Thursday, 23 July 2015

IS DAP JUST PLAIN STUPID OR ACTUALLY VERY CLEVER?


Do these DAP people know what they are doing? Surely they cannot be that stupid. Or are they not stupid but actually very clever? And if they are not stupid but actually very clever then what game are they trying to play? I am sure the voters from Sabah and Sarawak would like the answer to that question.
Anwar Ibrahim has announced that Pakatan Rakyat 2.0 is soon going to be formed and PAS is going to be excluded from this new coalition that will replace the old coalition of PKR, PAS and DAP a.k.a. Pakatan Rakyat.
In this new coalition will be PKR, DAP, GHB (Gerakan Harapan Baru), Bersih, Abim and Ikram.
GHB is the latest PAS breakaway party just like Hamim and Berjasa once were. Hamim was formed in 1983 and Berjasa in 1977. Both were formed after the gulungan kecewa (frustrated group) in PAS left after failing to grab power, just like the latest gulungan kecewa that formed GHB.
Will GHB go the way of Hamim and Berjasa, two PAS breakaway parties that most Malaysians have never even heard of, especially those who became political only in 2007 or 2008?
One interesting point to note is that DAP divorced from PAS because PAS is said to be an extremist party. Yet DAP goes to bed with Abim and Ikram that have links to the Muslim Brotherhood and Iran. This is like rejecting the Taliban while going to bed with Boko Haram.
The only difference between the Taliban and Boko Haram is that one kills using guns and the other kills using swords. But they still kill nevertheless. So DAP rejects ‘extremist’ PAS and goes to bed with allies of the Muslim Brotherhood and friends of Iran. Even radical Muslims in the Middle East find the Muslim Brotherhood and Iran too frightening for their liking.
DAP is either trying to bullshit Malaysians or they are absolutely ignorant of Islamic politics. Either way that does not help DAP’s image and reputation.
The GHB faction fielded ulama’ Ahmad Awang against ulama’ Abdul Hadi Awang while Mat Sabu went for number two. Both Ahmad Awang and Mat Sabu lost. However, Mat Sabu is the President of GHB and not Ahmad Awang. Why is that?
The answer is simple. DAP cannot accept an ulama’ as the new head of GHB so they had to appoint secularist/liberal Mat Sabu instead. With Mat Sabu as GHB’s new head, the party would not be seen as extremist, compared to if ulama’ Ahmad Awang is its head.
But Mat Sabu is more radical than Ahmad Awang even though they pretend it is the other way around. Mat Sabu is Shia and has links with Iran. How more radical can you get than that?
Do these DAP people know what they are doing? Surely they cannot be that stupid. Or are they not stupid but actually very clever? And if they are not stupid but actually very clever then what game are they trying to play? I am sure the voters from Sabah and Sarawak would like the answer to that question. - Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today

Saturday, 18 July 2015

AMALAN-AMALAN KETIKA MENYAMBUT SYAWAL

Di hari raya yang mulia ini marilah kita melakukan ziarah dan saling mengucapkan doa apabila bertemu dengan orang lain. Berziarah ke rumah sanak-saudara, jiran-tetangga, sahabat-handai, kenalan dan bukan kenalan. Jangan hanya memilih rumah tertentu sahaja kerana amalan ziarah dapat memanjangkan usia. 

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan silaturahim.” (Riwayat Imam Muslim) 

Jauhi hari-hari mulia pada bulan Syawal daripada perkara sia-sia dan tidak bermanfaat seperti bermain mercun serta bunga api. Awasilah anak-anak kerana perbuatan ini bukan sahaja pembaziran yang jelas bahkan ia memudaratkan diri sendiri dan orang lain. 

Ambil iktibar peristiwa bahana bermain mercun yang sering dipaparkan kepada masyarakat. Ingatlah, mencegah bahaya lebih baik dari menghadapinya. 

Sempena Aidilfitri ini, tentu ramai warga kota yang mengambil peluang untuk pulang berhari raya di kampung. Berhati-hatilah dalam perjalanan nanti, biar lambat asal selamat. Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman pengguna jalan raya demi keselamatan bersama.

Friday, 17 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Alhamdulillah Selesai sudah kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama sebulan pada tahun ini. Syukur kepada Allah S.W.T kerana kita berpeluang menyambut hari kemenangan bagi umat Islam hari ini 1 Syawal 1436H bersamaan 17 JULAI 2015. Di kesempatan ini JejariKami ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh umat Islam di samping ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. 

Dalam keghairahan untuk menyambut lebaran esok hari, janganlah kita lupa dan alpa kepada golongan yang kurang berkemampuan. Berayalah secara berserdehana dan tidak berlebih-lebihan. Kepada yang mahu pulang ke kampong halaman pada mala mini atau yang dalam perjalanan, pandulah kereta secara berhati-hati dan berhemah. Jangan lah memandu mengikut hati dan perasaan. Semoga semuanya selamat sampai.

Kepada yang bersengketa sesama sendiri, sama-samalah kita saling bermaafan antara satu sama lain. Dan kepada yang telah lama tidak pulang ke kampong halaman, inilah masanya untuk anda semua pulang ke kampung bersama-sama meraikan hari bahagia bersama keluarga tersayang terutamanya kedua ibu bapa.

