Friday, 30 October 2015

Nurul Izzah Dikecam Netizen Cubaan Persoalkan Kerjaya #Guru! @n_izzah @KemPendidikan



Gara-gara ingin mencari publisiti murahan dengan mempersoalkan kerjaya guru, Anak Anwar Ibrahim, Nurul Izah dikecam netizen ekoran kenyataannya berkaitan bebanan tugas guru..

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Mynewshub, Izzah mendakwa guru hanya mengajar 2.4-2.9 jam sehari dan lebihan waktu itu digunakan untuk melakukan aktiviti lain...

Apa ingat tugas guru hanya mengajar sahaja ka nurul izzah?sebelum mengajar guru kena buat ulangkaji, mencari bahan untuk mengajar dan menjalankan tugas-tugas lain berkaitan pelajar..

Hasil daripada tinjauan kami mendapati, setiap orang guru perlu mengajar sebanyak 25 hingga 26 waktu seminggu yang mana setiap waktu diperuntukkan 40 minit..mana timbulnya 2.4 - 2.9njam sehari..

Kalau dikira matematik pun 25 waktu seminggu didarabkan 40 minit bersamaan 1000 minit seminggu..ini bermakna kalau dipuratakan setiap hari guru akan mengajar selama 200 minit atau 3.33 jam sehari..menjaga kelas, mengambil kedatangan pelajar sememangnya tugas hakiki guru sejak azali lagi..

Selain itu, guru perlu juga menjalankan aktivit berkaitan ibu bapa dalam penglibatan PIBG..ini sudah menjadi tanggungjawab seorang guru melibatkan ibu bapa dalam perkembangan pendidikan anak-anak..

Aktiviti kokurikulum sememangnya ada dalam sistem pendidikan kita..jika tiada kokurikulum mana nak hadirnya ahli sukan..mana nak hadirnya pasukan kadet polis, PBSM, St John dan lain-lain lagi badan beruniform..

Untuk pengetahuan Izzah, abang ingin menasihatkan nurul Izzah lihatkah buku anak awak..bertanda atau tidak..semak tugasan, menanda adalah tugas hakiki guru...berkenaan isu PBS, sekarang ini guru hanya perlu memasukkan markah secara offline sebagai rekod perkembangan pembelajaran anak awak...

Kursus yang dihadiri guru tu sebagai satu cara pihak kementerian meningkatkan profesion perguruan..You tak perlulah nak politikkan hal berkaitan guru ni..program-program yang dirangka sekolah seperti perkhemahan, majlis anugerah pelajar, bengkel peperiksaan dan sebagainya semua itu untuk mendidik pelajar...

Untuk pengetahuan Nurul Izzah lagi...semua dilakukan guru tak kiralah dalam bilik darjah atau luar semata-mata untuk anak didik mereka...dalam era pendidikan moden ini, pelajar bukan sekadar calk dan talk sahaja..kini guru-guru telah memulakan fasa pendidikan abad ke-21 untuk pelajar tingkatan satu..ini sebenarnya nak memperkenalkan pelajar bahawa pendidikan abad baru ini lebih memerlukan kreativiti dan kerja kumpulan...

Takkan nak menanda kertas peperiksaan pelajar nak suruh mat-mat bangla tanda..dan takkanlah nak suruh guru upah konsultan untuk uruskan program pelajar seperti perkhemahan dan sebagainya..ini semua memerlukan kos yang tinggi..

Berkenaan waktu mengajar, kementerian dah menetapkan satu waktu perlu mengajar 40 minit...dan setiap guru tak kurang 5 hingga 6 waktu sehari..itu tidak termasuk kelas tambahan waktu petang dan hujung minggu...jika you tak pandai menghargai janganlah mempertikaikan tugas guru..PBS ni macam latihan pelajar saja...cuma namanya diubah...dan ada skala pengukur yang telah ditetapkan...

Sebelum memperkatakan soal kredbiliti guru pergi buat research..pergi buat lawatan ke sekolah-sekolah tu...sampai ke kantin dan tandas pun guru buat pemantauan demi anak-anak pelajar...

Jika dah namanya guru..semua tugasnya melibatkan pelajar..you ahli politik jangan nak mengeruhkan tugas guru...memang agak terbeban dengan tugas..ni namanya lumrah...jual goreng pisang tepi jalan pun ada masalah sendiri.


Thursday, 29 October 2015

Janji #BN Tumbang 16/09/08: #Anwar Gagal Saman Fitnah @anifah_aman



ALKISAH asalnya ia seperti sebuah rancangan maha karya apabila bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan penuh yakin mengisytiharkan 16 September 2008 kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal ‘tumbang’.

Ia bukan melalui proses demokratik pilihan raya umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac 2008 yang menyaksikan BN buat julung kali hilang majoriti dua pertiga di Parlimen tetapi masih ada lagi majoriti mudah untuk bentuk kerajaan.

Malangnya, BN kecundang kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain gagal tawan balik Kelantan daripada PAS sejak 1990 yang dianggap seumpama tsunami terburuk kepada parti pemerintah tersebut.

Gembira kepalang ketika itu menyaksikan Anwar dengan nada optimis mendakwa Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya jadi perdana menteri sehingga 16 September 2008 sebelum menyerahkan jawatannya itu kepada beliau.

Kononnya 30 ahli Parlimen BN akan ‘khianat’ lompat menyertai pembangkang (waktu itu belum wujud lagi Pakatan Rakyat) sekali gus kerajaan akan beralih arah buat kali pertama selepas Malaysia merdeka pada 1957.

Ketika itu BN hanya ada 140 kerusi; kurang 58 kerusi yang dimenanginya dalam PRU ke-11 pada 2004 manakala pembangkang mencipta kejutan dengan 82 kerusi, bertambah 62 kerusi berbanding pilihan raya sebelum itu.

Malangnya ia tidak menjadi realiti malah sebenarnya dakwaan Anwar itu cuma perang saraf ‘gempar’ bagi beri tekanan kepada Abdullah kononnya 30 wakil BN sanggup berpaling tadah yang akhirnya terbukti palsu sahaja.

Anehnya ramai rakyat Malaysia boleh percaya cerita ‘lawak’ itu dan apabila gagal menjadi perdana menteri pada 16 September 2008, baharulah macam-macam alasan diberi Anwar untuk meyakinkan penyokong tegar mereka.

Realitinya untuk menjayakan agenda itu, tidak ramai tahu ada pelbagai kisah di sebaliknya termasuk antaranya tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai ‘umpan’.

Ia terbongkar apabila Anifah membuka cerita tersebut ketika sidang akhbar pada 16 Mei 2009 bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) waktu itu, Hillary Clinton semasa melakukan lawatan kerja ke negara tersebut.

Marah atau mungkin juga berasa malu dengan dakwaan itu, Anwar seperti biasa akan saman mana-mana pihak yang cuba memburuk-burukkan reputasi beliau termasuk tuntutan saman fitnah RM100 juta terhadap Anifah.

Beliau selaku plaintif memfailkan saman pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa Anifah yang dinamakan sebagai pihak defendan dalam sidang akhbar itu menyatakan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Anifah dilaporkan media AS telah diberi ‘umpan’ melompat parti oleh Anwar selepas PRU pada 2008 serta ada pengaruh amat besar untuk menarik ramai lagi wakil BN dari Sabah dan Sarawak menyertai pembangkang.

Akhirnya pada 29 Oktober 2015, Anwar gagal dalam tuntutan itu malah ditolak Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas berpendapat kes gagal dibuktikan.

Bagi yang faham maksud tersirat penghakiman itu, ia bermakna memang benar ada rancangan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan BN pada 2008 melalui cara kotor antaranya tawaran jawatan tertentu dalam pentadbiran.

Mujur Anifah segera dedah isu itu menerusi platform antarabangsa dan syabas beliau kerana sanggup tanggung risiko waima disaman Anwar daripada gadai maruah hanya kerana mengejar pangkat.



Tuesday, 27 October 2015

Haji Hadi : #PAS Sudah Sedia Kerjasama Dengan #UMNO & Kerajaan #BN





PAS melakukan kejutan dengan sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara tersebut adalah pendekatan terbaru yang diambil oleh parti Islam itu dengan menolak segala fahaman politik yang berbeza.


“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri yang tak hadir ke Parlimen.

“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah pendekatan baru yang kita ambil,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Selasa yang disertai ahli-ahli parlimen PAS lain.

Menurutnya lagi, keputusan terbaru ini bukan satu tindakan berpatah balik (u-turn) namun lebih bersikap professional dengan semua pihak demi kepentingan rakyat.

“Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman lebih jauh daripada parti lain, kita dah menyertai kerajaan campuran pada zaman 1970 an, 74 masuk BN, keluar balik.

hadipc“Kata kita tak akan bekerjasama dengan Barisan tu tak betul, kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama yang tak baik,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Mengulas lanjut, kerjasama yang dikatakan itu termasuklah bersama dengan parti pembangkang lain iaitu PKR, DAP dan PAS, namun menegaskan tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.

“Kita bekerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan PAS, cuma kita tak akan sertai Pakatan Harapan sebab kita tak ada harapan dengan harapan yang tak sampai destinasi, macam saya sebut tadi, nak pergi Kuantan ikut jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai,” sindirnya.

Katanya, PAS lebih selesa mengambil langkah untuk berdiri sendiri kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan sehingga parti lain menumpang pada kekuatan yang ada pada PAS.

“Bukan sahaja boleh bersendiri, malah dah lama kita bersendiri pun, banyak parti lain bergantung dengan parti kita, kita ada banyak cawangan, demo jalanan pun PAS tak sertai, ramai orang Islam tak hadir, kamu boleh saksikan, ini kekuatan yang ada pada kita.

“Bagi orang Islam dan bukan Islam yang nak perubahan, mereka perlu pilih PAS,” ujarnya.

Wednesday, 21 October 2015

#Haze #Jerebu: Pemuja Kerajaan #Singapura Wajib Baca Artikel Ini! @NajibRazak @malaysianmet




Sejak kehadiran jerebu di bumi Malaysia tahun ini, ditambah dengan adanya media sosial, ramai yang mencurahkan kisah jerebu, malah lebih ramai yang menyebarkan khabar angin palsu berkenaan jerebu kuning dan pembenihan awan yang menggunakan bahan kimia berbahaya. Apabila semua myths dan fitnah dajjal ini dibetulkan, tukang sebar takmau minta maaf pula kan?

Terbaru, rakyat Malaysia khususnya yang tiada nilai nasionalisme dalam diri mereka giat memandang tinggi dan memuja Singapura dalam hal menangani jerebu. Kononnya Singapura adalah negara contoh dalam isu ini. Selain menggunakan kaedah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dapat mengukur zarah pada 2.5 mikron atau PM2.5 yang dipasang pada 2014 (Malaysia akan menggunakan sistem yang sama pada tahun hadapan), mari kita lihat bagaimana Singapura yang dipuja oleh rakyat Malaysia kita menjaga kebajikan rakyatnya semasa jerebu (gambarajah di bawah terpaksa dipamerkan dalam Bahasa Inggeris kerana walaupun Singapura menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tapi realitinya mereka lebih mengutamakan Bahasa Inggeris).


1) Pembenihan Awan

Di Malaysia, Kerajaan melalui Tentera Udara Malaysia dan usahasama Jabatan Meteorologi Malaysia giat melaksanakan pembenihan awan bagi menggalakkan penurunan hujan yang dapat sedikit sebanyak mengurangkan asap jerebu dan pembenihan awan terbukti memberi kesan positif kepada kadar jerebu yang melanda negara.




Di Singapura pula:
     


2) Penutupan Sekolah

Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan mengisytiharkan penutupan sekolah-sekolah dan sehingga kini, sekolah-sekolah di Malaysia sudah bercuti selama hampir 10 hari disebabkan oleh fenomena buatan manusia ini. Kementerian juga senantiasa mengemaskini dan memberi notis kepada ibu bapa dan murid serta para guru berkenaan penutupan sekolah dan pengendalian jerebu.

Di Singapura pula, murid-murid masih lagi ke sekolah walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan lebih 300:


3) Darurat

Buat masa sekarang, kedua-dua negara masih lagi tidak mengisytiharkan darurat walaupun jika kita ikut logik rakyat Malaysia yang menjadi pemuja Singapura ini menunjukkan bacaan IPU telah masuk skala berbahaya. Tapi jika kita fikirkan semula, adakah rakyat akan duduk diam-diam dalam rumah jika darurat diisytihar? Entah-entah masing-masing sibuk memenuhkan pusat membeli-belah dan rekreasi kerana dapat cuti.



Tuesday, 20 October 2015

#Parlimen #MKN #NSC RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN NEGARA DIBENTANG DI PARLIMEN




Satu Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini bagi memastikan organisasi itu wujud secara perundangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini merupakan antara langkah transformasi kerajaan dalam mengkaji semula peranan MKN.

"Ancaman keganasan merupakan ancaman yang nyata dan kerajaan memberi perhatian sewajarnya dalam menangani ancaman tersebut.

"Maka kerajaan kini dalam proses mengukuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi barisan yang lebih efisien dan berkesan dalam menyelaras dasar serta strategi keselamatan negara," katanya ketika menjawab soalan daripada Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) dalam sidang Parlimen hari ini.
Noor Ehsanuddin meminta Perdana Menteri menjelaskan proses transformasi yang ingin diambil Kerajaan terhadap MKN agar ia lebih efektif dalam mendepani cabaran masa kini.
Najib menambah Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi MKN juga akan disemak semula bagi memastikan arahan yang dikeluarkan masih relevan dengan cabaran masa kini.

"Menyemak semula arahan-arahan MKN dan Peraturan-peraturan Tetap Operasi (SOP) MKN bagi memastikan arahan tersebut masih relevan dan boleh digunapakai sesuai dengan persekitaran semasa.

"Ini termasuk pengukuhan mekanisme di peringkat negeri," kata beliau.
Jelas Najib, satu dasar keselamatan negara juga bakal digubal untuk dijadikan panduan utama bagi agensi-agensi keselamatan dalam Negara. - ASTRO AWANI 

Kabinet sebelum ini memutuskan untuk MKN tidak lagi menjalankan Pengurusan Bencana Negara berikutan fokus utama MKN adalah kepada Keselamatan Negara. Pengurusan Bencana ketika ini akan dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN).

Thursday, 15 October 2015

#PosTohoi #JAKOA @sitikasim & DAP Sibuk Meroyan Di Media Sosial,Sanggupkah Ikut SAR Telan Air Mayat?


Dise­ngat serangga berbisa, dijangkiti penyakit kencing tikus, berdepan ribut dan cuaca ekstrem, kenderaan terperangkap dalam lumpur serta bot rosak dan karam terlanggar batu.

Itu antara cabaran lazim perlu dihadapi hampir setiap hari oleh anggota pasukan Op TH7 atau operasi mencari dan menyelamat tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

Bagi Kostabel Muhd. Nor Ashraf Muhd. Nasir, 25, pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakannya ialah tertelan air mayat ketika cuba mengangkat badan mangsa pertama yang ditemukan, Sasa Sobrie, 8.

Menceritakan semula pengalamannya, dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang berkata, selepas mendapat maklumat penemuan mayat Sasa, dia dan beberapa lagi anggota penyelamat bergegas ke lokasi.

Ketika tiba di lokasi kira-kira pukul 7 petang katanya, mereka ternampak mayat Sasa terapung di atas permukaan Sungai Perias dan tersangkut di dahan pokok.

“Ketika itu keadaan agak gelap dan kami hanya dibantu cahaya lampu suluh. Rakan sepasukan saya, Koperal Nicholas Langit@Alex merupakan individu pertama yang turun ke dalam air dan bere­nang ke arah mayat.

“Walaupun air dalam dan arus deras saya nekad menyusul di belakang Nicholas dan ketika kami mahu mengalihkan mayat, saya tertelan air sebanyak dua kali namun saya gagahkan diri demi tugas,” katanya.

Mengakui agak trauma kerana tertelan air tersebut, pemuda berasal dari Pendang, Kedah, bagaimanapun mengakui hatinya puas dapat berbakti membantu membawa pulang mayat kanak-kanak malang itu.

Sementara itu. Nicholas, 30, pula memberitahu, ketika mengangkat mayat Sasa, pe­rasaannya bercampur-baur antara sedih, kecewa dan berdebar-­debar sehingga tangannya menggeletar.

Anak jati Kota Belud, Sabah itu berkata, dia kecewa dan sedih ke­rana Sasa gagal ditemukan dalam keadaan selamat.

“Melihat mayat Sasa, hati saya berasa sayu, memang sebak memikirkan nasib anak kecil ini. Saya tidak dapat bayangkan jika perkara sama berlaku kepada adik-adik saya,” katanya yang mula digenangi air mata.


