Wednesday, 30 April 2014

Gagal Menarik Kehadiran Pendengar,Peguam PKR Hasut Pelajar Bencikan Sistem Kehakiman Malaysia @LatheefaKoya @msiswakeadilan @lawyers4liberty



Sebuah forum yang bertajuk FORUM: MASA HADAPAN SISTEM KEHAKIMAN KITA telah dilangsungkan mengikut jadual di Dewan INB Resort, Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Majlis anjuran Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dengan kerjasama PKR itu bagaimanapun, gagal menarik perhatian ramai. 

Yang hadir cuma kurang dari 60 orang walaupun penganjur menjangkakan kehadiran melebihi 150 orang. Yang hadir cuma pelajar-pelajar dari Universiti Multimedia Melaka dan penyokong-penyokong PKR. Manakala penyokong-penyokong PKR dari UiTM Melaka, hilang dan tidak berani menunjukkan muka.

Antara yang hadir adalah Latheefa Koya yang juga merupakan Ketua Biro Guaman PKR, Eric Paulsen yang merupakan peguam PKR, Ginnie Lim Sie Lim, Naib Ketua PKR Alor Gajah dan Wahab bin Ibrahim, seorang ahli PKR tegar. 

Dalam ucapannya, Latheefa Koya dan Eric Paulsen jelas mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mennuduh sistem kehakiman di negara ini dibarisi oleh hakim-hakim bodoh yang gagal memberikan kemenangan kepada Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwatnya. Lebih menarik lagi ialah apabila Latheefa Koya menyatakan, Anwar Ibrahim tidak melakukan sebarang kesalahan kerana liwat yang berlaku adalah SUKA SAMA SUKA.

Suka sama suka bermakna, tiada sebarang perlanggaran undang-undang, baik dari sebarang segi kerana ia adalah hak asasi manusia. Namun Latheefa Koya selaku peguam berkecenderungan untuk berbohong apabila menyatakan, ketiadaan bukti untuk mensabitkan Anwar Ibrahim, menyebabkan pendakwaraya mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan campurtangan daripada Kerajaan pula akhirnya telah mensabitkan Anwar Ibrahim dengan hukuman penjara selama 5 tahun. Sedangkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan hanyalah sebahagian daripada proses kehakiman di negara ini. Dan kes Anwar Ibrahim itu sendiri bukanlah kes luar biasa, sebaliknya disensasikan kerana dia adalah seorang pemimpin politik semata-mata.

Latheefa Koya dan Eric Paulsen dalam forum berkenaan, cuba menjadikan Anwar Ibrahim sebagai makhluk yang tidak melakukan sebarang kesalahan atau lebih tepat lagi kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Bahkan menimbulkan persepsi bahawa sebarang natijah ke atas Anwar adalah disebabkan penganiayaan dan kezaliman.

Paling ketara ialah apabila Latheefa Koya berbohong tentang peguam Tan Sri Muhammad Syafie Abdullah yang kehadirannya benar-benar tidak disenangi oleh PKR. Katanya lagi, Syafie tidak sepatutnya mengendalikan kes tersebut kerana dia adalah seorang peguam swasta tanpa sedikit pun Latheefa Koya menyentuh tentang peruntukan undang-undang dan perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Peguam Negara untuk melantik mana-mana peguam mewakilinya sebagai Pendakwaraya. 

Dalam forum yang sama, Eric Paulsen turut menghasut para pelajar MMU agar mengadakan majlis-majlis seperti itu dan tidak perlu peduli dengan arahan polis kerana para peguam PKR akan menguruskannya. Eric Paulsen menepati ramalan sebelum ini bahawa barisan peguam dan hakim sedang mencuba untuk berkuasa di Malaysia seperti mana peguam dan hakim menguasai serta mengawal Pakistan. 

Pihak penganjur menyasarkan pelajar ipta/ipts untuk menyertai forum tersebut tetapi majoriti yang hadir pelajar dari Universiti Multimedia Bukit Beruang. 

Shamsul Iskandar Bin Mad Akin selaku panel forum turut tidak kelihatan dan hanya menghantar wakil. Ini menunjukan kegagalan penganjuran majlis ini serta cadangan untuk melancarkan Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri Melaka turut gagal kerana tidak mendapat sambutan dari mahasiswa di Negeri Melaka.

1 Mei Hari Pekerja, Mat Sabu Mahu Pekerja Jadi HAMBA Pakatan



Hari pekerja yang di sambut pada 1 Mei ini bakal di cemari dengan demontrasi haram oleh Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka.

Sehingga artikel ini di tulis segala persiapan di beritakan sedang rancak di lakukan malahan kebanyakkan pemimpin PAS sudah pun menyatakan kesediaan mereka menyediakan bas bagi mengangkut ahli-ahli PAS untuk di bawa ke Kuala Lumpur.

Entah dari mana peruntukan yang di ambil , mungkin wang poket pimpinan PAS atau mungkin juga daripada peruntukan yang seharusnya di salurkan kepada rakyat atau mungkin juga hasil kutipan tabung-tabung di tempat ceramah.

Soal berhabis wang ringgit tidak menjadi hal buat masa ini kerana yang jauh lebih penting adalah memuaskan hati dan kehendak politik PAS serta sahabat sekutunya PKR dan DAP.

Timbalan Presiden PAS pula di lihat begitu bersemangat malah mahu semua pekerja dalam negara turun untuk menyokong Pakatan Rakyat bagi membantah kerajaan Barisan Nasional yang di dakwa melakukan rasuah dan penyelewengan.

Selain daripada itu Mat Sabu juga mahu supaya seluruh pekerja di Malaysia membantah pelaksanaan GST yang kononnya akan menyebabkan negara bangkrap.

Sesuatu yang cukup menggelikan hati apabila melihat hasrat dan tuduhan demi tuduhan yang di lemparkan terhadap kerajaan kononnya mengamalkan rasuah dan melakukan penyelewengan.

Jika di perhatikan tindak-tanduk pembangkang rasanya mereka jauh lebih mempercayai undang-undang dan sistem kehakiman bagi menentukan sesuatu tuduhan.Malahan beberapa pemimpin mereka juga sering kali menjadikan sistem perhakiman negara sebagai medan aksi saman menyaman sebelum ini.

Dalam soal ini mengapa agaknya tidak ada satu pun laporan polis atau laporan kepada pihak SPRM tentang tuduhan bahawa kerajaan mengamalkan rasuah dan melakukan penyelewengan ?

Di mana laporan tersebut ? Bukankah lebih baik sekiranya laporan di buat beserta bukti supaya pihak penghakiman boleh menjalankan tanggungjawab mereka !

Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa segala yang laung-laungkan itu hanyalah cakap-cakap kosong tanpa bukti yang boleh di anggap sebagai fitnah terbesar di lakukan oleh mereka yang mengaku Islam seperti PAS.Malahan demontrasi yang di rancang pada 1 Mei nanti di lihat tidak ubah hanyalah satu lagi propaganda bodoh pemimpin pembangkang menghasut rakyat agar tutun ke jalanan untuk satu bantahan yang sebenarnya tidak punya asas dan bukti.

Apakah ini yang di namakan keadilan ? 

Menghasut rakyat agar menolak pelaksanaan GST dengan alasan ianya mampu menyebabkan negara bangkrap juga adalah satu lagi tuduhan dangkal daripada pembangkang memandangkan kerajaan telah memberikan penerangan tentang langkah-langkah yang bakal di ambil selain daripada mengurangkan kadar cukai yang selama ini di bayar oleh rakyat.

Pengurangan cukai daripada 10% ke atas menjadi hanya 6% di momokkan oleh Mat Sabu sebagai sesuatu yang boleh membangkrapkan negara ?

