselamatan tetapi rakyat rata-ratanya masih belum berpuas hati.  Ramai yang ingin melihat ‘ikan yang lebih besar’ ditangkap sementara ikan kecil-kecil ini hanya ‘lekat di celah gigi’ yakni tidak mengenyangkan dan tidak membawa perubahan apa-apa.  

Selagi ikan besar tidak ditangkap selagi itu himpunan jalanan akan terus diadakan, mengganggu kehidupan rakyat serta memesongkan fokus kerajaan.   Lama kelamaaan, rakyat semakin menyampah dan mula memikirkan ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan kerajaan takut untuk mengambil tindakan ke atas ‘ikan besar’.  

Apatah lagi dengan pendedahan mengenai ‘perjanjian’ antara Najib dan Anwar oleh Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia.  Namun, dari kenyataan Anwar sendiri kita mendapati bahawa perjanjian tersebut tidak pun ditandatangani oleh Dato’ Seri Najib, iaitu bermakna tiada sebarang perjanjian yang dibuat.   

Pastinya, yang menginginkan satu perjanjian adalah pihak Anwar dan bukan Najib dan kerana itu, Dato’ Seri Najib telah menolak sebarang perjanjian dengannya.   Pastinya juga, Anwar menawarkan perjanjian itu kerana beliau sudah tidak yakin akan menang dalam PRU-13.  

Sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa Anwar telah memohon agar beliau tidak didakwa atas insiden Lahad Datu yang mana Dato’ Seri Najib pantas untuk tidak bersetuju.  Pertamanya, kerana pendakwaan tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah dan bukannya kerajaan.  Keduanya, Dato’ Seri Najib tidak mungkin akan melindungi pesalah, terutamanya pengkhianat negara yang telah menyebabkan kematian wira-wira negara.  

Ketegasan Dato’ Seri Najib inilah yang membuatkan Anwar gelabah.  

Jika berita dari sumber ini benar, maka Anwar bukan sahaja ‘ikan besar’ tetapi sebenarnya adalah ikan gergasi.  Beliau bukan sahaja dalang Himpunan haram, tetapi dalang keganasan dan pengkhianatan terhadap negara.  

Rakyat menunggu dengan sabar akan penangkapan ‘ikan gergasi’ ini, dan ingin sepenuh hati untuk percaya bahawa kerajaan punya sebab yang cukup kukuh dan bijak untuk terus membiarkan beliau berenang bebas sehingga kini.  

Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa kesabaran manusia sentiasa ada hadnya.   

Rakyat ingin melihat bukan sahaja lebih banyak dan lebih besar tangkapan tetapi pengakhiran kepada siri-siri himpunan jalanan yang memualkan.  Rakyat ingin kembali kepada dunia yang waras serta enggan lagi melayan berita-berita panas yang tidak bermanfaat mengenai seorang manusia yang separuh gila hanya kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri.  

Tuesday, 28 May 2013

Henti Berkokok Di Luar Gelanggang, Pembangkang Gunalah Saluran Undang-undang



Pakatan pembangkang seharusnya berhenti ‘berkokok di luar gelanggang’ berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu sebaliknya menggunakan tempoh untuk mengemukakan petisyen bagi mencabar keputusan yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata itu adalah jalan dan saluran terbaik dengan mengemukakan segala bukti-bukti yang mencukupi bagi menyokong segala dakwaaan mereka sebelum ini.
Menurut beliau tidak ada gunanya sekadar melemparkan pelbagai tohmahan kerana peluang dan ruang telah disediakan secukupnya oleh undang-undang berhubung apa yang mereka utarakan sebelum ini.
“Ruang yang disediakan itu menunjukkan kepada umum bahawa tohmahan mereka terhadap SPR dengan pelbagai cemuhan dan segala-galanya tidak benar sama sekali. Mana-mana pihak diberikan ruang seluasnya dalam tempoh tersebut.
“Kemukakan petisyen, tunggu tarikh perbicaraan dan tunggulah keputusan mahkamah kelak. Itu adalah sebaik mungkin,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini.
Beliau seterusnya menyarankan agar kerajaan mengenepikan segala tohmahan dan isu-isu berbangkit berhubung perkara itu sebaliknya menumpukan kepada pelaksanaan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.
Katanya banyak agenda yang mesti dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memastikan kesinambungan pembelaan terhadap rakyat dapat diteruskan.
“Bagi saya tidak perlu dilayani apa jua perkara yang boleh menrencatkan tumpuan ke arah kerajaan untuk membela nasib rakyat. Banyak manifesto dan akujanji yang mesti ditunaikan dan itulah yang perlu diutamakan,” katanya. – MediaUMNO