Sumber

Saifuddin Abdullah umum sertai PKR


Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah sebentar tadi mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti itu. Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebelum ini turut menimbulkan kontroversi apabila menghadiri mesyuarat meja bulat yang diadakan PKR untuk membincangkan penubuhan Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat. Beliau menyatakan menghadiri mesyuarat berkenaan atas kapasiti sebagai Pengerusi Akademi Belia. Sususlan itu, bekas Ahli Parlimen Temerloh, Pahang itu turut menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO berhubung perkara itu.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/89141

#PanBorneo Bagaimana @NajibRazak Bina Lebuh Raya Percuma, Orang Lain Tak Boleh?



DALAM ketegangan orang-orang di Perak, di Pahang, di Johor dan negeri-negeri lain di luar Lembah Klang membincangkan kenaikan harga tol 17 lebuhraya dalam bandar sekitar Kuala Lumpur Khamis nanti, tidak adakah yang nak bertanya bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membina lebuhraya percuma untuk Sabah dan Sarawak sementara tidak ada Perdana Menteri sebelum beliau yang boleh?

Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri yang paling legend kononnya tu pun nak buat lebuhraya 18km pun kena tol tapi Najib buat lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,239km dengan nilai RM 27 billion, tanpa tol.


Bagaimana ini boleh dilakukan? Sudah tentu kerana Najib lebih bijak dari Mahathir dan Pan Borneo hanyalah satu contoh. Pada saat ini, penulis sudah dengar orang merungut kenapalah bukan Najib yang jadi Perdana Menteri pada 1981, kalau tidak sudah tentu rakyat Malaysia tidak akan mengalami kenaikan harga tol seperti sekarang.

Najib tidak terikat dengan formula Mahathir yang bijak memindahkan beban atas sesuatu projek pembangunan kepada rakyat, pembinaan lebuhraya bertol sebagai contoh. Mahathir tidak boleh lari dari konsep swasta bina, kerajaan bagi konsesi dan rakyat bayar. Dulu macam itu dan kalau dia masih Perdana Menteri, selamanyalah macam itu, asyik rakyat saja kena.

Sebab itu bila diumumkan tol naik, muka nombor satu yang naik dalam kepala penulis ialah muka Mahathir. Inilah masalah yang sebenarnya, bukan Najib. Malah penulis dengar dari beberapa sumber, Mahathir mengakui bahawa perjanjian konsesi lebuhraya yang dibuat pada zamannya itu tidak adil, baguslah mengaku, tapi apa gunanya lagi?

Memandangkan kebanyakkan perjanjian konsesi sedia ada, Mahathir terlibat di dalamnya, kenapa tidak dia berjumpa semula dengan pemegang konsesi ini minta dirunding semula perjanjian yang tidak adil itu bagi menebus dosa yang dilakukan? Dia buat najis, biarlah dia yang bersihkan najis itu.

Tuesday, 13 October 2015

#Tol Di #Selangor Yang Didiamkan Oleh Pakatan Pembangang



Walaupun dengan pegangan minoriti 30 peratus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam beberapa syarikat konsesi tol, ia ada pengaruh bagi merealisasikan hasrat menghalang kenaikan tol dan memberi tol percuma kepada rakyat Selangor...

Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya seperti PKNS dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) mempunyai 30% saham dalam setiap konsesi lebuhraya seperti,Grand Saga Sprint dan Kesas. Jadi di mana yang dikatakan kerajaan persekutuan punyai kuasa dalam isu kenaikan harga tol di Selangor?

Kerajaan Selangor telah menetapkan syarat baru yang mana semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause. Apa yang dimaksudkan dengan terma “exit clause” :

Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi.

Pakatan tidak boleh menuding jari menyalahkan kerajaan persekutuan sebenarnya sedangkan mereka mempunyai hak mutlak untuk mengurangkan tol atau memberi percuma seperti yang selalu disebut oleh mereka dalam manifesto pakatan.

Rupa-rupanya negeri yang kononnya berkebajikan turut ambil untung dari konsesi tol.

Rakyat inginkan agar kerajaan PKR Selangor mengotakan janji-janji manifesto PRU 13 mereka antaranya mempercumakan lebuhraya-lebuhraya yang kebanyakkannya berselerak di Negeri Selangor ini.

Sunday, 11 October 2015

Kempen Bahaya Jerebu : Team Sukarelawan Belia MyVOC ‘Serbu’ SK Putrajaya Precint 18(2)


Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) ke SK Putrajaya Precint 18(2) sempena kempen atasi bahaya jerebu di sekolah-sekolah dan tempat awam yang telah digiatkan semenjak minggu lepas.

Selain mengedarkan topeng muka kepada pelajar-pelajar, team MyVOC juga telah memberikan penerangan tentang tindakan semasa jerebu.

Turut hadir ke program tersebut ialah Sdr Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM, Ybhg Dr Sharifah Norazah bt Syed Anuar, Yang Dipertua PIBG SKPP18(2) bersama Pn Alijah bt Ali, Guru Besar SKPP18(2) serta wakil dari Kementerian Belia dan Sukan. -Belia.org.my
 
Sumber: KLIK SINI

Saturday, 10 October 2015

MyVOC Satukan Malaysia Dan Indonesia Tangani Jerebu



KNPI Indonesia Cawangan Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif mengedarkan topeng muka kepada orang awam di sekitar KLCC bermula seawal jam 8 pagi.

Sebanyak 1500 penutup muka diedarkan kepada orang ramai di sekitar hentian bas dan laluan keluar dari LRT KLCC.

Mohamad Yassar, Pengurus KNPI Caw Malaysia menyatakan perlunya tindakan yang lebih keras kepada pesalah yang menyebabkan jerubu berlaku.

Sdr Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM pula menghargai usaha bersama ini dalam menyatakan kesulitan yang terpaksa dilalui oleh masyarakat kedua-dua negara.

Seramai 20 orang aktivis daripada kedua-dua negara hadir melakukan kerja penyerahan selama setengah jam tersebut bermula 8.00 pagi.

Semoga usaha kecil ini mendapat perhatian masyarakat umum berkenaan kesihatan dan memberi mesej kepada Kerajaan Indonesia supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Tindakan tegas harus diambil kepada pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

KITA BERKONGSI UDARA YANG SAMA



Sumber: KLIK SINI

Jerebu – MBM Edar 10 Ribu Penutup Mulut



Majlis Belia Malaysia (MBM) sudah mengedarkan hampir 10 ribu keping penutup mulut disekitar lembah Klang bermula khamis minggu lepas.

Keadaan Jerebu yang dilihat semakin membimbangkan menjadi faktor MBM tampil menghulurkan bantuan dengan mengedarkan penutup mulut di sekitar lembah Klang khususnya melibatkan pelajar sekolah .

Pagi tadi, MBM bersama sukarelawan MyVoc telah menyerahkan hampir 2 ribu keping penutup mulut kepada guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara untuk diedarkan kepada murid sekolah terbabit.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden MBM, Saudara Mohd Zaidi Aziz dan beberapa orang sukarelawan Myvoc yang turun membantu.

“Ini merupakan satu usaha murni MBM dan Myvoc dalam memberi kesedaran berkenaan kesihatan dalam keadaan jerebu ini dan ia merupakan salah satu klausa didalam perlaksanaan program Myvoc iaitu pendidikan dan kaunseling”, Zaidi Mohd Aziz.



Turut berlangsung pagi tadi ialah penyerahan penutup mulut oleh Kongres Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Cawangan Malaysia bersama MBM di hentian Bas KLCC.

Selain dari kawasan sekolah, MBM turut mengedarkan penutup mulut secara percuma di sekitar Bangsar dan Bandar Kuching dan mereka dalam perancangan untuk mengedarkan lebih banyak lagi penutup mulut kepada orang awam dalam minggu ini sehinggalah keadaan udara di negara ini kembali kepada paras normal.

Lewat tengah malam tadi, Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan dalam Twitter beliau mengumumkan persetujuan Menteri Pendidikan untuk menutup sekolah hari ini yang melibatkan Kuala Lumpur/Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Melaka kerana Indeks Pencemaran Udara IPU dikawasan terbabit kebanyakannya hampir mencecah 200, iaitu paras bahaya.

Sumber: KLIK SINI

Friday, 9 October 2015

Aktivis Mahasewel @fahmizainol_ Dibayar @cmlimguaneng? #DAP




Patutlah Orang Melayu Pembangkang Suka Sangat Menjilat DAP, Rupanya Di Bayar.