Sebenarnya ini merupakan agenda DAP dan PKR dengan menjadikan pemimpin serta penyokong PAS sebagai pencacai kepada hasrat mereka untuk terus membela taikon-taikon besar kaum cina dan terus menindas rakyat di peringkat akar umbi.

Ini jelas menunjukkan bahawa Mat Sabu dan Pakatan Rakyat mempergunakan pekerja demi kepentingan politik mereka walaupun 1 Mei telah di kuatkuasakan sebagai hari cuti bagi menghargai para pekerja di seluruh dunia.

Kepada semua pekerja ingatlah jadi jadi HAMBA kepada perjuangan songsang ini !

Countdown 1 Mei Hambar? #GST @anwaribrahim @RafiziRamli @ybz99




Kalau ikutkan pada sebaran, hebatlah dan gempar ler...

Kalau ikutkan perancangan dan cakap-cakap besar puak-puak PKR di Pandan Indah dan kawasan-kawasan sekitarnya, kiranya malam tadi, dua jalan utama Pandan Indah harus tidak akan boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan kerana sesak teruk.

Bukan main-main wooo... Anwar Ibrahim datang sendiri berceramah di Pandan Indah. Kalau kata Anwar yang berceramah, jangankan manusia, jin dan syaitan pun ikut berhenti untuk mendengar ceramahnya.




Malangnya, apa yang dihajati tidak berlaku malam tadi. Walaupun tidak lengang, tetapi COUNTDOWN di Padang MPAJ Padang Indah pada jam 9:30 malam tadi, sungguh hambar. Jumlah kehadiran, kurang dari 600 orang walaupun barisan penceramahnya hebat-hebat belaka, termasuklah Anwar Ibrahim.

Antara yang turut berucap malam tadi adalah Adnan dari Kelantan (Royalti) yang menyatakan selama 25 tahun UMNO telah menzalimi rakyat Kelantan walaupun sebenarnya yang zalim adalah Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak mempunyai sebarang idea untuk menjanakan pendapatan negeri selain daripada menagih tin milo dan tempurung kelapa meminta sedekah. Orang ini juga menyatakan, isu air di Selangor adalah isu mainan UMNO semata-mata sedangkan sebenarnya MASALAH AIR DI SELANGOR LANGSUNG TIDAK BERLAKU.




Disebabkan itulah, katanya, orang ramai perlu berhimpun pada tengah malam 1 Mei untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan selain memberi amaran keapda pasukan keselamatan agar tidak mengganggu rakyat yang mahu menuntut keadilan dan menggulingkan kerajaan.

Turut berucap adalah Tiew Way Keng dan G.Manivanan, Ahli Parlimen Kapar yang menyatakan Barrack Obama TAKUT HENDAK BERJUMPA Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim adalah Ketua pembangkang di Malaysia. Dan menurut Ahli Parlimen Kapar itu lagi, UMNO sengaja menggunakan khidmat Syafie Abdullah untuk mengenakan Anwar Ibrahim kerana UMNO takut Anwar akan lebih majukan Selangor selaku Menteri Besar Selangor yang baru.




Tidak ada apa-apa yang baru melainkan cerita-cerita bohong yang diulang-ulang dan telah dijawab berkali-kali. Tiada apa-apa bukti yang dikeluarkan bagi setiap pertuduhan, melainkan bergantung sepenuhnya kepada KEBODOHAN para pendengar dan penyokong PKR untuk mengukuhkan pembohongan tersebut.

Yang pasti, Anwar benar-benar kecewa malam tadi dan kekecewaannya terluah dengan jampi serapah dan HARAMJADAHnya yang dikeluarkan dengan penuh emosi. Walaupun tidak dinyatakan secara terbuka kepada penganjur program berkenaan, sebaliknya melihat kepada memek muka dan bahasa badan Anwar Ibrahim yang menganggap, ketidakhadiran lautan manusia untuk mendengar temberangnya itu adalah disebabkan oleh 'campurtangan Najib', nyata dia marah dan bengang.

Macam mana Anwar dipanggil untuk berceramah sedangkan hadirin tidak sampai 500 orang?

Court Orders Mustafa Ali To Pay Felda RM130,000 For Defamation @PapaGomo @FeldaVoice @nikabdulaziz @DPPMalaysia


The High Court here ordered PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali and four others to pay Federal Land Development Authority (Felda) RM130,000 in damages in a defamation suit, for alleging it had sold palm oil to Israel.

However, Felda lost its case against Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) president Mazlan Aliman.

Felda said Mazlan had posted a picture of an invoice in his Facebook account on Nov 19,2012, which implied that it had sold crude palm oil to Israel.

It said Mazlan had made a defamatory statement in front of its office in November 2012, which was published in party mouthpiece Harakah Daily dated Nov 26-29 and Suara Keadilan dated Nov 27.

It named Mazlan, PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali, Harakah chief editor Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, writer Mohd Arif Atan, printer Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd and PKR secretary-general Datuk Saifuddin Nasution Ismail as defendants in the civil suit.

However, Saifuddin had recently reached a consent judgment over the civil dispute.

KL High Court Judicial Commissioner Lee Heng Cheong made the ruling after hearing evidence from witnesses.

Fahami #GST:Membangun Dan Maju Bersama @kastamhq @gstmalaysiainfo


Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia


Kerajaan pada ketika ini sedang membuat persedian rapi bagi melaksanakan pelan tranformasi terhadap sistem percukaian negara. Di dalam pelan tersebut, Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST akan diperkenalkan untuk menggantikan sistem cukai kepenggunaan sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST). 

GST adalah model cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas penggunaan domestik serta barangan dan perkhidmatan import yang dibekalkan di dalam Malaysia. GST juga dikenali sebagai Cukai Nilai Tambah (VAT) kerana cukai ini dikenakan ke atas nilai ditambah bagi barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan. Di dalam perniagaan, GST tidak menjadi sebahagian daripada kos kerana GST yang dibayar ke atas pembelian akan dituntut semula di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan. Di dalam model ini, pengguna akhir akan menjadi pihak yang sebenarnya membayar GST kepada Kerajaan.

Menurut mekanisma GST seperti yang dinyatakan di dalam Rang Undang-Undang GST 2009, terdapat tiga kategori kadar GST iaitu Kadar Standard (Standard Rated), Kadar Sifar (Zero Rated) dan Dikecualikan GST (Exempted). Menurut Rang Undang-Undang itu juga, Kadar Standard yang dicadangkan oleh Kerajaan adalah 4% ke atas harga barang atau perkhidmatan yang ditakrifkan sebagai “Pembekalan”. Walau bagaimanapun, pembekalan barangan asas keperluan isi rumah seperti produk pertanian, bekalan ternakan, bahan asas masakan, dan lain-lain lagi, akan diletakkan di dalam kategori Kadar Sifar (0%). Manakala barang atau perkhidmatan awam pula seperti tanah dan kediaman, pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kewangan serta caj lebuhraya, akan diletakkan di dalam kategori Dikecualikan GST.


Ilustrasi 1: GST atas nilai tambah


Ilustrasi 2: Bagaimana GST dilaksanakan pada kadar 4%


Ilustrasi 3: Bagaimana GST dilaksanakan pada kadar 0%

GST pada dasarnya diformulasikan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang tidak boleh diatasi di dalam sistem SST seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat, isu kebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan harga, penyeludupan dan sebagainya. Di samping itu, GST juga dirumus untuk meningkatkan pematuhan cukai melalui kaedah tadbir-urus yang lebih mudah berikutan sistem pengurusannya adalah berasaskan kepada kaedah self policing

Sehingga tahun 2009, GST telah pun dilaksanakan di 146 buah negara, di mana Perancis menjadi negara yang pertama melaksanakannya pada tahun 1954. Di kalangan negara-negara ASEAN pula, Indonesia adalah negara yang terawal melaksanakan GST iaitu pada tahun 1984 dan diikuti oleh negara-negara yang lain kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar. 