Monday, 27 May 2013

Pembangkang Umpama Racun ‘Leptosirosis’ Yang Bahayakan Kesejahteraan Negara



Tindakan pakatan pembangkang yang masih berterusan mempolemikkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 biarpun telah lebih tiga minggu berlalu dianggap tidak menghormati undang-undang, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman.
Katanya, pakatan pembangkang bertindak sedemikian kerana keputusan PRU ke-13 terbabit tidak berpihak kepada mereka namun bagi negeri yang dimenangi tidak pula dilakukan bantahan.
“Sifat dan pemikiran yang ditanam terhadap penyokong mereka membahayakan kestabilan, perpaduan dan keamanan negara yang selama ini telah dikecapi oleh rakyat Malaysia,” katanya kepada UMNO-Online.
Dilaporkan, pakatan pembangkang meneruskan himpunan di seluruh negeri yang bermula pada 8 Mei lalu dan terbaru semalam di Petaling Jaya selepas lapan himpunan lain dengan alasan membantah keputusan PRU ke-13 dan serangan dibuat kepada Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Hasutan kepada rakyat yang berleluasa dan berterusan dalam ceramah dan melalui media maya oleh pemimpin pembangkang perlu dibendung kerana apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang boleh memberi kesan buruk kepada negara dan generasi akan datang.
“Mereka (pembangkang) sesuai diumpamakan seperti racun ‘leptosirosis’, dan orang ramai dinasihatkan jangan dekati mereka untuk mengelak jangkitan yang merbahaya,” tegasnya lagi.
Pembangkang terus mempertikaikan keputusan PRU13 walaupun telah nyata BN yang dipilih oleh rakyat berbanding pakatan pembangkang.
Selaras dengan itu, beliau yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO menyeru anggota BN dan UMNO khususnya golongan muda agar tidak alpa dengan tingkah pembangkang yang gemar mengelirukan masyarakat dengan pelbagai manipulasi mereka.

Sumber : UMNO Online

Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Untuk Terima Keputusan PRU13



Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.
Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) semalam melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.
Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.
Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.
WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen.
Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.
“Kami ada komitmen,” Jusuf dipetik sebagai berkata. “Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,”.
PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.
Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.
Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka.

Thursday, 23 May 2013

Karpal Singh Umpama Singa Bapok

Walaupun diancam dengan ugutan untuk diambil tindakan mahkamah, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim jelas berani dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mendedahkan semua rancangan jahat DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.
 
Sebagai seorang yang tinggi dengan jati diri Melayu, beliau tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan untuk tidak menjual ‘rohnya’ kepada parti ‘ultra kiasu’ itu. Malah sebagai warganegara yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sudah menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara. Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” tegasnya yang berani menolak ugutan ‘Singa Bapok’ DAP, Karpal Singh.
 
Tindakan Abdul Aziz sebelum ini, telah menyebabkan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut beliau untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya masih terus mendedahkan rahsia DAP. Namun ugutan Karpal itu nyata tidak menggentarkan Abdul Aziz, sebaliknya beliau bertegas akan terus mendedahkan rahsia-rahsia DAP meskipun diheret ke mahkamah.

Beliau turut berkata Malaysia adalah tanah airnya dan keluarganya telah menetap di negara ini sejak ribuan tahun. Ugutan Karpal baginya adalah sekadar angin yang berlalu, kerana perjuangannya adalah sebagai seorang anak Melayu yang tidak sesekali akan menjualnya demi keamanan negara.

Amaran-amaran DAP itu tegasnya lebih menyemarakkan semangat Melayunya untuk melakukan pendedahan mengenai perancangan DAP menghancurkan Malaysia. Karpal sebelum ini menggesa Abdul Aziz supaya  menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.

Menurut Karpal, jika Abdul Aziz benar-benar ‘gentleman’ beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti. Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Pada awal Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.
 
Tindakan Abdul Aziz nyata memberikan kesan kepada DAP dan mereka khuatir rancangan-rancangan jahat parti cauvinis itu akan terdedah kepada umum sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk menguasai Malaysia.