Hasrat untuk mengkgumi anak muda ini berkecai apabila membaca salinan notis mengenai makluman pembayaran Electronic Fund Transfer (EFT) kepada beliau yang kini hangat tersebar di media sosial. Persoalan yang ditimbulkan adalah betulkah Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang telah menyalurkan dana (peruntukkan Khas YAB Ketua Menteri) sebanyak RM11,000 kepada Fahmi Zainol, seorang aktivis pelajar Universiti Malaya yang pernah digantung pengajian kerana menganjurkan demonstrasi menyokong Anwar Ibrahim di dalam kampus suatu masa tidak lama dahulu?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang wajib menjawab betulkah pembayaran EFT berkenaan dilakukan ke atas akaun Fahmi Zainol? Kedua, atas dasar apa bantuan kewangan yang begitu banyak disalurkan kepada beliau sedangkan umum mengetahui ramai lagi anak Pulau Pinang yang memerlukan bantuan kewangan seperti itu.

Stesen LRT Awan Besar akan mula beroperasi 31 Oktober ini.

Projek LRT di Awan Besar siap sepenuhnya dan akan beroperasi hujung bulan ini. Bakal beri kemudahan kepada pengguna sekitar kawasan itu.Semalam, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengadakan lawatan ke stesen LRT Awan Besar bersama pegawai-pegawai SPAD bagi melihat sendiri kemudahan yang disediakan di stesen tersebut. 







Gambar-gambar sekitar lawatan Pengerusi S.P.A.D, Tan Sri Syed Hamid Albar ketika melawat stesen LRT Awan Besar  yang akan mula beroperasi 31 Oktober ini.

Sumber: KLIK SINI

Team Sukarelawan Belia MyVOC Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir Kg. Raja, Cameron Highland



Sekali lagi, pasukan MyVOC membuat percaturan yang bijak dengan menghantar misi bantuan kepada penduduk Kg Raja Cameron Highland yang telah ditimpa banjir lumpur baru-baru ini. Misi bantuan yang diketuai oleh exco Majlis Belia Malaysia (Eric Chu) bersama-sama sukarelawan dari negeri Selangor dan Pahang.

Sebanyak 33 buah rumah telah ditimpa musibah banjir lumpur termasuk dengan kedai-kedai didalam kawasan Kg Raja Cameron Highland Pahang. Syukur, sumbangan ini sedikit sabanyak dapat meringankan beban yang mereka tanggung akibat bencana dan dapat juga mereka merencanakan kehidupan keluarga mereka semula untuk kehidupan seterusnya.

Mengulas tentang program ini, En. Eric Chu selaku Exco Majlis Belia Malaysia dan selaku ketua misi bantuan,” Majlis Belia Malaysia bersama pasukan MyVOC dan sukarelawan telah Berjaya sampai ke Kg Raja Cameron Highland pada hari ini (13 september 2015) untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir disini yang ditimpa musibah pada baru-baru ini.

Pasukan MyVOC ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak kerajaan untuk meringankan sedikit bebanan yang mangsa banjir alami dengan serta merta. Pasukan MyVOC ini terdiri dari kalangan golongan-golongan professional dan akan membantu seiapa sahaja yang ditimpa musibah tidak kira dari apa bangsa, agama dan kaum di seluruh Malaysia.

Program sebegini akan diteruskan untuk masa akan datang melalui Maljlis Belia Malaysia untuk mangsa bencana dan golongan kurang mampu dan pasukan MyVOC ini juga telah bersedia untuk memberi bantuan dimana sahaja sekiranya terjadi sekali lagi kejadian banjir besar yang berlaku sebelum ini di negeri Kelantan”



Dalam masa yang sama, En. Khairul Irwan Bin Abdul Khalid selaku Exco Majlis Belia Negeri Pahang dan selaku Setiausaha Majlis Belia Daerah Lipis memberitahu, “ Pada konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC ini, kami dari rakan-rakan dari Majlis Belia Negeri Pahang telah menghantar wakil seramai 32 orang untuk bersama-sama Majlis Belia Malaysia bagi menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini.

Usaha ini adalah usahasama yang mana jentera kami akan sentiasa membantu Majlis Belia Malaysia dalam apa jua cara berbentuk kesukarelaan yang mana sekarang ini sukarelawan adalah sesuatu yang penting dalam keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu terutama di Cameron Highland.

Majlis belia Pahang akan terus bersama majlis belia Malaysia untuk terus membentuk sukarelawan dari kalangan belia terutama di negeri Pahang dan gabungan sukarelawan negeri Pahang yang telah dibentuk dan diterajui oleh” Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang” yang menggabungkan seluruh sukarelawan disetiap daerah negeri Pahang.

Misi bantuan ini akan berterusan tidak kira dalam misi bantuan banjir atau apa sekali pun, sekiranya diperlukan mereka akan sentiasa bersama.

” Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Pahang atas kehadiran pasukan sukarelawan MyVOC ini ke sini yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban anggota masyarakat yang terjejas akibat banjir baru – baru ini.

Walaupun banjir kali ini tidak seteruk yang dulu, namun ianya telah menjejaskan sekurang – kurangnya 33 buah rumah penduduk dan kedai – kedai yang berada di kawasan Kg. Raja ini.” Ujar En. Zambri B. Aziz daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland.

” Oleh itu, kehadiran konvoi sukarelawan ini besar ertinya buat masyarakat disini.” tambah beliau lagi.

Selanjutnya: KLIK SINI

Thursday, 8 October 2015

Team Sukarelawan Belia MyVOC ‘Panjat’ Cameron Highland Bantu Mangsa Banjir Di Kg. Raja



MBM dan KBS secara rasminya telah menubuhkan Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) pada 25 Ogos 2015 di mana komuniti ini akan diterajui oleh Sahabat Majlis Belia Malaysia yang akan bertindak mengumpul sukarelawan dari pelbagai latar belakang profesionalisme untuk dijadikan model dan asas bagi merencana SOP kerja sukarela serta melaksana program-program sukarelawan dari pelbagai bentuk mengikut kemahiran yang ada.

Keperluan mempunyai sukarelawan dari pelbagai bidang ini adalah penting kerana pengalaman pengurusan bencana yang lalu memerlukan sukarelawan yang mempunyai kemahiran yang pelbagai, seperti sukarelawan yang membantu membetulkan rumah, sukarelawan yang mengajar atau memberi motivasi kepada anak-anak, sukarelawan yang membantu dalam menyediakan makan minum dan lain-lain.

Kali ini, Team MyVOC berkonvoi bagi meluaskan khidmat kesukarelaan mereka bagi membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highland yang telah ditimpa musibah tersebut pada hari jumaat yang lalu.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Kerjasama Majlis Belia Malaysia ini turut menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Sdr. Eric Chu, Exco Majlis Belia Malaysia, En. Zambri Bin Aziz, daripada Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highland, En. Khairul Izwan bin Abdul Khalid, Exco MBM Pahang.

Pasukan Majlis Belia Malaysia – 6 Buah kenderaan 4×4 daripada Kilo Lima Bravo Motorsport Club (KLBMC) dan Selangor Advanture Club (SAC) dalam perjalanan daripada Gombak menuju ke Cameron Highland dengan membawa peserta sukarelawan MyVOC dengan diketuai oleh Pak Kulim.



Selanjutnya: KLIK SINI

Wednesday, 7 October 2015

Sukarelawan 4×4 Daerah Bera Sedia Hadapi Gelombang Banjir



BERA- Banjir besar yang berlaku tahun lepas di Daerah ini telah menjadi satu pengajaran berguna buat penggiat 4×4 dalam kawasan Bera dimana pelbagai langkah dan persediaan telah disusun bagi menghadapi gelombang banjir yang tidak boleh dijangka tahun ini.

Sedar tentang bencana yang mungkin berulang, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan penggiat 4×4 Bera telah bersepakat menubuhkan skuad MyVOC 4×4 Bera bagi menghadapi bencana banjir dengan lebih tersusun dan teratur.

Melihat akan kegilaaan ramai anak muda menggunakan kenderaan Pacuan empat roda didalam Daerah ini, Majlis Belia Daerah tampil kehadapan dengan mengumpul kesemua pemilik kenderaan ini dalam Kursus Pemanduan Asas Kenderaan 4×4 di tapak perkhemahan Air Terjun Terapai.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh YB Norol Azali Sulaiman ADUN Guai merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang di Kompleks Rakan Muda Bera semalam.