Hakikatnya, cadangan mengenai pelaksanaan cukai nilai tambah yang bersamaan dengan GST di Malaysia telah mula diberitakan sejak Oktober 1988. Ianya pertama kali disebut di dalam Pembentangan Belanjawan 1989, oleh Y.B. Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tun Daim Zainuddin. Seterusnya, keperluan mewujudkan sistem cukai ini dinyatakan semula pada pembentangan Belanjawan 1993, 2005 dan 2010, masing-masing oleh Menteri Kewangan pada ketika itu, iaitu Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 

Walaupun telah sekian lama dirancang oleh Kerajaan, GST masih belum dilaksanakan di Malaysia. Rang Undang-Undang GST yang telah dibentangkan di Parlimen pada tahun 2009, telah ditarik balik sebelum bacaan kali kedua, kerana kebimbangan Kerajaan mengenai penerimaan serta tahap pemahaman Rakyat mengenai mekanisma GST. Menteri Kewangan Kedua, Y.B. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataannya kepada media pada Julai 2012, menyebut bahawa, Kerajaan ingin memastikan Rakyat benar-benar memahami GST terlebih dahulu sebelum Kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya. 

Kepentingan GST kepada ekonomi negara

Fakta Cukai di Malaysia
Kita sering kali mendengar rungutan dan keluh kesah Rakyat serta komuniti perniagaan mengenai kadar cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan syarikat di Malaysia yang tinggi berbanding dengan negara jiran, Singapura. Perbandingan tersebut dibuat bagi menunjukkan seolah-olah Kerajaan sedang menekan Rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi dan menjadikan Malaysia kurang kompetatif dalam mengekalkan bakat untuk merangsang pertumbuhan ekonomi serta menarik pelabur asing berbanding Singapura. Untuk rekod, Singapura telah melaksanakan GST sejak tahun 1994.

Sebenarnya, kadar cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan syarikat di Malaysia boleh dirasionalisasikan secara berperingkat sekiranya Rakyat memberikan sepenuh kepercayaan terhadap Kerajaan untuk melaksanakan GST, sama seperti yang dilakukan oleh negara jiran, Singapura. Ini kerana, GST berupaya menjana sumber hasil negara yang lebih kukuh dan stabil bagi menggantikan kebergantungan sumber hasil daripada kedua-dua cukai pendapatan individu dan syarikat.

GST pada hakikatnya merupakan satu sistem percukaian yang lebih komprehensif, efektif, telus, efisien dan mesra perniagaan. GST mampu merangsang pertumbuhan ekonomi domestik serta meningkatkan daya saing negara kepada pelaburan global di samping kurang terdedah kepada risiko turun naik ekonomi atau kebergantungan kepada sumber minyak dan gas yang mempunyai jangka hayat yang terhad.

Rakyat perlu memahami bahawa, GST sememangnya dirumus untuk mengurangkan bebanan cukai terhadap Rakyat pada masa sekarang yang disebabkan oleh kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam sistem cukai sedia ada. Objektif utama GST adalah untuk menyeimbangkan skop asas cukai kepada segenap golongan masyarakat mengikut paten penggunaan mereka. Secara prinsipnya, lebih banyak penggunaan, maka lebih banyak pembayaran. Sebaliknya, semakin efektif sesuatu pekerjaan, semakin banyak hasil yang dijana dan mereka patut menikmati cukai yang lebih rendah.

Bagi komuniti perniagaan, GST tidak akan menjadi sebahagian daripada kos barang dijual. Ini bermakna, sebarang caj GST yang terdapat di dalam inbois jualan (GST Ouput) atau belian (GST Input) bukanlah perlu ditanggung oleh para peniaga. Layanan perakaunan ini tidak sama seperti sistem SST di mana SST adalah kos kepada perniagaan. Justeru itu, dengan pemansuhan SST, kos jualan sesuatu perniagaan akan dapat dijimatkan. Ini seterusnya akan memberi nilai kepada pasaran, jika perniagaan tersebut menyalurkan kembali penjimatannya kepada Rakyat.

Bagi menjamin kepentingan serta kebajikan segenap lapisan Rakyat, Kerajaan bakal menetapkan bahawa mana-mana entiti perniagaan dengan nilai ambang atau jualan terkumpul (Treshold) di bawah paras RM500,000 setahun tidak akan diwajibkan untuk berdaftar sebagai syarikat berdaftar GST (GST Registrant). Penetapan ini akan mengecualikan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana seperti kedai-kedai runcit diluar bandar daripada memungut GST daripada pelanggannya, namun mereka dibenarkan menyerap caj GST Input (sekiranya ada) ke dalam harga sebagai kos. Tindakan ini adalah bagi mengurangkan impak perubahan harga terhadap Rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Secara relatifnya, walaupun caj GST Input diserap sebagai kos, harga barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perusahaan tidak berdaftar GST akan lebih lebih rendah berbanding era SST kerana perbezaan kadar cukai daripada 10% kepada 4%.

Di dalam model GST Malaysia juga, terdapat satu mekanisma khas yang dirangka bagi menggalakkan industri pelancongan negara. Ianya dinamakan sebagai Skim Bayar Balik Pelancong atau Tourist Refund Scheme (TRS) yang berupa insentif pemulangan GST kepada pelancong yang berbelanja di Malaysia untuk barang-barang yang ingin dibawa pulang bersama mereka (mengikut terma-terma yang ditetapkan). Skim TRS ini berpotensi untuk menarik minat pelancong asing yang mempunyai keupayaan berbelanja yang tinggi dan sekaligus melipat gandakan pulangan ekonomi kepada sektor-sektor yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan apabila GST dilaksanakan kelak.

Impak GST terhadap ekonomi domestik sebenarnya sangat besar. Ianya bukan sahaja mampu memberikan nilai wang kepada Rakyat atau komuniti perniagaan, malahan GST juga mampu mengekang aktiviti mengelak cukai secara kolektif di samping merangsang kemasukan pelabur dan pelancong asing ke Malaysia. Ini seterusnya akan membawa kesan berganda (Multiply effects) yang positif kepada ekonomi negara dan Rakyat secara keseluruhannya. 

Sebagai contoh, banyak peluang perkerjaan akan terhasil daripada peningkatan jumlah pelaburan yang masuk ke dalam Malaysia kerana rangsangan kadar cukai pendapatan syarikat yang rendah. Seterusnya, Rakyat akan memperoleh manfaat dalam bentuk nilai wang serta peningkatan taraf hidup yang lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan seperti penyediaan infrastruktur kemasyarakatan yang lengkap. Apa yang lebih penting adalah janji Kerajaan untuk berkongsi Kekayaan negara untuk kebajikan segenap lapisan Rakyat seperti pemberian bantuan kewangan, perkhidmatan kesihatan, subsidi pendidikan dan perumahan serta lain-lain lagi.

Tugas penting bersama untuk GST


Kerajaan telah menerima pelbagai reaksi dan pandangan umum sejak membuat pengumuman rasmi mengenai cadangan pelaksanaan GST di Malaysia pada Pembentangan Bejet 2005. Reaksi dan pandangan umum tersebut jelas mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan apabila Rang Undang-Undang GST ditarik balik sebelum bacaan kali kedua di Parlimen pada April 2012 dan masih tidak diteruskan sehingga kini.