Dengan tindakan yang dibuat Abdul Aziz, ia membuktikan parti itu tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka kononnya untuk rakyat berbilang kaum, sebaliknya hanya mengambil kesempatan atas kebodohan sesetengah pemimpin Melayu yang menyertai parti tersebut.

Syabas Abdul Aziz! Teruskan perjuangan sebagai anak Melayu demi tanah air tercinta daripada dimusnahkan parti cauvinis penipu dan rasis.

Wednesday, 22 May 2013

Kerajaan Kelantan Wajar Ambil Semula Tanah

Lebih kurang tiga minggu lalu, rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai 14 lot tanah bernilai lebih RM4 juta yang dimiliki oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tika itu adalah Menteri Besar Kelantan.

Keluasan gabungan 14 lot tanah itu ialah 4.4 ekar (1.76 hektar) dan terletak di Jajahan Kota Bharu yang mana sekiranya status tanah itu dikomersialkan nilaiannya boleh mencecah harga RM10 juta.

Selain Nik Aziz, isterinya iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah juga di sekitar Jajahan Kota Bharu yang bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot daripadanya yang terletak di Pulau Melaka.

Nik Aziz yang terkejut dengan pendedahan tersebut segera tampil menafikan dakwaan yang mana menurutnya tanah atas namanya itu sebenarnya adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan beliau hanyalah pemegang amanah selaku MB Kelantan.

Bagaimana pun sehingga hari ini Nik Aziz atau wakilnya gagal menjelaskan status 13 lot tanah atas nama isterinya. Tiada jawapan mengenai pemilikan tanah atas nama isterinya itu, seolah-olah sengaja di diamkan untuk mengelakkan kontroversi.

Kini status Nik Aziz hanyalah sebagai bekas Menteri Besar Kelantan, jika diikutkan penjelasan Nik Aziz dan PMBK sepatutnya selaku pemegang amanah (jika benar), maka kesemua 14 lot tanah itu sudah bertukar nama kepada MB Kelantan sekarang iaitu Ahmad Yakob.

Namun sampai sekarang tiada pengumuman oleh Kerajaan PAS Kelantan menyebabkan timbulnya kebimbangan kalau-kalau kelak tanah itu akhirnya menjadi harta pusakan Nik Aziz sekeluarga.

Justeru itu amatlah perlu Kerajaan PAS Kelantan tampil segera membuat penjelasan kerana jika benar ianya hanya amanah maka amat perlu semua 27 lot tanah termasuk 13 lot tanah atas nama isteri Nik Aziz dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Tuesday, 21 May 2013

Kit Siang Perlu Minta Maaf – Zul Nordin

DAP memang terkenal sebagai sebuah parti politik paling rasis di Malaysia atau menurut penganalisa politik, Dr Ridhuan Tee sebuah parti ‘Ultra Kiasu’ yang begitu tebal semangat kecinaan sejak penubuhannya pada tahun 1964. Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin ketika diminta mengulas mengenai perkara itu mengatakan sehingga ke hari ini, celaka bernama Lim Kit Siang tidak pernah memohon maaf kepada orang Islam terutamanya orang Melayu. 
 
Ini kerana menurut beliau, kita sebagai orang Melayu seharusnya mendesak pasti rasis DAP itu, supaya meminta maaf kerana berkempen dengan menggunakan slogan "Malai-Si" yang membawa maksud ‘Mati Melayu’. Perkara ini terjadi pada tahun 1969 yang sekali gus telah mencetuskan rusuhan kaum yang terburuk pernah terjadi di dalam negara kita.
 
Bekas ahli parlimen, Kulim Bandar Baru itu mengatakan, sudah 44 tahun berlalu, namun sehingga kini kita masih belum mendengar lagi ungkapan maaf yang dibuat secara terbuka kepada rakyat Malaysia daripada DAP ataupun Kit Siang yang pada ketika itu merupakan ketua pemuda DAP. 
 
“Kalau benar mereka dengan ikhlas mahukan perpaduan di dalam negara ini, mereka perlu mohon maaf. Jika tidak mereka hanya terus bermain dengan retorik politik untuk mendapat undi sahaja” tambah beliau lagi.
 