Turut dirasmikan ialah lebih 60 Sukarelawan Myvoc 4X4 Bera dimana kemahiran mereka dalam penggunaan kenderaan 4×4 ini amat ditagih dalam menjayakan misi-misi tertentu termasuklah penghantaran bekalan makanan serta misi menyelamat ketika musim banjir.

“Kita kena belajar dari situasi banjir tahun lepas yang melanda daerah ini. Alhamdulillah program hari ini membuktikan kita sudah belajar dan akan lebih bersedia menghadapi banjir pada kali ini,”kata YB Norol Azali Sulaiman.

Selain kurus pemanduan asas, Sukarelawan Myvoc 4X4 Bera yang dipimpin saudara saudara Othman Man akan turut menjalani latihan pengunaan radio amatur dimana penggunaan alatan berkenaan amat penting ketika bencana khususnya Banjir.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video keadaan banjir tahun lepas di daerah Bera dan penyampaian sijil penghargaan kepada sukarelawan yang terlibat dengan bantuan kemanusiaan banjir tahun lepas. 
 
Sumber: KLIK SINI

Rita Rudaini Syukur Menang Kes Mutaah

Akhirnya kes pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga merupakan pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Razak selesai selepas Aidil diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah untuk membayar wang saguhati penceraian sebanyak RM 30, 000 kepada bekas isterinya itu.

Itu merupakan 10 peratus daripada jumlah tuntutan mutaah sebenar iaitu RM 300, 000 yang diminta Rita, 39, selaku plaintif ketika dia memfailkan kes itu pada 7 Julai 2014. Rita Rudaini yang bersyukur atas kemenangan itu turut berkongsi kegembiraannya bersama peminat di laman Instagram beliau.

Dalam kapsyennya di Instagram, Rita menulis, “Alhamdulillah, orang menipu takkan ke mana. Allah sentiasa bersama orang yang dianiaya. Sebelum ini ada seorang hamba Allah mendakwa saya sebagai seorang isteri yang tidak layak untuk mendapat tuntutan mutaah iaitu haknya sendiri”.“Alhamdulillah Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Syukur ya Allah. Kemenangan berpihak pada orang yang benar. Syukur, saya menang dalam kes mutaah dan saya telah diisytiharkan oleh mahkmah bahawa saya layak untuk mendapat mutaah,” antara kata-kata lain Rita di laman Instagram miliknya.

Sumber ERA

Sukarelawan Belia (MyVOC) Serbu Hospital SNZ Raikan 400 Pesakit Wanita Dan Kanak-kanak



Komuniti Sukarelawan Belia 1Malaysia (MyVOC) mengadakan program khas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, semalam, bagi menghargai peranan dan pengorbanan wanita dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Negeri Terengganu, Asfalinda Anuar berkata, program Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC itu diadakan bagi meraikan seramai 400 pesakit wanita termasuk kanak-kanak.

Menurutnya, antara pengisian program berkenaan ialah Ziarah Kasih #sehatisejiwa dengan melawat pesakit wanita dan warga emas disamping menyerahkan sumbangan, kit penjagaan diri dan tuala.

“ Seramai 30 anggota gerakan sukarelawan termasuk lapan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta beliawanis terlibat dalam program ini dan turut melakukan aktiviti bersama kanak-kanak dalam meraikan kanak-kanak #mudaceria.

“kita mahu raikan wanita sempena Hari Wanita. Kita raikan kegemilangan wanita dan kebetulan, MyVOC dilancarkan baru-baru ini di Putrajaya, jadi kita bawa MyVOC ke Terengganu untuk raikan wanita,” katanya.

Program yang turut dihadiri Pengerusi Majlis Belia Terengganu, Zaidi Muda itu turut bertujuan menceriakan ibu yang mungkin mengalami tekanan menjaga anak sakit, wanita dan warga emas yang terlantar di hospital.

“Kita melawat wad kanak-kanak untuk meraikan ibu yang mungkin kepenatan dalam menjaga anak-anak atau mungkin berasa tertekan dengan keadaan anak masing-masing.

“Ini pendekatan kita ambil selain memberi sumbangan seperti barangan keperluan mandi, termasuk tuala,” katanya.



Sumber: KLIK SINI

Tuesday, 6 October 2015

MBM Guna Pendekatan “Cool and Catchy” Pikat Anak Muda Sertai Team sukarelawan Belia MyVOC



Hari ini saya berpeluang meluangkan masa bersama seramai 1,119 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, Kuala Lumpur sambil merasmikan Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan 2015. Turut hadir bersama ialah Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MBM.

Kesempatan yang terluang, beberapa perkara dapat saya kongsikan dengan para pelajar. Antaranya ialah kepentingan generasi muda di kalangan pelajar sekolah aktif dalam kegiatan kokurikulum samada melalui kegiatan berpersatuan, badan beruniform mahupun sukan.

Majlis Belia Malaysia (MBM) sentiasa membuka ruang dan peluang kepada golongan belia yang berumur 15-18 yang rata-ratanya di bangku sekolah menengah untuk menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.

Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk menyatakan bahawa MBM bersedia menawarkan penyertaan kepada para pelajar SMK Cochrane menjadi ahli Malaysian Youth Community Volunteer (MyVOC) yang diyakini mampu melahirkan golongan pelajar yang mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji. Pendekatan “cool and catchy” yang diamalkan oleh MBM dalam mendekati anak muda akan dilakukan tanpa meninggalkan nilai-nilai murni yang wajib ada dalam setiap gerakannya.- Rizan Hassan.
 
Sumber: KLIK SINI

400 Pesakit Wanita Dan Kanak-kanak Diserbu MyVOC



Asfalinda meluangkan masa bersama Mohamad Nazmi Mohd Yusoff.

“ Walaupun memerlukan perbelanjaan tinggi dan jarak perjalanan lebih 400 kilometer terpaksa ditempuh setiap bulan, ia bukan penghalang buat saya dan suami untuk mendapatkan rawatan buat anak sulung yang menghidap leukemia, ” kata Salinah Mat Yusof, 48, ketika ditemui di wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Anaknya, Mohamad Nazmi Mohd Yusoff, 14, disahkan menghidap leukemia sejak setahun lalu selepas mengalami demam berlarutan selama dua bulan.

Katanya, dia yang menetap di Kampung Sarang Tiong, Rompin, Pahang terpaksa berulang-alik ke HSNZ setiap bulan bagi mendapatkan rawatan untuk mohamad Nazmi sejak setahun lalu.

“ Kami terpaksa berulang-alik dari Rompin ke Kuala Terengganu kerana kemudahan rawatan bagi kanak-kanak menghidap leukemia yang paling hampir hanya ada di HSNZ.

“ Dilema saya dan suami, Mohd Yusoff Mohd Daud yang berumur 42 tahun adalah kos bagi perbelanjaan berulang-alik dari rumah ke HSNZ berikutan jarak yang jauh dan memerlukan peruntukan kewangan yang mencukupi memandangkan suami hanya bekerja sendiri.

“ Namun, bagi memastikan Mohamad Nazmi sihat seperti kanak-kanak lain, saya dan suami berkorban tenaga, masa serta wang untuk ke Terengganu setiap bulan,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih, Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC, Majlis Belia Malaysia (MBM) di HSNZ, di sini, semalam.

Menurutnya, tahun lalu, Mohamad Nazmi terlantar di wad HSNZ selama tujuh bulan dan tiap-tiap bulan, anaknya akan mendapatkan rawatan susulan di HSNZ termasuk menjalani rawatan kimoterapi.

Katanya, tiada yang lebih berharga apabila melihat Mohamad Nazmi dalam keadaan sihat walaupun tidak seperti dulu dan sudah setahun anaknya tercicir sesi pembelajaran di sekolah berikutan penyakit yang dihidapi itu.
Salinah berkata, dia teringin melihat anaknya kembali ke sekolah seperti biasa, namun dia yakin hajatnya itu akan tertunai berikutan rawatan yang baik diperoleh di HSNZ.

Sementara itu,Naib Presiden MBM Asfalinda Anuar berkata, program disertai 30 sukarelawan wanita yang mengunjungi wad wanita dan warga emas di HSNZ selain menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian juga alat tulis.

“ Program ini bertujuan menghargai golongan wanita sama ada yang sakit mahupun yang berkorban tenaga menjaga ahli keluarga mereka. Dalam program berkenaan, kami mengagihkan 250 sumbangan kepada wanita dan 150 kepada kanak-kanak, “ katanya.