Jika diteliti secara menyeluruh, hampir kebanyakkan reaksi dan pandangan umum tersebut adalah bersifat negatif atau menolak pelaksanaan GST disebabkan salah faham mereka mengenai GST atau campur tangan politik. Manakala, pihak yang menerima dan menyokong pelaksanaan GST adalah mereka yang kebanyakkannya terdiri daripada wakil-wakil akademik, permain-pemain industri atau ahli-ahli ekonomi yang mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk memahami mekanisma GST. 

Jika situasi ekonomi Malaysia tanpa pelaksanaan GST masih berterusan, Kerajaan dijangka akan menghadapi tempoh masa yang sukar dalam menguruskan ekonomi negara pada masa hadapan. Antara cabaran terbesar adalah untuk menangani isu perubahan persekitaran ekonomi global serta kebarangkalian penyusutan sumber-sumber domestik yang terhad seperti minyak dan gas. Kesan kepada kekangan sumber hasil pada masa hadapan akan mengganggu momentum pertumbuhan sebuah negara Malaysia yang makmur dan maju. Pihak yang akan menjadi mangsa keadaan adalah Rakyat sendiri.

Bagi menangani isu penolakkan terhadap GST, Kerajaan perlu melipat gandakan usaha untuk memberikan kefahaman yang secukupnya mengenai GST kepada Rakyat. Masalah penyampaian maklumat GST menjadi kelemahan utama di pihak Kerajaan kerana sehingga kini tiada sebarang hebahan yang efektif untuk menarik penerimaan Rakyat terhadap GST. Sebaliknya, Rakyat semakin bertambah keliru serta salah sangka mengenai GST.

GST tiada kumpulan sasar tertentu, sebaliknya GST akan melibatkan keseluruhan Rakyat. Kerajaan tiada pilihan selain daripada memperbetulkan persepsi Rakyat mengenai hakikat keperluan GST untuk pembinaan sebuah negara bangsa yang terbilang. Persepsi-persepsi negatif mengenai ketelusan, akauntabiliti dan sikap amanah di dalam pengurusan perbendaharaan negara perlu ditangani secara efisyen oleh Kerajaan. 

Selain itu, pelaksanaan GST juga memerlukan kerjasama politik yang matang. Parti-parti politik di Malaysia perlu meminggirkan kepentingan politik masing-masing buat seketika, bagi membolehkan perkara yang betul mengenai masa hadapan ekonomi negara dapat dilakukan untuk kebaikan seluruh Rakyat. Kritikan yang diberikan haruslah bersandarkan kepada ilmu pengetahuan menyeluruh mengenai GST, bukan hanya berdasarkan ilmu picisan yang dituntut dikedai-kedai kopi atau dipetik dari cogankata murahan di laman-laman sosial semata-mata. Jadilah pemimpin yang adil dan beramanah demi masa hadapan negara Malaysia yang tercinta. 

Marilah “Membangun dan Maju Bersama” untuk Malaysia tercinta.

#GST: Pemahaman Mengenai Cukai, Asas Kepada Penerimaan GST @kastamhq @gstmalaysiainfo


Sensitiviti masyarakat mengenai cukai

“Cukai” merupakan salah satu perkataan atau perkara yang cukup sensitif di dalam sesebuah masyarakat di mana-mana negara termasuklah di Malaysia. Perkataan “Cukai” pada maksud awam adalah suatu kadar caj yang dikenakan oleh Kerajaan terhadap Rakyat yang memiliki suatu hasil di dalam negara. Cukai sering kali diibaratkan sebagai suatu bebanan dan tekanan yang dikenakan oleh pemerintah kepada Rakyatnya.

Biarpun cukai mempunyai tahap sensitivitinya tersendiri di dalam masyarakat, namun ianya tidak pernah dihapuskan atau dimansuhkan oleh mana-mana pemerintah yang memegang tampuk Kerajaan sejak dahulu hingga kini. Rakyat kebanyakannya kekal taat kepada tatacara berkerajaan dengan memberikan sumbangan cukai mereka kepada pemerintah tanpa banyak soal bicara selagi ianya munasabah serta diuruskan dengan cara yang teratur, di samping untuk mengelak masalah litigasi mendatang. Secara umumnya, penerimaan Rakyat terhadap sistem cukai masih diragui walaupun mereka kelihatan patuh terhadap obligasinya.

Di dalam sejarah ekonomi Islam, terdapat tiga jenis cukai yang dikenakan ke atas masyarakat bukan Islam, iaitu Kharaj, Jizyah dan Usyur. Kharaj bermaksud cukai hasil tanah (pertanian) yang dikenakan ke atas orang bukan Islam. Jizyah pula ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam, manakala Usyur ialah cukai perdagangan yang dikenakan kepada kapal-kapal milik orang bukan Islam yang berlabuh di negara Islam. Ketiga-tiga jenis cukai terhadap masyarakat bukan Islam ini telah diseimbangkan pula dengan kewajipan berzakat terhadap masyarakat Muslim. Asas pengertian Kharaj, Jizyah, Usyur dan Zakat secara amnya adalah pembahagian sumber untuk pembinaan masyarakat dan negara yang seimbang di mana mereka yang berkemampuan (mencukupi syarat kelayakan) akan diwajibkan untuk menyumbang. Namun begitu, Zakat tertakluk penerimaannya kepada asnaf yang lapan, manakala cukai dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan umum seperti pembinaan infrastruktur, urusan keselamatan dan pembayaran gaji kakitangan awam.

Hakikatnya, cukai di dalam sistem ekonomi Islam adalah suatu peraturan baharu yang wujud hasilijma' atau persepakatan ulama Islam dan sebahagian daripada tradisi Islam atau urf. Imam As-Syatibi di dalam Kitab Al-'Itisam [2/86] ada menyebut mengenai pandangan mengambil cukai, yang bermaksud: "Disyaratkan keharusan itu - disisi mereka [ulama] - adalah pemerintah mestilah adil, dan perbelanjaan dari sudut pengambilan harta dan pemberian harta itu atas jalan yang dibenarkan syarak".


Cukai dan Zakat di dalam sistem ekonomi Malaysia

Di dalam situasi di Malaysia pada hari ini, cukai telah menjadi elemen utama pendapatan negara untuk menampung segala keperluan ekonomi bagi 28 juta Rakyatnya. Menurut buku Laporan Ekonomi 2012/2013 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), pada tahun 2012 hasil cukai membentuk hampir 73.6% atau RM152,493 billion daripada keseluruhan pendapatan negara yang berjumlah RM207,246 billion. 

Sistem cukai di Malaysia pada dasarnya diwarisi daripada sistem yang diamalkan oleh penjajah sebelum kemerdekaan negara. Walau bagaimanapun, terdapat penambah baikan yang signifikan terhadap sistem cukai warisan tersebut yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan sepanjang tempoh 55 tahun pasca kemerdekaan. Penambah baikan yang dilakukan adalah bagi mendepani perubahan zaman, keperluan ekonomi dan situasi semasa di dalam dan luar negara. 

Antara perubahan paling utama ialah Kerajaan memberikan pengiktirafan kepada Zakat bagi pembayar cukai Muslim sebagai rebat cukai yang diterima sebagai tolakan cukai. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa teras utama pengagihan sumber (Zakat) bagi umat Islam telah diasingkan daripada sistem cukai konvensional namun ianya masih diiktiraf sebagai satu komponen umum yang diperjelaskan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967. Melalui pengiktirafan ini, masyarakat Muslim di Malaysia telah diberikan pilihan yang jelas sama ada mahu menyumbang kepada tabung pendapatan negara secara umum atau menyumbang kepada perbendaharaan ummah atau kedua-duanya sekali. Dari aspek ini, dapat dilihat bahawa unsur keadilan seperti yang dipupuk oleh semangat falsafah ekonomi Islam telah/sedang diserapkan di dalam sistem percukaian negara. 