Mereka tidak boleh menafikan tidak terlibat begitu sahaja. Ianya terdapat dalam laporan Mageran yang dengan jelas menunjukkan mereka terlibat dalam rusuhan 13 Mei itu. DAP yang rasis itu tidak akan pernah insaf atau menyesali apa yang pernah mereka lakukan suatu ketika dulu. Malah mereka sudah semakin biadap apabila memanggil Perdana Menteri sebagai syaitan.
 
Ia bukan merupakan perkara baru, tetapi ia juga pernah dibangkitkan dan dibahaskan di dalam parlimen beberapa tahun yang lalu. Paling menarik, rakan sekutu mereka Pas dan PKR hanya mampu berdiam diri seolah-olah mengakui kebenaran perkara yang dibentangkan itu.
 
Umno perlu memperkukuhkan asas Umno itu iaitu Islam dan Melayu. Umno tidak boleh mentafsir sokongan Melayu yang diterima oleh BN adalah untuk Umno. Orang Melayu sekarang mempunyai rasa takut sekiranya DAP atau Anwar Ibrahim naik memerintah negara sebab itu mereka mengundi BN.
 
Sebahagian besar rakyat Malaysia sudah sedar betapa bahayanya negara sekiranya ditadbir oleh mereka yang hanya mahu sekadar mendapat kuasa dan memenuhi cita-cita peribadi mereka. Umno perlu lakukan perubahan besar dan drastik untuk terus kekal relevan. Jika Umno terpedaya dengan sokongan yang di peroleh sekarang, ianya adalah satu permulaan yang tidak baik.
 
Orang Melayu mahu melihat pimpinan Melayu yang tidak rasuah, bersih, kukuh dan mempunyai kredibiliti untuk memimpin masyarakat Melayu. Jika tidak ada sebarang perubahan, orang Melayu akan menolak Umno di dalam pilihan raya akan datang.
 
Wajib bagi kita cari jalan untuk menyatukan parti-parti Melayu Islam untuk terus membela nasib Melayu Islam di masa akan datang

Karpal Sahkan DAP Tidak Telus

Pembangkang berkata bahawa PRU-13 lalu adalah tentang perubahan, maka suka penulis menyatakan bahawa mereka berkata benar.  Sedar atau tidak, kita semua sedang meniti perubahan itu.   Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi landskap atau struktur pentadbiran negara tetapi dari segi minda masyarakat.  

PRU-13 membuka mata semua pihak dan membantu kita mengenali sesama kita dengan sebenar-benarnya.  PAS kini tahu siapa DAP, DAP kini tahu siapa PKR dan begitu juga sebaliknya.   Kerajaan juga kini sedar siapa kaum Cina tak kira DAP, MCA atau Gerakan.  Dan Cina juga kini tahu siapa Melayu PAS, Melayu UMNO dan Melayu PKR.  

Cuma yang mungkin masih tidak tahu apa-apa adalah Cina DAP produk SJKC yang  ke hulu ke hilir berkabung dengan baju hitam sambil menganga mendengar Anwar berucap membawa harapan ‘Ketuanan Cina’.  Kita biarkan anak-anak Cina produk SJKC itu terus percaya apa yang mereka ingin percaya kerana mereka bukannya bijak sangat untuk diajak berbicara.  

Namun, dengan ‘perubahan’ yang berlaku ini, inilah diseru agar semua pihak yang bijak,  waras dan matang agar berhenti dari menjadi hipokrit.  PAS tidak perlu lagi berpura-pura berjuang demi Islam, PKR tidak perlu berpura-pura berjuang demi keadilan dan DAP tidak perlu berpura-pura berjuang demi ketelusan.   UMNO dan MIC juga tidak perlu lagi berpura-pura percaya kepada kepura-puraan MCA dan Gerakan.   Ayuhlah kita semua berjuang atas kebenaran yang sebenar-benarnya.  

Hari ini, BN sudah pun mula bekerja dan PAS sudah pun mengambil keputusan untuk ‘senyap’ sahaja.   PKR bagaimanapun, memilih untuk menafikan kekalahan dan terus berlawan.  

Dan yang masih belum pasti hala tujunya adalah DAP.  Di kala pemimpin DAP yang menang PRU  sudah mengangkat sumpah dan menafikan menyokong himpunan haram, anak muda Cina totok DAP pula terus berhimpun bersama Anwar/PKR menentang keputusan PRU.   