Sumber: KLIK SINI

Monday, 5 October 2015

Sukarelawan Belia MyVOC Bantu Kelancaran Perhimpunan Aman ‘Selamatkan Al-Aqsa’



Kuala Lumpur- ” Hari ini Majlis Belia Malaysia tampil untuk menyokong perjuangan 40 NGO dari seluruh Malaysia untuk mengutuk kekejaman Zionis dan Israel atas penindasan mereka terhadap Masjid Al-Aqsa,” ujar saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM).

“Kita melihat perhimpunan ini bukanlah bersifat politik tetapi lebih bersifat kemanusiaan. MBM atas dasar kemanusiaan telah menggerakkan ahli-ahli kita pada hari ini bukan saja untuk bersama-sama NGO yang berteraskan agama Islam tetapi NGO yang berasaskan kaum India dan Cina bagi menyuarakan ketegasan bantahan kita kepada Amerika,” kata beliau lagi.

Sebagai Salah seorang daripada saf kepimpinan MBM, beliau turut dipertanggungjawabkan bersama-sama membawa sukarelawan Belia MyVOC untuk mengagihkan makanan dan minuman untuk peserta-peserta himpunan tadi.

Mereka ialah Sukarelawan Malaysian Youth Volunteer Community (MyVOC) yang hadir dengan cara tersendiri bagi menyatakan sokongan kepada himpunan aman itu. Mereka turut mengutip sampah-sarap dan membersihkan kawasan sekitar selepas orang ramai bersurai.




Sukarelawan Belia MyVOC juga membantu mengedarkan kira – kira 1000 botol air mineral dan 500 bungkus roti sosej yang diagihkan kepada peserta himpunan terdiri dari mahasiswa, ahli-ahli NGO dan orang ramai.

Sukarelawan yang bersama-sama pada hari ini adalah dari Majlis Belia Orang Asli tampil membantu kerja-kerja sukarelaan dari segi mengedar makanan dan minuman serta memastikan tempat himpunan bebas daripada sampah sarap yang boleh menyebabkan berlaku gangguan kepada anggota masyarakat dan mengelakkan imej buruk kepada Negara.

Merujuk kepada pelbagai parti politik dan NGO yang menyertai himpunan hari ini, saudara Rizan berpendapat semua bersatu dalam menyantuni isu Palestin dan lebih unik lagi, 40 NGO berteraskan anak muda di Malaysia tampil pada hari ini dengan sokongan yang jitu terhadap permasalahan Palestin.

Bagi MBM pula, apabila kita bercakap tentang kemanusiaan, ia mengatasi segala-galanya dari warna kulit, bangsa, agama dan fahaman politik,” sambung beliau lagi.

‘Perkara ini menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam menyuarakan kemarahan mereka dalam isu-isu yang bersangkutan hak asasi sejagat,”tambah saudara Rizan lagi.

Beliau turut menambah, MyVOC adalah sebuah pasukan kesukarelaan yang berteraskan kemahiran, kemanusiaan dan kepakaran. Jadi kehadiran MyVOC pada hari ini sebenarnya adalah lebih untuk menunjukkan contoh nilai-nilai murni rakyat Malaysia apabila mereka berhimpun.

MyVOC menunjukkan contoh kepada kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa himpunan yang diadakan pada hari ini adalah aman dan kemarahan rakyat terhadap sesuatu isu dapat dizahirkan secara baik,” tambah beliau lagi.

DS NAJIB JAWAB ISU TERSEREMPAK PM ISRAEL



Bukan saya jumpa . Terserempak dekat pintu. Sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap. Bila kita keluar kita keluar waktu saya bila kita menunggu kereta dia ada tepi tu .
Jadi dia salam dgn saya, saya salam dengan dia lah. Bukan ada apa-apa . bukan pertemuan. Terserempak .

By Sheer coincidence i bumped into him at the entrance of united nations.ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di us dan permanent rep
Boleh banyk org yg boleh sahkan ini bukan pertemuan tetapi secara kebetulan

anything can be viral. When u viral they give wrong impression of the truth. This is the danger of social media.

Sumber

MyVoc Tempuh 5000KM Untuk Curah Bakti Di Bumi Kemboja



Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) dalam perjalanan ke Kemboja bagi melaksanakan program Ziarah Qurban 2015 dari 20 September hingga 30 September 2015 sempena sambutan Hari AidilAdha Khamis sebelum sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Myvoc dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia Sukan dan Kelab kereta 4×4 telah bergerak ke Kemboja pada 20 September yang lalu dimana ia telah dilepaskan oleh Timbalan Presiden MBM Saudara Zaidi Aziz di Tanjung Malim.

Berbekalkan kekuatan 27 Orang dan 7 buah kenderaan pacuan empat roda, Konvoi Myvoc dijangka tiba di lokasi Qurban di Kemboja pada hari yang sama setelah menempuh perjalanan yang agak jauh dan memenatkan.

Difahamkan perlbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui Konvoi ini yang jaraknya sekitar 5000KM, dimana ada kenderaan yang mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti telah disusun selain daripada Ibadah Qorban.Peserta konvoi juga dijangka akan menjalankan aktiviti perkongsian bahasa dan budaya antara dua buah negara ini sebaik sahaja mereka tiba.

Sementara itu, ketika perlepasan konvoi MyVoc di Tanjung Malim, Timbalan Presiden MBM, Saudara Zaidi Aziz berharap para peserta menjaga nama baik negara kerana Program ini bukanlah kali pertama tetapi ia telah masuk tahun ketiga.

“Alhamdulillah program ini telah memasuki tahun ke 3,pelbagai aktiviti sudah disusun dimana ianya bukan sahaja program Qurban semata-semata tetapi juga program seperti perkongsian sosio budaya dan bahasa masyarakat disana.

Saya juga berharap peserta konvoi Ziarah Qurban 2015 dapat mematuhi arahan dari ketua yang dilantik dan apa yang penting sikap saling bekerjasama antara satu sama lain amatlah dituntut dalam program sebegini”, Zaidi Aziz .

Yang pasti, peserta yang menyertai konvoi ini bakal mendapat pengalaman yang amat bermakna dan begitu berharga. Pasti banyak perkara suka dan duka yang akan mereka perolehi sepanjang 10 hari konvoi ini berjalan.

Semoga peserta yang terlibat dipermudahkan segala urusan dan selamat pulang ke Tanah Air.

Sumber: KLIK SINI

Sunday, 4 October 2015

Team MyVOC Bantu Bina Semula Sudut Bacaan Sekolah Yang Musnah Akibat Gempa Bumi



KESAN kemusnahan akibat gempa bumi yang melanda Kota Pariaman pada tahun 2009 masih jelas kelihatan. Antara yang terkesan ialah bangunan sekolah yang kini menempatkan seramai 24 orang pelajar.

Menerusi Kembara ASEAN 2015, salah satu pengisian aktiviti ialah mewujudkan sudut bacaan / perpustakaan mini bagi membolehkan pelajar di Sekolah Menengah Kejuruan Global Pariaman menikmati ruang belajar yang selesa dan ceria.

Seramai 13 orang sukarelawan MyVOC KBS-MBM-UMP bertungkus-lumus selama dua hari menyiapkan sudut bacaan ini. Turut disumbangkan ialah meja dan kerusi serta kabinet menyimpan buku.

Pasukan ini diketuai oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM dan turut menyertainya ialah Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM) dan Puan Farah Hazlini Mohd San (Pegawai Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP.

PENERANGAN MBM
Kota Pariaman
youthcharacter.net
 
Sumber: KLIK SINI 

Saturday, 3 October 2015

Perluas Gaya Hidup Sihat, Team Sukarelawan Belia MyVOC Bawa ‘FIT Malaysia’ Ke Indonesia



GAYA hidup sihat adalah budaya yang perlu dipupuk di setiap lapisan masyarakat. Untuk itu, Malaysia Youth Volunteer Community (MYVOC) membawa semangat FIT MALAYSIA ke Kota Pariaman, Indonesia bersama masyarakat disini dengan menganjurkan Senamrobik bertemakan FIT MALAYSIA, FIT INDONESIA.

Fit Malaysia diasaskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam menggalakkan masyarakat Malaysia khususnya gerenrasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat menerusi sukan.

Kegiatan senamrobik ini adalah sebahagian dari aktiviti yang dianjurkan oleh MyVOC sempena Kembara ASEAN 2015 kerjasama KBS-MBM-Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kembara ASEAN 2015 adalah gerakan kesukarelaan yang berteraskan pendidikan, alam sekitar, kemasyarakatan dan potensi diri.