Ilmu cukai dan tanggungjawab Rakyat

Di Malaysia, ilmu tentang cukai hanya dapat dipelajari secara formal diperingkat pengajian tinggi dan ianya tertakluk kepada jenis aliran pengajian yang diduduki oleh seseorang individu. Ini bermakna, tidak semua individu terdedah kepada pengajian tentang cukai secara mendalam, malahan boleh dikatakan bahawa hampir kebanyakan individu tiada asas pemahaman yang betul tentang cukai. Keadaan ini menjadikan cukai selalunya disalah-ertikan kerana kadar pendedahan atau pendidikan tentang cukai kepada Rakyat adalah tidak meluas serta tidak begitu dititik-beratkan atau diberi perhatian secara serius. 

Ironinya, sebilangan Rakyat yang bertuah hanya akan dapat mempelajari ilmu asas tentang cukai secara formal apabila peringkat umur mereka telah berada di antara 18 hingga 24 tahun (peringkat pengajian tinggi). Pada peringkat umur ini juga, sebahagian yang lain pula mungkin telah memasuki alam pekerjaan atau menceburkan diri di dalam bidang perniagaan yang akan memberikan pulangan pendapatan sama ada dalam bentuk penggajian atau pendapatan daripada perniagaan atau kedua-duanya. Situasi ini seterusnya mungkin akan melayakkan mereka untuk memberikan sumbangan cukai kepada Kerajaan secara tiba-tiba sama ada disedari atau tidak disedari. Dengan pemahaman yang kurang mendalam tentang ilmu cukai akan menjadikan individu tersebut salah tafsir, tersentak, malahan boleh menimbulkan kemarahan atau protes terhadap Kerajaan. Lebih malang lagi, setiap kelalaian akibat daripada kurangnya kefahaman tersebut juga perlu ditanggung oleh mereka dengan kos! 

Jika diterjah dengan persoalan cukai secara rawak, kita akan dapati bahawa terdapat Rakyat Malaysia yang langsung tidak menyedari hakikat yang sebenarnya mereka sedang dan telah melaksanakan tanggungjawab bercukai melalui perbelanjaan harian mereka, di mana unsur Cukai Jualan 10% dan Cukai Perkhidmatan 6% telah pun diserapkan di dalam harga setiap barangan atau perkhidmatan yang mereka gunakan. Justeru, mereka ini selalu beranggapan bahawa mereka tidak pernah dikenakan cukai. Anggapan yang salah sebegini telah terbukti membawa kesan buruk kepada Kerajaan apabila Rakyat kelihatan sukar untuk menerima kehadiran sistem cukai baharu yang lebih telus dan efisyen iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). 

Mengambil kira situasi sebegini, Kerajaan seharusnya peka akan keperluan pendidikan mengenai cukai kerana ianya sebahagian daripada asas pengajian kenegaraan yang perlu didedahkan seawal individu tersebut di bangku sekolah lagi. Cukai haruslah difahami dengan mendalam sebagai satu tanggungjawab setiap warganegara, bukannya sebagai suatu bebanan atau kezaliman daripada pemerintah kepada Rakyat. Kenyataannya, cukai bukanlah urusan profesional, tetapi cukai adalah urusan peribadi setiap individu di dalam negara ini. Cukai adalah agihan nilai daripada Rakyat kepada Rakyat, di mana Kerajaan hanyalah badan pentadbir dana cukai yang dilantik oleh Rakyat bagi setiap 5 tahun sekali. Persepsi umum yang adil/positif mengenai cukai hanya dapat disuburkan melalui pendidikan awal yang berterusan kepada setiap warganegara. Justeru itu, satu mekanisma pendidikan khusus mengenai tanggungjawab bercukai hendaklah diwujudkan segera bagi menangani salah tanggapan yang berlarutan mengenai cukai dikalangan Rakyat terutamanya generasi muda yang agresif dan sensitif.







Tuesday, 29 April 2014

Protes Jalanan Kini Lebih Bermotifkan Guling Kerajaan - Tun Dr. Mahathir @PDRMsia @KBAB51 @TSMusaHassan


Penganjuran protes jalanan yang semakin berleluasa dan sejak kebelakangang ini adalah bermotifkan untuk menggulingkan kerajaan dan bukannya sebagai satu wadah untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu berbangkit.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menerusi sistem demokrasi, siri protes jalanan adalah dibenarkan sebagai alternatif kepada kaedah berkempen terhadap sesuatu isu namun ianya kini semakin berpanjangan sehingga boleh menyebabkan negara lumpuh.

"Di dalam sebuah negara totalitarian bukan demokrasi, demonstrasi besar-besaran boleh disifatkan tidak lain hanyalah untuk menukar kerajaan sedia ada. Tetapi kini apabila pilihan raya boleh menentukan sesebuah kerajaan ditukar, pihak yang kalah dalam pilihan raya demokrasi menyebabkan berlakunya tindakan seumpama ini (rusuhan).

"Kita dapat lihat di Mesir, Ukrain dan juga Thailand pihak pembangkang menganjurkan demonstrasi bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih majoriti," katanya dalam entri terbaru blog beliau, hari ini.

Jelas Tun Mahathir, Malaysia kini masih lagi bertahan dengan siri demonstrasi jalanan yang kian berpanjangan tetapi tanda-tanda 'kejatuhan' semakin jelas.

"Ternyata terdapat warga Malaysia yang ingin menjatuhkan kerajaan yang dipilih menerusi demonstrasi," katanya.

Tambah beliau, sungguhpun jumlah keanggotaan demonstrasi tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil gulung tikar namun phak penganjur akan berusaha untuk meningkatkan jumlah protestan sehingga mencecah jutaan orang supaya kerja harian akan terganggu.

"Langkah seterusnya adalah untuk mengambil alih bangunan kerajaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan keras setelah tindakan provokasi dilakukan. Mungkin ianya akan berlaku di masa akan datang dan Malaysia akan menyertai kedudukan negara yang tidak mampu untuk mentadbir dan paling mundur dalam pembangunan," tegasnya.

Who is to blame for Selangor water woes? @Khalid_Ibrahim @nohomar @puspel



The Selangor Government’s reluctance to gradually raise tariffs, to allow water companies to increase supply and reduce leakages, forced the Federal Government to step in and initiate damage control. Unfortunately, public anger is now directed at the wrong party.

THE other day, I was listening to a business radio “talk-back” show. Irate listeners called to air their anger on the Federal Government for the protracted water crisis. Being unaware of the facts, understandably, they blamed the Federal Government for poor planning.

The question everyone should be asking is this: Why is Selangor and Kuala Lumpur the only areas facing water shortage when the rest of the country does not have such a problem?

Is it because we have not expected the increase in demand for Selangor like other states?


No. All states register increases in demand every year and we have reliable forecast of demand growth to provide the right information for planning.

Is it entirely caused by drought in Selangor?

No. There is also drought in other states at different times of the year, and they do not face water shortage.

Is it because Selangor’s non-revenue water (NRW) is too high compared to other states?

No. Selangor/KL’s NRW is at 32% and lower than the national average (36%), and certainly lower than Pahang (56%), Kelantan (55%), Sabah (50%) and Kedah (47%). Yet they do not have water shortage.

So why is Selangor facing water shortage and who is to be blamed?

With proper planning, there should be enough supply of water to cater for increases in demand and drought contingencies.

The current water strategy ensures water reserves at 70% (which will last for 100 days before hitting critical levels). This means we should have water supply to cover 100% of existing demand.

Under the water concession agreement, the previous Selangor Government deliberately established the initial water tariff at very low rates while allowing for gradual increases in the interest of the public.