Oleh itu, apa yang dapat kita simpulkan ialah, mungkin masih tiada arahan rasmi dari Tokong Lim kepada anak-anak Cina totok ini untuk meninggalkan Anwar di pentas keseorangan.   Mungkin DAP sebenarnya masih mengharapkan Anwar dapat melakukan sesuatu untuk menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat ini.  

DAP kini sedang bergelut dengan kebangkitan orang-orang Melayu yang sudah ‘mengenali’ mereka.   Rata-rata, ancaman mereka dengan menggunakan label ‘rasis’ terhadap sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan mereka tidak lagi berjaya.   Malah, ugutan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang juga sudah tidak dipedulikan lagi.   Ini kerana, setiap kali mereka menuduh orang lain rasis, setiap kali juga sikap rasis mereka terserlah semakin jelas.  

Sikap DAP ini tidak ubah seperti sikap Yahudi yang melabel sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan Zionis merampas tanah Palestin sebagai rasis dengan merujuk kepada peristiwa ‘holocaust’.  Sedangkan, semuanya hanyalah lakonan untuk menutup agenda jahat mereka sendiri.  

Taktik yang sama juga diguna oleh DAP dan ianya terbukti apabila Karpal Singh menyuruh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz agar menutup mulut dan tidak mendedahkan ‘rahsia’ DAP.   

Hakikat bahawa DAP sedang berahsia dengan rakyat amatlah menarik kerana parti tersebutlah yang paling lantang melaungkan ‘ketelusan’ seolah-olah mereka melakukan segala-galanya secara terbuka dan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan.  Justeru, apabila Karpal mengakui bahawa DAP mempunyai ‘rahsia’, segala hipokrasi DAP pun terbukti.  

Tidak cukup dengan itu, Karpal juga mengugut akan mengambil tindakan ke atas Tunku Aziz sekiranya ‘rahsia’ itu didedahkan kepada umum.  

Apa yang pasti, ‘rahsia’ DAP itu tentulah bukan sesuatu yang baik untuk rakyat.  Jika tidak, kenapa DAP perlu merahsiakannya?  

Jadi, kita ingin bertanyakan kepada Karpal Singh, di manakah ketelusan yang dilaungkan DAP, jika parti sendiri penuh dengan rahsia?  Dan di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan DAP jika sesiapa yang bersuara akan disaman, didenda, diugut dan diancam?

Sebagai sebuah parti politik yang berazam untuk menjadi pemerintah, DAP tidak wajar berahsia dengan rakyat.  Lebih-lebih lagi jika DAP ingin terus melaungkan ketelusan dan kebebasan dalam perjuangannya.   

Seperti yang dikatakan di atas, politik Malaysia sedang mengalami perubahan di mana kita semua kini bermain atas landasan ‘berterus-terang’ selaras dengan matlamat kita untuk menjadi negara maju.  Jika DAP masih memilih untuk berpura-pura baik, telus, bersih dan tidak rasis maka DAP akan ketinggalan dalam arus politik semasa sedangkan semua orang tahu sudah siapa DAP yang sebenarnya.  

Sudah sampai masanya kita semua berkata benar dan berani mempertahankan apa yang kita anggap benar itu serta biarkan rakyat memilih sendiri ‘kebenaran’ manakah yang mereka mahukan.  Lagipun, bukankah DAP juga yang melaungkan ‘ubah’?  Justeru, kita menyeru DAP agar berubahlah dengan berkata benar.  Ada berani? 

Thursday, 16 May 2013

AUTHORITIES SHOULD ACT AGAINST ANWAR NOW BEFORE IT IS TOO LATE

THE opposition pact has distanced itself from calls for street protests to overturn the results of Election 2013, when Anwar Ibrahim said the pact would stick to indoor rallies to “voice their disgust” at alleged electoral fraud in the May 5 polls.
 
Anwar said calls for a mass street protest to oust the elected Barisan Nasional (BN) administration did not originate from PR but from affiliated non-governmental organisations (NGOs). 
“These are just suggestions and it was never raised to the leadership and it is not something that is adopted by leadership,” he told a press conference after chairing a PR presidential council meeting here. 
 
But Anwar did not mentioned or failed to mention that these affiliated NGOs are tools that he created to move the people to achieve his objective – to be the Prime Minister and pay his dues to his foreign masters. 
 