Seramai 13 orang sukarelawan MyVOC KBS-MBM-UMP menggerakkan aktiviti ini dengan di hadiri sekitar 300 masyarakat disini terutamanya kaum wanita. Turut sama menjayakan aktiviti ini ialah Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM, Hasnul Hanif Harun (Exco MBM) dan Puan Farah Hazlini bt Mohd San, Pegawai Psikologi, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP.

PENERANGAN MBM
KOTA PARIAMAN, SUMATERA BARAT
13 SEPTEMBER 2015

youthcharacter.net

Sumber: KLIK SINI 

Team MyVOC Raikan Anak Yatim Piatu Mangsa Gempa Bumi Padang



SERAMAI 20 orang anak yatim piatu mangsa gempa bumi Padang 2009 melahirkan rasa syukur dan teruja kerana kali pertama menaiki keretapi dan menikmati ayam di KFC. Ini adalah usaha dan inisiatif Malaysia Youth Volunteer Community (MYVOC) menerusi Kembara ASEAN 2015 kerjasama KBS-MBM-Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Seramai 13 orang sukarelawan MYVOC bersama anak-anak yatim dari Panti Asuahn Aisyiyah, Kota Pariaman di bawa menaiki keretapi dari Kota Pariaman ke Padang seterusnya menikmati makan tengahari ayam KFC di Basko Plaza, Padang diketuai oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.

Turut sama dalam kegiatan ini ialah Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM), Puan Farah Hazlini Mohd San (Pegawai Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP), Bapak Eka Putra Pernanda (Kepala Sekolah SMK Global Pariaman).

Pelbagai aktiviti di adakan sepanjang dua jam perjalanan pergi dan balik Kota Pariaman-Padang-Kota Pariaman, antaranya nyanyian patriotic, kuiz dan perkongsian pengalaman oleh para sukarelawan yang terdiri dari pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Pahang.

“Mungkin apa yang kita lakukan hari ini terlalu kecil tetapi besar maknanya bagi mereka. Keceriaan mereka adalah hadiah bermakna kepada kami sukarelawan MyVOC”, kata Rizan Hassan yang mengetuai pasukan ini.

Menurut Ibu Kepala Sekolah Panti Asuhan Aisyiyah pula terharu dan melahirkan rasa syukur amat sangat dengan apa yang di sumbangkan oleh sukarelawan MyVoc.

“Semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa saja membalasnya. Kasih sayang Tuhan sentiasa ada buat kalian”, katanya berlinangan airmata.

PENERANGAN MBM
KOTA PARIAMAN, SUMATERA BARAT
13 SEPTEMBER 2015
 
 Sumber: KLIK SINI

Pasukan Sukarelawan Belia MyVOC Teruskan Berbakti Kepada Masyarakat Kota Pariaman



KEGIATAN kesukarelaan bukan hanya bersifat memberi bantuan barangan makanan dan minuman atau membersihkan kawasan sampah sarap sebaliknya ianya lebih dari itu.

Kewujudan Malaysia Youth Volunteer Community (MyVOC) dilihat membawa perubahan dalam dunia kesukarelaan apabila gerakan kemasyarakatan yang dilakukan berdasarkan kemahiran dan kepakaran individu.

Untuk itu, sempena Kembara ASEAN 2015 kerjasama KBS-MBM-UMP, Sukarelawan MyVOC telah berjaya menyiapkan renovasi ringkas dua buah surau di Sekolah Menengah Kejuruan Global Pariaman di sini.


Warga sekolah begitu teruja dan gembira apabila dapat melaksanakan ibadah dalam suasana yang lebih selesa dan ceria.

”MyVOC memerlukan lebih ramai belia berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk menyertai pasukan ini. Antara kepakaran atau kemahiran yang diperlukan semasa bencana atau gerakan kemanusiaan ialah kemahiran bidang masakan, elektrik, automotif, kimpalan, binaan bangunan, jurupaip, motorsikal, kejururawatan, pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi,” kata Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM yang mengetuai misi ini. Misi ini turut di sertai oleh Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM.

Menurut beliau lagi, KBS dan MBM kini sedang giat menjelajah ke seluruh negara untuk menarik minat belia berkemahiran menyertai MyVOC.

Katanya lagi, akan tiba satu ketika nanti sukarelawan yang berada di lapangan akan lebih fokus dan berperanan seterusnya usaha menghakis stigma kesukarelaan adalah sebuah program akan berjaya.

”Kesukarelaan bukan satu program. Ianya adalah budaya dan gaya hidup yang semua orang perlu lakukan pada setiap hari”, tegas beliau.- youthcharacter.net
 
Sumber: KLIK SINI 

Friday, 2 October 2015

Team MyVOC Perluas Misi Kesukarelaan Belia Ke Kota Pariaman, Indonesia





MBM dan KBS secara rasminya telah menubuhkan Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) pada 25 Ogos 2015 di mana komuniti ini akan diterajui oleh Sahabat Majlis Belia Malaysia yang akan bertindak mengumpul sukarelawan dari pelbagai latar belakang profesionalisme untuk dijadikan model dan asas bagi merencana SOP kerja sukarela serta melaksana program-program sukarelawan dari pelbagai bentuk mengikut kemahiran yang ada.

Keperluan mempunyai sukarelawan dari pelbagai bidang ini adalah penting kerana pengalaman pengurusan bencana yang lalu memerlukan sukarelawan yang mempunyai kemahiran yang pelbagai, seperti sukarelawan yang membantu membetulkan rumah, sukarelawan yang mengajar atau memberi motivasi kepada anak-anak, sukarelawan yang membantu dalam menyediakan makan minum dan lain-lain.

Dalam Memperluaskan misi khidmat kesukarelaan kepada masyarakat dikalangan Negara ASEAN, Team MyVOC sedang menganjurkan program ‘KEMBARA ASEAN’ yang akan ke Kota Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia dalam menjalankan misi kesukarelaan pendidikan, alam sekitar/maritim dan kemasyarakatan.

Misi selama 5 hari yang bermula hari ini akan berlangsung sehingga 17 September 2015 dan diketuai oleh Sdr. Rizan Hassan (KP MBM) dibantu oleh Sdr Hasnul Hanif Harun (Exco MBM).



Seramai 11 orang terlibat dengan misi ini yang terdiri dari pelajar tahun akhir pelbagai fakulti di Universiti Malaysia Pahang.



Sumber: KLIK SINI

Kembara ASEAN 2015 : Team MyVOC Bantu Memperindah Pulau Kasiak Dan Pulau Ango Dua, Kota Pariaman



GENERASI muda atau Gen Y perlu diberi pendedahan secukupnya dalam menghargai alam sekitar. Program yang bersifat pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sepatutnya di perbanyakkan lagi sebagai satu usaha berterusan mencegah berlakunya bencana alam.

Menyedari hal itu. Seramai 13 orang sukarelawan Malaysia Youth Volunteer Community (MyVOC) dari kalangan pelajar tahun akhir Universiti Malayia Pahang (UMP) mengadakan kegiatan GO GREEN di Pulau Kasiak dan Pulau Ango Dua yang terletak di Kota Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia.

Kegiatan ini adalah sebahagian pengisian sempena Kembara ASEAN 2015 kerjasama KBS-MBM-UMP yang diketuai oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.

Pasukan sukarelawan ini telah berjaya mengindahkan kawasan hijau di Pulau Angso Dua dengan membina beberapa monumen dan replika berasaskan dahan pokok, batu karag dan dahan kelapa yang ada. Usaha kreatif mereka turut menarik perhatian para pengunjung.

Kemudian pasukan ini juga telah ke Pulau Kasiak untuk melepaskan anak penyu di samping melakukan aktiviti pemuliharaan batu karang di sekitar pulau itu.

Turut sama dalam kegiatan ini ialah Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM) dan Puan Farah Hazlini Mohd San (Pegawai Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP. –youthcharacter.net
 
Sumber: KLIK SINI

Sentuhan MyVOC Ceriakan Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Kedah



Maahad Tarbiah Islamiah Derang menarik nafas lega apabila terpilih untuk progam menambah baik sistem pendawaian elektrik di premis-premis pusat pengajian Islam itu yang dikhuatiri kurang selamat untuk dihuni sebelum ini.

Penolong Pendaftar Maahad, Ustaz Zul Azri Mohd Sani menzahirkan rasa syukur dengan khidmat sukarelawan yang terdiri dari anak-anak muda yang dibawa khas dari Pusat Giat Mara Pokok Sena yang melakukan sistem pendawaian semula telah dilakukan di dua blok asrama perempuan di maahad berkenaan.