These increases are needed to provide additional revenue to the water companies so that they can use the money to increase water supply and reduce leakages or NRW.

Except for Selangor, all other states in Malaysia, including Barisan Nasional and Pakatan Rakyat states have allowed for increases in water tariff in line with the concession agreement or the business plan.

In 2010 itself, the Federal Government had warned Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim of a water crisis in 2014 if water resources were not managed properly.

Khalid retorted, saying that there would be more than sufficient water supply to meet the demands of Selangor and Kuala Lumpur well up to 2019.

This is in stark contrast to what he said last week that “the water supply will only last 29 days if water rationing is not carried out.”

The state government refused to allow for the construction of Langat 2 and has, since 2009, rejected increases in water tariff. In its obstinacy, the state government has become the stumbling block.

The Selangor Government must be held accountable for this water shortage.

They should not deflect this problem by apportioning blame on the Federal Government. If they had approved Langat 2 in 2009, it would be completed by now and we would have enough water today.

Let’s look at the Selangor Government’s alternative water plans.

Based on their election manifesto, Pakatan promised free water or no increase in water tariff. To achieve this, they wanted to buy out the four water companies.

After more than five years of trying, they failed to acquire the companies on a “willing seller, willing buyer” basis.

To fulfil their election manifesto, the Selangor Government halted any increase in water tariff, even though it was provided for under the concession agreements.

As a result, water companies in Selangor said they were not in a financial position to inject money for upgrading infrastructure as well as undertaking NRW projects.

They were even on the brink of defaulting on their bond and loan repayment.

The water companies sued the Selangor Government for breach of contract. As it was concerned about a looming water crisis, the Federal Government was forced to take its first intervention measures.

The Government had to spend RM6.2bil to take over the bonds and further injected RM400mil for operations and maintenance.

The irony is that the Federal Government has to shoulder the increase in national debt to the tune of RM6.6bil because the Selangor Government effectively held the public at ransom.

Despite this first round of intervention to buy some time, the Selangor Government continued to reject Langat 2 and refused to increase the water tariff.

Recognising the seriousness of water issues, the Federal Govern-ment agreed to step in with the second round of intervention.

Under the recent MoU, signed on Feb 26, the Federal Government agreed to provide a sum of RM9.65bil to acquire the water companies and release all water assets to the Selangor Government to operate.

This is a sweet deal for the Selangor Government. You can call it a “highway robbery” because it effectively gets the Federal Govern-ment to spend billions while the Selangor Government operates the water companies to fulfil its election manifesto of free or cheap water.

Why do you think the Federal Government would enter into such a bizarre deal?

This is done purely because the Federal Government was extremely worried for the people in Selangor. As it is, over 1.3 million households or 6.3 million people have been affected and 820 new projects put on hold. It decided that for public interest, it will set aside political differences with Pakatan to look for ways to avert a water crisis.

As this latest RM9.65bil offer was rejected by the water companies, the Federal Government is left with no choice but to resort to a third round of intervention by invoking Section 114 of WSIA.

There is a complication here. In the interest of the public, the S114 allows the Federal Government to step in and take over management and operation from the water concessionaires.

It does not allow the Government to take over ownership of the companies. Once it has successfully resolved the water issue, it has to return the management/operation back to the water companies.

The catch is that if the Federal Government were to execute S114 of WSIA, the water issue will continue until Langat 2 is completed in 2017.

The Selangor Government can continue to frustrate its efforts by (a) not approving the development order, permits and land for Langat 2 and the two new distribution lines; (b) not approving the water mitigation projects; (c) not allowing water tariff increases; and (d) not extending the licence agreement to extract water from rivers in Selangor.

If (a), (b) and (d) are not allowed, the water shortage will get worse.

If (c) is not done, the Federal Government will be forced to inject money to cover operational costs. Any which way, people will put the blame squarely on the Federal Government.

The Federal Government has no other recourse but to request the Selangor Government to sign an agreement to implement (a), (b), (c) and (d) before it can execute S114 of WSIA.

By doggedly sticking to its election manifesto, the Selangor Government has failed consistently over five years to put in place its alternative plan.

The people of Selangor have to suffer the consequence of a failed water plan by the Selangor Govern-ment.

To make matters worse, in the interest of the public and the Malaysian economy, the Federal Government has to bear the financial costs through three rounds of intervention.

Sumber

#FELCRA agih dividen RM106.3 juta. #Ekonomi #Malaysia

FELCRA Bhd mengumumkan agihan sebanyak RM106.3 juta bagi pembayaran dividen akhir untuk tahun 2013 kepada lebih 73,000 peserta dengan keuntungan bersih bagi tahun itu sebanyak RM282.7 juta.

Pembayaran itu merangkumi RM410,000 bagi 123 anggota Koperasi Sukau Kinabatangan Bhd.

FELCRA juga sudah mendahulukan bayaran dividen interim pertama dan kedua, masing-masing sebanyak RM80.8 juta dan RM95.5 juta.

Hingga Disember 2013, ada 1,483 projek penyatuan dan pemulihan di tanah kerajaan dan milik peneroka seluas 169,583 hektar di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 1,110 projek seluas 98,734 hektar memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM282.7 juta.


Pemilihan PKR 2014:Pergaduhan & Penipuan Undi Menghiasi Pemilihan Calon @azminali @Khalid_Ibrahim @saifnasution @501awani


Ramai yang sedang hangat memperkatakan tentang kehebatan Azmin Ali yang serba boleh sebagai "pengarah dan ketua jentera diri sendiri" untuk memastikan semua ahli mengundi beliau tidak kisahlah sama ada melalui cara yang telus ataupun tidak. 

Semua ahli dalam parti sudah dapat menghadam fakta bahawasanya Azmin ialah calon favourite dan anak emas dalam pemilihan PKR dan sesiapa yang mahu merampas takhta dan jawatan Timbalan Presiden PKR haruslah mempunyai kredibiliti melebihi Azmin.

Buat masa ini, Azmin dilihat akan menang mudah bagi mengekalkan jawatan beliau sebagai orang no. 2 dalam PKR untuk penggal yang ke 2. Beliau mendahului saingan di setiap peringkat negeri semasa saringan pertama yang berlangsung hujung minggu lepas.Pengikut Azmin sebenarnya telah cuba untuk menggambarkan beliau sebagai calon 'underdog' dan 'bukan kegemaran' bagi menentang Pemimpin no 1 di Selangor iaitu Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution, yang dikatakan mendapat restu dan sokongan kuat dari pasangan Ketua Umum dan Presiden.

Mereka bersungguh-sungguh merendah-rendahkan Azmin kepada beberapa wartawan dengan menyatakan ketua mereka tidak memikul tanggungjawab penting di dalam kerajaan negeri seperti Khalid mahupun mempunyai gelaran dari Sultan seperti Saifuddin.Mereka juga dengan penuh liciknya menyembunyikan fakta bahawasanya bos mereka sebenarnya mempunyai suatu 'network' yang lebih hebat dari kedua-dua lawannya iaitu keupayaan beliau untuk memegang kepercayaan semua ahli parti, dari akar umbi hinggalah ke ahli yang baru.

'Network' Azmin yang terdiri daripada rakan rapat dan sekutu ternyata telah membuktikan kesetiaan kepada beliau apabila Azmin mendahului calon yang lain.Keputusan undian dari 6 negeri yang sudahpun mengundi memperlihatkan Azmin mendapat 59% dari undian popular setakat ini. Khalid pula telah mendapat 25% manakala Saifuddin ketinggalan di belakang dengan 16% undian. Khalid masih mempunyai peluang untuk menyaingi Azmin namun kem beliau harus bekerja keras kerana perjalanannya masih berliku. Kem Khalid dikatakan lebih teratur dan kuat, ditunjangi oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Azman Abidin.Khalid amat optimis kempen beliau yang bertemakan Integriti, Telus, Bersih akan memukau dan menarik undian terutama di bahagian bandar Pantai Barat dan peluang yang cerah di Sabah, iaitu negeri yang mempunyai ahli teramai.