Anwar is a liar and this time people can see through his lies – street protests are not the pact’s style but indoor rallies are the pact’s style. 
 
What if the indoor rallies overflow to the streets? Well, his answer will be overwhelming support – very simple right? 
 
That is Anwar Ibrahim where he will not take responsibility of what happen although it is always his plans – through other non-political vehicles that purportedly to represent the people, voices of the people. 
 
The authorities should check whether these NGOs truly have the number of members as they claimed to be or these numbers of people are actually members of the opposition political parties ordered to support the events. 
 
Enough is enough…the authorities should take action against him for attempt to incite riots against the duly elected government. 
 
No more soft approach and this man called Anwar Ibrahim does not care and does not think rationally anymore. 
 
He is obsessed with his aim for his interests and that of his foreign masters.
He should be detained and put out of action until the situation has cooled off or the least the simmering flame of an impending violence riot is put off. 
 
Anwar is fanning emotions of an Arab Spring but of course, as he mentioned not his call, but that of affiliated NGOs which everyone, even the school children know his own creation and the vehicles he uses. 
 
Lets be realistic about the scenario – he knows he already lost and he knows going to the courts to reverse the people’s decision is not easy as it may take years, maybe till the next general election. 
 
His foreign masters cannot wait that long and Anwar is indebted thus he must act, he must show to his foreign masters that he had tried and still trying. 
 
Failure through democratic means which was the ballot boxes just a week ago, he is left with no choice but the Arab Spring style to overthrow the government. 
 
Malaysia being non-homogeneous society cannot afford to wait because this may lead to bloodshed. 
 
Thus, the relevant authorities must act now and swiftly – softy approach maybe too late.

SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA 2013. #pru13

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

    Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
    Datuk Seri Jamil Khir Baharom
    Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
    Datuk Seri Idris Jala (Senator)
    Tan Sri Joseph Kurup
    Datuk Seri Shahidan Kassim
    Nancy Shukry
    Datuk Joseph Entulu Belaun
    Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)



    Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
    Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

    Kementerian Kewangan
    Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
    Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
    Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

    Kementerian Pelajaran
    Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
    Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
    Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
    Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

    Kementerian Dalam Negeri
    Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
    Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia
    Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
    Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
    Timbalan Menteri: Hamim Samuri

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
    Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
    Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

    Kementerian Pengangkutan
    Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
    Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

    Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
    Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
    Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
        
    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
    Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
    Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

    Kementerian Pertahanan
    Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
    Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

    Kementerian Kerja Raya
    Menteri: Datuk Fadillah Yusof
    Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

    Kementerian Kesihatan
    Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
    Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

    Kementerian Belia dan Sukan
    Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
    Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
 
    Kementerian Sumber Manusia
    Menteri: Datuk Richard Riot
    Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
    Menteri:  Datuk Hasan Malek
    Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)


    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
    Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
    Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
 
    Kementerian Luar Negeri
    Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
    Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
    Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

    Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
    Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
    Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
    Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
    Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

    Kementerian Wilayah Persekutuan:
    Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
    Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

    Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
    Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
    Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

    Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
    Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
    Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah


Wednesday, 15 May 2013

TAN Sri Khalid Abu Bakar - Ketua Polis Negara

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa Jumaat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru berkuat kuasa tarikh sama.

Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar, yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak esok. Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, pelantikan Bakri Zinin juga berkuat kuasa tarikh sama.

“Selaras peruntukan Perkara 140 (4) dan Perkara 140 (5) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan dua pelantikan jawatan khas itu berkuat kuasa 17 Mei,” katanya.

Khalid, 56, yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Disember 1976, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti-Narkotik Kedah pada 1997.
Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan pada tahun yang sama dilantik Ketua Polis Daerah Kuantan.

Pada 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pada Jun 2007 sebagai Ketua Polis Selangor.

Pada 2010, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara setahun kemudian.

MB Selangor: Anwar Tersepit Dengan Propaganda Sendiri

Secara rasminya pada tanggal 14 Mei 2013, Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan penuh dari Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus melengkapkan senarai tiga buah negeri dikuasai PR selesai upacara angkat sumpah untuk jawatan MB dan KM.

Selain mengekalkan penguasaan di Selangor, PR yang merupakan pakatan tidak rasmi tiga parti pembangkang utama melibatkan DAP, PKR dan PAS juga menguasai kembali Pulau Pinang dan Kelantan serta turut meraih pencapaian lebih baik di Johor, Terengganu dan Sarawak.