Tak lupa juga sama-samalah kita mendoakan mereka-mereka yang kurang bernasib baik. 



Salam Lebaran dari,
JejariKami

Thursday, 9 July 2015

Baru 6 Tahun Beroperasi, Untung #MARA Inc Sudah Melebihi RM80 Juta! Patutlah Rafizi Ramli Dan Tony Pua Dengki!





Penubuhan MARA Inc. menunjukkan komitmen MARA untuk merealisasikan dan menggerakkan objektif Pelan Transformasi Strategik MARA 2011-2020 iaitu membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti dan menyumbang kepada pemilikan ekuiti. Pada 31 Mac 2015, jumlah modal yang telah disalurkan oleh MARA ke dalam MARA Inc sudah berjumlah RM441.0 juta dalam bentuk suntikan modal dan pinjaman mudah.


Dana tersebut telah digunakan untuk tujuan-tujuan pelaburan antara lainnya tiga hartanah di London, United Kingdom iaitu Beaumont House, Ashley Hotel dan Atelier Serviced Apartments serta empat hartanah di Melbourne, Australia iaitu 746, Swanston Street, Dudley International House, 333, Exhibition Street dan 51, Queen Street.

Secara ringkasnya, kedudukan semasa pelaburan (dalam Ringgit Malaysia) dapat dilihat dalam jadual di bawah yang menunjukkan kedudukan semasa pelaburan hartanah MARA Inc di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia.

MARA Inc juga menggunakan khidmat pengurusan dari pengendali-pengendali hartanah yang berwibawa di Melbourne seperti Unilodge, Denco, Savills, Jones Lang La Salle dan Colliers untuk mempastikan hartanah-hartanah tersebut diuruskan dengan baik dan mampu menjana pulangan seperti yang disasarkan.

Kekuatan pengendali-pengendali hartanah ini dari sudut pemasaran dan 'clientele base' mereka juga di ambil kira dalam membuat keputusan pelantikan. Hartanah-hartanah yang diuruskan oleh firma-firma pengurusan hartanah berwibawa berkenaan telah mampu menjana pulangan yang disasarkan yang secara keseluruhannya portfolio hartanah tersebut mencatatkan pulangan sebanyak 6.05% setakat 31 Disember 2014.

Hasilnya, setelah baru 6 tahun MARA Inc beroperasi, anak syarikat MARA ini telah berjaya membuat keuntungan terkumpul sebanyak RM80,475,022. Butiran terperinci adalah seperti di bawah. Patutlah Rafizi Ramli, Tony Pua dan ramai pemimpin pembangkang mahu sangat syarikat ini dihuru harakan agar syarikat berkenaan akan lingkup. Kenapa? Inilah motif politik pembangkang untuk menutup syarikat-syarikat dan institusi Melayu Bumiputera dari dulu seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), MARA dan sebagainya.

2008 - (RM1,167,189)
2009 - (RM7,021,354)
2010 - RM1,107,628
2011 - RM3,835,546
2012 - RM36,254,436
2013 - RM29,266,764
2014 - RM18,199,191

Jumlah keuntungan terkumpul - RM80,475,022!!

Monday, 6 July 2015

Nak Perli Punya Pasal, Budayawan Bidas Teresa Kok Isu Kod Etika Pakaian @teresakok #dresscode




Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi bergelar wakil rakyat, Teresa Kok sepatutnya tahu membezakan pakaian seharian dengan pakaian warisan budaya.

Bagi budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail, kenyataan terbaru Ahli Parlimen DAP Seputeh di Facebooknya itu, menampakkan beliau masih gagal memahami adat dan budaya pemakaian masyarakat di negara ini.

“Pakaian ritual atau warisan bangsa sebegini bukanlah untuk dipakai sehari-hari atau semasa berurusan di pejabat.

“Ia pakaian warisan bangsa tertentu dan tidak dikenakan apabila hendak ke pasar. Rasanya semua orang tahu bila hendak memakai pakaian kebudayaan atau warisan bangsa masing-masing selain tidak dipakai sesuka hati semasa urusan seharian,” katanya dipetik Astro Awani.

Semalam, Teresa di Facebooknya memberitahu bahawa dia menghadiri sambutan Gawai dan Kaamatan, dan dia tertarik dengan kostum lelaki Iban separuh bogel.

Bagaimanapun dalam tulisannya itu, dia seolah menyindir mengatakan pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian perkhidmatan kerajaan sekarang.
TERESA KOK DIBIDAS BUDAYAWAN

“Tapi pakaian dan kostum sebegini memang telah menjadi sebahagian daripada budaya yang beraneka-corak di Malaysia. Inilah kostum dan budaya yang harus dipelihara kerana ia telah menjadi ciri dan tarikan pelancongan di Malaysia,” kata Teresa.

Sementara itu, Dr Siti Zainon berkata, beliau bersetuju bahawa kostum budaya perlu dihormati dan dipelihara warisannya.

“Saya bukan menghina kaum ini tetapi menghargai warisan budaya mereka. Tidak kira kostum Iban atau mana-mana bangsa lain, ia sesuatu yang harus dihargai,” katanya.

Sumber