Akan tetapi, perkara yang sama tidak dapat dikatakan di Sarawak meskipun beliau diterima dengan baik sepanjang berkempen di sana.Ini adalah kerana Azmin terlebih dahulu telah memastikan undian Sarawak berada dalam genggaman beliau setelah mendapat sokongan kuat dari orang kuat Sarawak Baru Bian, See Chee How dan Ali Biju. Ketiga-tiga ADUN dari Sarawak ini amat disenangi dan dikenali di Sarawak.

Dengan ini, Azmin telah menang di Lawas (kawasan Baru) dan Stampin yang mana See ialah Ketua Bahagiannya. Ali turut menyumbangkan 99% undian di Saratok kepada Azmin.Keputusan yang dijangka ini sekaligus menunjukkan Azmin menjangkaui dan diterima oleh pelbagai kaum di Sarawak yang mana Lawas ialah kawasan Orang Ulu, Saratok terdiri daripada orang Iban dan orang Cina di Stampin. Orang suruhan Azmin turut menyenangi tema kempen Azmin iaitu Keadilan Raya.

Kelantan turut menyaksikan satu keputusan yang di luarjangkaan. Negeri itu sepatutnya menjadi kubu kuat Saifuddin kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Machang dan pernah juga bertugas untuk seorang pemimpin PAS di Kota Bharu untuk bertahun lamanya. Sungguhpun begitu, keputusan undian tidak menyebelahi Saifuddin apabila beliau hanya dapat menggenggam 1/3 daripada undian yang diterima Azmin.

Prestasi buruk Saifuddin agak mengejutkan kerana rata-rata ramai yang membuat spekulasi "calon wahyu" seperti beliau yang mendapat sokongan kuat dari kedua-dua pasangan Ketua Umum dan Presiden sepatutnya menang mudah kerana di bawah restu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Terdapat 2 kemungkinan yang boleh menyebabkan Saifuddin tewas, yang pertama, beliau tidak mempunyai kredibiliti seperti Azmin di mata ahli akar umbi, dan keduanya, ahli akar umbi tidak menyenangi cara dan kuasa yang disalahguna oleh keluarga Anwar yang memegang hampir kesemua jawatan strategik di dalam parti itu.

Yang lebih mengejutkan tentunya Rafizi Ramli hampir dimalukan dalam insiden pengundian di cawangan Kemaman yang terpaksa dibatalkan separuh jalan. Sumber dalaman parti berkata Rafizi sedang mendahului apabila aduan dibuat tentang masalah teknikal dalam nombor pencalonan.

Rafizi sebenarnya ialah ketua jentera dan pengarah strategik di belakang Saifuddin dan kem ini menggelarkan diri mereka "Kuasa Ketiga" namun kuasa mereka ini akhirnya tidak membuahkan hasil apabila dimalukan dengan insiden jumlah keluar undi yang teruk dan kesilapan teknikal yang memalukan. 

Ahli yang memerhati calon-calon mereka mula bercakap-cakap tentang kehadiran pengundi hantu dan juga penipuan dalam undian, tetapi realitinya, antara barisan calon yang ada, hanya Azmin yang mampu dan berpengalaman sebagai ketua.

Malah, kehebatan Azmin Ali sebenarnya telah dapat menyaingi kehebatan dan kepopularan Presiden parti sendiri! 

Politik di dalam sebuah parti bukanlah seperti mee segera, yang hasilnya dapat dinikmati dan dijamah dengan masa memasak yang singkat. Untuk mempengaruhi dan memastikan ahli sentiasa berada dalam genggaman memerlukan masa yang panjang kerana keyakinan terhadap ahli perlu disemai terlebih dahulu. Di samping itu, seseorang ketua itu haruslah mempunyai jaringan rakan dan penyokong yang mempunyai niat dan impian yang sama dan seiring.

Perjalanan bagi calon-calon dalam Pemilihan PKR 2014 ini masih lagi panjang. Pemilihan kali ini dijangka akan ditentukan oleh negeri-negeri yang mempunyai ahli teramai, iaitu di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur.

Perjuangan Saifuddin kini kelihatan sungguh tidak bermaya dan agak mustahil untuk beliau meningkatkan momentum jika boleh kalah di kubu kuat sendiri di Kelantan.

Dengan ini, persaingan sengit di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur sudah tentu di antara Azmin dan Khalid. Dengan pendedahan ini adakah jawatan Menteri Besar Khalid Ibrahim dalam bahaya? Kita semua sudah mengetahui kegagalan 'Kajang Move' yang dirangka Rafizi Ramli di mana Anwar Ibrahim akan ditabal sebagai MB baharu menggantikan Khalid. Namun, setelah Anwar menarik diri dari pencalonan ekoran kes liwat beliau, isteri beliau Wan Azizah yang akan menggantikan Anwar sebagai MB. Sesungguhnya, masalah dalaman parti PKR sebenarnya agak nazak untuk digambarkan.

Kekalutan di dalam parti dilihat sebagai satu kelebihan kepada parti lain di dalam Pakatan Rakyat. Adakah kita bakal melihat seorang ADUN DAP untuk menjadi MB baharu? Dengan pergaduhan, politik wang dan terbaru tangkapan di Sarawak yang menyaksikan jentera menyorokkan kertas undi dan menanda kertas undi di bilik hotel memberikan gambaran buruk betapa dangkalnya parti yang kononnya memperjuangkan keadilan dan ketelusan. Bagaimana mahu memerintah negara jika pemilihan dalam parti pun kucar kacir dan menipu? Kebajikan rakyat pun tidak berjaga dengan bermacam-macam bala yang melanda! Tahniah pada pengundi PR kerana anda menghalalkan penipuan pada skala yang boleh menghancurkan negara!!

Monday, 28 April 2014

@PDRMsia Tidak Perlu Tunduk Merayu Pada Orang Cina!


Ini hanyalah rintihan ikhlas dari Admin. Setelah melihat iklan pada banner ini, admin rasa PDRM seolah-olah tunduk dan merayu pada orang Cina Malaysia untuk menyertai polis padahal kita semua sedia maklum kebanyakan orang Cina terutama dari DAP hanya suka duit dan bukan berbakti pada negara pun. Buktinya? Ingat lagikah anda pada insiden Lahad Datu dan MH370? Hampir semua orang Cina mengutuk Polis dan ATM kita saban hari. Bila kita suruh mereka berdepan dengan musuh, mereka menyorok dan terdiam pula!

Selain itu, semasa forum bersama Presiden USA, Barack Obama di UM kelmarin, apabila Obama menjawab pertanyaan tentang pelarian Rohingnya dengan menyatakan secara general bahawa orang bukan Islam dan orang Islam perlu diberi hak sama rata, mereka ini terkinja-kinja bising dan mahu hak sama rata dengan orang Melayu Bumiputera.  

Jadi mengapa perlu PDRM merayu-rayu sehingga sanggup mengiklankan banner dalam bahasa Cina sedangkan kita semua tahu bahasa pengantar di MALAYSIA ialah BAHASA MELAYU. Semua rakyat Malaysia yang sejati akan faham dan perlu fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. Jadi, tidak perlu PDRM bersungguh-sungguh merayu mereka ini sehingga sanggup mengalih bahasa kepada bahasa ibunda mereka!