Pakatan pembangkang itu turut mencatat prestasi lebih baik di peringkat Parlimen apabila menawan 89 kerusi Parlimen berbanding hanya 82 sahaja pada PRU-12 2008 yang lalu.

Untuk rekod, Kerajaan PAS Kelantan selesai mengangkat sumpah untuk jawatan MB dan EXCO pada 6 Mei sementara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selesai upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinanguntuk penggal kedua pada keesokan harinya.

Namun disebalik kejayaan itu, ramai rakyat Malaysia khususnya penduduk Selangor tertanya-tanya apa pula perlunya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan gerombolan pemimpin PR sibuk menjelajah seluruh negara menghasut penyokong pakatan pembangkang supaya menolak keputusan PRU-13 kononnya kerana wujud unsur penipuan oleh SPR.

Antara propaganda yang dimainkan ialah wujud pengundian melibatkan warga asing, blackout semasa pengiraan undi, dakwat kekal yang mudah luntur, ketidakadilan SPR serta pelbagai lagi tohmahan yang semuanya menjurus kepada penolakan mereka terhadap keputusan PRU-13.

Menolak keputusan PRU-13 atas apa sahaja tohmahan yang dilemparkan, ia sama seperti tidak mengiktiraf ketelusan dan keadilan perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.

Peliknya, dalam beriya-iya mereka menuduh itu ini terhadap SPR di masa yang sama mereka meraikan pula kejayaan mereka mengekalkan penguasaan di tiga buah negeri serta berbangga dengan kejayaan meraih 89 kerusi Parlimen sambil menyebarkan pula propaganda bahawa BN telah ditolak oleh rakyat Malaysia.

Walhal, jika tohmahan Anwar dan pemimpin PR yang lain dijadikan sandaran, bukankah itu bermakna perlantikan Khalid sebagai MB Selangor untuk penggal kedua sama seperti satu pengiktirafan terhadap penipuan dan ketidaktelusan yang dikatakan wujud dalam PRU-13.

Ini juga bermaksud Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah kerajaan haram kerana ditegakkan hasil dari penipuan kerana yang mengumumkan kemenangan mereka ialah SPR selaku badan rasmi pengendali pilihan raya di seluruh negara,bukan begitu?

Di lihat dari pelbagai sudut sekali pun, jelas tohmahan yang dilemparkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya berhubung PRU-13 langsung tak berasas. 

Sekarang Anwar tersepit bila mana propaganda yang dimainkannya tidak selaras dengan realiti semasa di mana PR turut meraih keuntungan hasil dari proses pilihan raya kendalian SPR.

Jika Anwar benar yakin wujud penipuan, ketidak adilan atau berlakunya penyelewengan dalam keputusan PRU-13, patutnya sedari awal lagi Ketua Umum PKR itu menghalang Kerajaan Negeri yang dikuasai PR dari mengangkat sumpah. 

Tuesday, 14 May 2013

#PRU13 KUBURKAN IMPIAN DAN PEMBOHONGAN ANWAR

Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum berpuas hati untuk memberontak terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu yang memihak kepada Barisan Nasional dengan mengadakan rapat umum di Pulau Pinang pula.

Bezanya jika di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu menarik kehadiran kira-kira 40,000 orang namun di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang yang datang untuk mendengar celoteh tidak sampai 20,000.

Ini merupakan satu jumlah yang agak kecil jika dibandingkan kapasiti stadiumn tersebut boleh menampung lebih 60,000 orang.

Rata-rata yang datang untuk berhimpun sambil meneruskan kemarahan mereka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah golongan muda di antara 21 hingga 40 tahun.

Satu perkara yang ketara boleh dikatakan lebih 90 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kedua-dua perhimpunan tersebut terdiri daripada penyokong-penyokong berbangsa Cina.

Kesimpulannya pengundi Melayu yang menyokong pembangkang nampaknya lebih rasional dan berfikiran terbuka dengan menerima kemenangan pada PRU13 pada 6 Mei lalu.

Bagaimanapun pengundi Cina yang dibakar semangat mereka oleh Anwar terutamanya terus yakin di benak hati mereka bahawa kemenangan sepatutnya di miliki pakatan pembangkang tempoh hari.