Pemilihan PKR 2014:Kumpulan Azmin Mula Disiasat Atas Dakwaan Penipuan Undi @azminali @chegubard @PutraREFORMASI


Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan menyiasat langsung dakwaan penipuan undi yang didakwa melibatkan calon timbalan presiden PKR.

Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata beliau akan terus ke Batang Sadong, dekat Sri Aman, Sarawak hari ini bagi menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan serta-merta jika ia didapati berasas.

"Kalau dapati benar apa yang berlaku kita ambil tindakan sewajarnya dan akan buat makluman di situ dan saya beri amaran tegas. Kami serius.

“Kami akan ambil tindakan tidak kira apa jawatan mereka yang terlibat," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Ahli PKR Badrul Hisham Shaharin mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan undi di Batang Sadong, Sarawak semalam melibatkan kumpulan penyokong Azmin Ali.

Beliau menyebarkan gambar di laman media sosial menunjukkan beberapa lelaki sedang bersama kertas undi pemilihan kawasan terpencil itu.

Johari mengaku menerima beberapa aduan berkenaan perkara itu.

"Bukan saja Chegubard (Badrul) ramai lagi buat aduan," kata beliau.

Benarkah Obama Nyatakan Malaysia Menindas Minoriti? @mymassa @khairykj @NajibRazak @BarackObama @tmi_insider @malaysiakini #ObamaInKL


Malam semalam heboh di media sosial berkenaan pernyataan Obama bahawa Malaysia akan lebih maju jika peluang sama rata diberikan kepada bukan Islam. Ramai rakan admin yang bukan Islam pakat share artikel dari The Malaysian Insider yang sememangnya terkenal sebagai portal yang dibiayai pembangkang. Jika kita baca dari tajuk headline portal itu, sememangnya menimbulkan persepsi bahawa Obama mahukan bukan Islam di Malaysia untuk dianugerahkan hak sama rata dengan Islam. 

Jika anda seorang yang pemalas, maka dengan hanya membaca tajuk tersebut tanpa melihat video yang sebenar anda akan terkeliru dan berfikir bahawa bukan Islam di Malaysia sedang ditindas. Namun, jika kita tonton video tersebut dan melihat soalan yang diajukan sebelum Obama memberi pendapat, akan terkantoilah permainan jahat portal pembangkang yang suka spin kenyataan iaitu The Malaysian Insider. Sebetulnya, Obama sebelum itu telah ditanya berkenaan penindasan terhadap Muslim Rohingnya di Myanmar. Lantas Obama terus memberi pendapat 'general' bahawasanya rakyat sesebuah negara haruslah bersatu tidak mengira kaum dan agama bagi menambahbaik dan memajukan sesebuah negara itu. Peluang harus diberikan kepada setiap rakyat, dan rakyat pula harus bijak mengambil peluang yang diberikan oleh kerajaan. 

Sejurus selepas Obama berkata demikian, macai-macai PR terkinja-kinja seperti beruk yang nampak makanan. Semuanya fikir bahawasanya Obama bersetuju bahawa Malaysia menindas bukan Islam yang terdiri dari bangsa Cina dan India amnya. Akan tetapi, Cina dan India ini terlupa bahawa wujudkah penindasan agama atau penindasan kaum dalam Malaysia jika setiap kaum diberikan kebebasan untuk beribadat dan membina rumah ibadat, diberikan kebebasan untuk mengamalkan upacara kebudayaan dan keraian dan paling penting sekali, pemimpin Melayu Islam turut memberikan ruang untuk kaum lain membuka sekolah-sekolah vernakular yang bahasa pengantarnya terdiri daripada Cina dan India? Bolehkah kaum Cina dan India di sini mencari sekolah sedemikian di mana-mana tempat di dalam dunia? Amatlah mustahil. Itu belum lagi kita sentuh tentang senarai orang yang terkaya di Malaysia yang 80 peratusnya terdiri daripada orang Cina? Jika kita ke negara lain di dunia, bolehkah kita jumpa kaum minoriti yang menguasai ekonomi dan juga hidup senang lenang lebih dari majoriti? 

Admin kasihan dengan kaum minoriti di Malaysia ini yang sering terpengaruh dengan persepsi buruk yang diberikan oleh pembangkang. Pembangkang bukannya tahu apa-apa. Jika mereka ke luar negara pun mereka akan burukkan negara sendiri. Semangat patriotisme sememangnya tidak ada pada pembangkang dan NGO-NGO di bawahnya, apatah lagi apabila mereka telah terkantoi menerima derma dari pertubuhan yahudi untuk memporak-perandakan negara sendiri bukan? 

Wartawan Australia Jatuhkan Maruah Anwar di Hadapan Obama @NajibRazak @anwaribrahim @mymassa #ObamaInKL



Apabila seorang wartawan Australia bertanya  kepada Presiden Amerika Syarikat  Obama tentang ketidakadilan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim termasuk dalam soal kes liwatnya  maka tentunya Anwar  melompat  dengan kegembiraan.

Tetapi bagaimanapun jawapan Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib dalam sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia telah menyebabkan kegembiraan itu terhenti tiba tiba, Anwar jatuh tertunduk malu, kecewa dan marah kerana  pertanyaan itu telah memberi peluang kepada Najib untuk memberitahu hal yang sebenarnya.

Lebih menyakitkan hatinya ialah apabila Obama menyatakan keyakinan kepada Najib sebagai seorang Refomer.

Najib menjelaskan bukan kerajaan Malaysia  yang mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tindakan itu diambil oleh  bekas kakitanganya sediri dan kerajaan Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia tidak berhak untuk menyekatnya dan membiarkan proses keadilan berlaku  dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.

Jawapan Obama selain dari menerima Najib sebagai seorang Reformer  telah menyatakan keyakinan bahawa Najib akan dapat memperbaiki  lagi  kekurangan kekurangan perjalanan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.

Oleh kerana sidang akhbar itu disiarkan secara langsung keseluruh  dunia setelah pertemuan yang mengambil masa lebih lama dari yang dijadualkan  antara kedua pemimpin negara besar dan kecil itu yang menunjukan minat dan keyakinan  Obama kepada Najib maka tidak syak lagi jawapan mereka kepada pertanyaan wartawan Australia itu  telah  mencedera parahkan imej Anwar ke taraf  yang sangat rendah.

Hasrat wartawan itu hendak membangkitkan  pembelaaan  bekas Naib Presiden Amerika Al Gore terhadap Anwar Ibrahim dalam lawatannya  dahulu, ternyata salah perhetongan  sebaliknya menyerlahkan kesopanan dan penghormatan Obama   kepada rakyat Malaysia berbanding dengan sikap biadap Al Gore terhadap  rakyat Malaysia yang  meninggalkan sejarah hitam dalam   hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Lawatan  Obama  yang  jelas menampakan kerianganya   selama berada di Malaysia dan kemesraannya dengan Datuk Seri Najib telah  membina semula  kerosakan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang dilakukan  oleh Al Gore.

video


Pemilihan PKR : Azmin Ali Menipu Untuk Menang - Chegu Bard @azminali @chegubard @PutraREFORMASI


Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che Gu Bard menegaskan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR perlu mengambil tindakan tegas terhadap Azmin berikutan dakwaan yang mengatakan timbalan presiden itu bersama pasukannya melakukan penipuan ketika proses pemilihan di beberapa cabang di Sarawak.

Katanya, berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

“Perkara ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

“Kali ini, dengan bukti yang ada melibatkan pemilihan di Cabang Batang Sadong, saya berpandangan Datuk Johari Abdul dan jawatankuasa MPP perlu mengambil tindakan tegas dengan membatalkan penyertaan Azmin,” katanya kepada Astro AWANI.