Mereka sebenarnya mempunyai fantasi yang tidak berpijak dibumi nyata tetapi memilih untuk mempercayai Anwar yang terus membohongi bahawa kemenangan mereka telah dinafikan oleh SPR.

Namun apabila Anwar didesak untuk membuktikan bagaimana SPR kononnya telah menerbangkan lebih 40,000 pengundi asing dari Bangladesh yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), beliau sehingga kini membisu seribu bahasa.

Begitu juga dengan dakwaan pembangkang mengenai dakwat kekal yang kononnya tidak kekal.

Namun penggunaan dakwat kekal adalah antara lapan tuntutan Bersih yang telah dipersetujui oleh SPR tetapi apabila dilaksanakan pembangkang pula mempertikaikannya.

Begitu juga dengan senarai daftar pemilih yang terus dipertikai oleh pembangkang sehingga ke tempoh berkempen walhal SPR telah memberi semua pihak secukup masa untuk meneliti satu persatu nama di dalam daftar jika mereka kehendaki.

Untuk mengguatkan dakwaan bahawa SPR menipu semasa proses pengiraan undi, pembangkang mencipta cerita bahawa TNB pula bersekongkol untuk menyebabkan 'blackout' atau putus bekalan elektrik di beberapa tempat mengundi.

Kejadian ini dakwa mereka menyebabkan pembangkang kalah di beberapa tempat tetapi dakwaan ini telah disangkal oleh salah seorang calon Dap yang bertanding di Ketari, Pahang bahawa tidak pernah berlaku insiden tersebut sebagaimana yang canangkan di dalam laman-laman sosial media secara meluas.

Pembangkang memikirkan bahawa dengan melontar sebanyak fitnah dan pembohongan terhadap SPR, pilihan raya semula akan diadakan atau setidak-tidaknya rakyat akan bangun menentang kerajaan.

Untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang adalah wayang politik semata-mata ialah betapa segeranya pembangkang di Pulau Pinang dan Kelantan menubuhkan kerajaan sehari selepas kemenangan mereka dengan upacara mengangkat sumpah ketua menteri dan menteri besar.

Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pembangkang hanya mengiktiraf keputusan di peringkat negeri yang memenangkan mereka dan menolak keputusan di peringkat pusat di mana  mereka kalah walhal pada kedua-dua peringkat sistem yang sama digunakan secara terus menerus oleh SPR sejak PRU yang pertama pada tahun 1959.

Ini adalah satu sikap hipokrasi paling besar yang ditunjukkan oleh pembangkang kerana mereka dahulunya mendakwa rakyat adalah penentu sebenar kepada keputusan dalam PRU13.

Namun apabila impian mereka untuk ke Putrajaya gagal, individum pertama yang meraung kerana kecewa tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.

Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat yang kononnya bulat menyokong pembangkang pada PRU13 tidak membeli kelentong beliau dan akhirnya memberi mandat kepada BN.

Anwar tidak dapat menerima dalam sanubarinnya bahawa menang kalah dalam sesuatu pertandingan adalah lumrah apatah lagi dalam pertandingan memilih sebuah kerajaan.

Rakyat memilih BN kerana selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia sejak merdeka, BN telah membuktikan bahawa ia mampu bukan sahaja membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara malah berjaya mewujudkan kerjasama politik yang menghasilkan kestabilan, keharmonian serta semangat muhibbah antara semua kaum.

Inilah yang menjadi pembangkang terutamanya Anwar dan Kit Siang yang tidak dapat menerima kejayaan yang dilakukan oleh BN selama ini.

Pembangkang cuba meniru model BN dengan menjadikan slogan seperti 'Ketuanan Rakyat' dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retotik kosong yang tidak ada apa-apa nilai dan makna.

Seperti mana yang dilihat daripadam keputusan PRU13 yang memperlihatkan 'swing' atau sokongan besar pengundi Cina terhadap pembangkang, isu rasisme atau perkauman masih membelit pemikiran penyokong-penyokong mereka.

Pembangkang tetap tidak dapat mengikis sifat perkauman yang tebal di kalangan pemimpin-pemimpin mereka dan justeru mereka menggunakan kelebihan itu untuk meraih undi.

Sifat perkauman inilah yang akhirnya mengguburkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bersama-sama pembohongannya yang dijaja sekian lama.