“Alhamdulillah, syukurlah pada Allah SWT dengan khidmat sukarela yang diberikan. Kami amat berterima kasih atas bantuan yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Giat Mara dan semua pihak yang terlibat,” katanya kepada Kedahnews.com di sini, hari ini.

Katanya, bantuan sukarela yang dianjurkan MBM telah membuka mata kepada pihaknya tentang betapa pentingnya pendawaian elektrik yang membabitkan keselamatan dan ancaman yang terpaksa dihadapi sekiranya diabaikan.

Ustaz Zul Azri menjelaskan bahawa dua blok asrama pelajar perempuan yang terbabit dengan pendawaian semula itu adalah merupakan premis lama maahad yang sememangnya perlu penambahbaikan.



Mengulas mengenai sistem pendawaian di blok asrama tersebut, Zulkifli Ahmad yang merupakan tenaga pengajar yang memantau program pendawaian semula itu mengatakan bahawa sistem lama itu tidak selamat untuk digunakan dan perlu dilakukan semula dengan sistem pendawaian yang lebih sistematik.

“Selepas kami periksa, memang agak kurang selamat. Jadi kami buatkan yang baru dan lebih selamat untuk maahad ini,” katanya lagi.

Zulkifli menjelaskan bahawa pihaknya membawa 18 orang sukarelawan yang terdiri dari para pelajar dari Pusat Giat Mara Pokok Sena untuk melakukan pendawaian semula di maahad berkenaan dan beliau sendiri memantau aktiviti pemasangan tersebut.

“Bukan saja beri pengalaman yang praktikal pada pelajar, malah dengan program ini dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang rasa tanggungjawab melakukan kerja-kerja amal kepada masyarakat umum,” jelas beliau.

Menurut Presiden MBM Negeri Kedah, Mohd Aizad Roslan, pihaknya akan meneruskan program-program sukarelawan sedemikian di pondok-pondok dan sekolah agama rakyat yang dikenal pasti memerlukan pendawaian semula.

“InshaAllah kami akan usahakan untuk meneruskan program macam ni di pondok-pondok atau sekolah agama rakyat yang memerlukan pendawaian semula di Kedah,” katanya yang turut berterima kasih kepada KBS atas kerjasama baik yang dihulurkan.

MBM dan KBS menganjurkan Konvoi Sukarelawan Merdeka MYVOC Sehati Sejiwa dengan kerjasama MBM Negeri Kedah melakukan program pendawaian semula di Maahad Tarbiah Islamiah Derang di Pokok Sena sejak 28 September lalu dan dijangka berakhir 2 Oktober. -Kedahnews.com

Sumber: KLIK SINI

Teks Ucapan Penuh Perdana Menteri DS Najib Razak di United Nations General Assembly (UNGA)









Mr President,




1. Congratulations on your appointment as President of the 70th session of the United Nations General Assembly. Your experience and wisdom will be invaluable in guiding us.




2. This session’s theme – ‘The United Nations at 70: the Road Ahead for Peace, Security and Human Rights' – is timely. For we urgently need to find new approaches, to rise above the political divide and put people first, in an age when the old ways are proving inadequate to the challenges we face today.




3. We are a world of nation states. But new conflicts and threats imperilling our peace and security do not recognise borders. Non-state actors, such as the so-called Islamic State, threaten to destroy sovereign states.




4. They don’t confine their horrific acts of cruelty within official boundaries. Expert at using social media to recruit followers in faraway countries, they lure them with false promises, persuading many young people that their barbaric actions will bring them closer to God.




5. It is sickening, and there could be no greater a slur on Islam – a religion of peace, moderation and justice. But these extremists cannot be defeated by traditional military means alone.




Mr President,




6. Five years ago I stood before this assembly and called for a Global Movement – of Moderates of all religions, of all countries – to marginalise extremists, reclaim the centre, and shape the agenda towards peace and pragmatism. We in Malaysia have followed up, both with practical action and by building intellectual capacity.




7. Central to this effort is reaffirming Islam’s true nature, as we must acknowledge that we are not winning the propaganda war against the so-called Islamic State. Their twisted narrative is not being adequately countered to prevent many misguided people from joining or supporting from afar.




8. So it is more important than ever that we spread awareness of authentic Islam. Most especially when conflicts persist and people lose hope. For it is there that extremism finds fertile soil. And those who fight for extremism – for a perversion of true Islam – are one of the main drivers of the current migration crisis from the Middle East.




9. Islam unequivocally prohibits killing civilians during war. It explicitly protects minorities and respects those of other faiths. It urges the pursuit of knowledge, and stresses both justice and compassion. As the Prophet Muhammad said: “You will not enter Paradise until you have faith; and you will not complete your faith, till you love for one another what you love for yourselves.”




10. This means there should be no strife among Muslims. Not between Shia and Sunni, who may take different paths, but seek the same destination.




11. Islam condemns the destruction of historical sites that are part of the world’s cultural heritage. The lies of IS include the claim that it is their duty to destroy historical sites, because the Prophet Muhammad destroyed the idols that had been introduced into the Ka`ba in Mecca.




12. This is based on a false analogy. The Ka`ba was built by the Prophet Abraham for the worship of the One True God, and later generations added the idols. The Prophet Muhammad was commanded to purify the Ka`ba of these idols for its use by his followers, to bring it back to its original form.




13. The historical sites being destroyed by IS were never used for the worship of the One God and then later desecrated; so the argument for destroying them does not and cannot apply. Moreover, God informs us that these sites we travel by, and which denote past civilizations — some of which were global superpowers of their time, but are now no more — are signs to remind us not to be arrogant, but to walk the earth humbly.




14. We must combat IS’ warped ideology in this way: explaining why their path is un-Islamic; why their actions are evil, theologically incoherent and a travesty of Islam – which commands us to be knowledgeable, compassionate and humble.




Mr President,




15. The Malaysian Government has helped develop an important body of scholarship that does just that. An international group of Sunni and Shia scholars representing a cross-section of the global Muslim community was convened in Kuala Lumpur. Its mission was to define an Islamic State, based on the continuity of Islamic religious thought through the past 14 centuries.




16. It is nothing like the entity in Syria and Iraq that usurps that name. The scholars unanimously emphasized that an Islamic State must deliver justice in all its forms – political, economic and in the courts – to its citizens. It must be based on the objectives of Shariah, or Maqasid Shariah, which is to protect and enhance life, religion, intellect, property, family and dignity.




17. An Islamic State must defend the different peoples under its rule, and preserve their religions, languages and historic sites – because God commands us: “Indeed, we have made you nations and tribes, that ye may know one another.”




18. He could have created us as one religious community, but He did not do so – in order to test us – and orders us to compete with each other in being virtuous. A true Islamic State therefore aids God’s Divine Intent in testing humanity, and urges us to compete in virtue, in knowledge, kindness, compassion and humility – but, crucially, not coerce us in this.




19. These are Islam’s true principles. The so-called Islamic State knows nothing of Islam’s noble ideals, of its compassion, or of the solemn duty to care for and learn about our fellow man. They are violating the Divine will. They are desecrating the name of our religion through their self-proclaimed caliphate – to which no true Muslim will pledge allegiance.




20. This is the message we must spread, to Muslims and non-Muslims. And I call on the Umma to rise with one voice, and let the world ring when we say to IS:




21. You do not represent us.




Mr President,




22. Let no one doubt how seriously Malaysia regards the problem of militants: both those who wish to use Kuala Lumpur as a transit point, and those who wish to sow violence and destruction at home.




23. Much of this work cannot be revealed for security reasons. This may lead some to think that because Malaysia has not suffered from a successful terrorist attack, we do not have national security challenges. That is not the case.




24. Our tireless, ever-vigilant security forces have intercepted many would-be IS recruits transiting through Kuala Lumpur. It is because of our efforts that they have not fallen into the darkness that blights Syria and Iraq.




25. But some have. We have identified 39 Malaysians who have travelled to join IS. And we have arrested over 100 of our citizens suspected of links to IS. These threats are real.




26. There are people who want to bring terror to our streets.




27. We will not stand for it, neither will they succeed. For Malaysia has been, and will always be, a land where many faiths and ethnicities freely prosper and thrive.




28. But we must strive harder to combat this threat together. Militaries and intelligence services need to share information, and countries need to collaborate more, daring to pre-emptively arrest as necessary.




29. We have instituted legislation to allow this. When evidence is irrefutable, we will unhesitatingly take action. If our citizens’ lives are threatened by bombing a mall or a station, we would be negligent of their trust not to intervene before it is too late.




Mr President,




30. 2015 gave us examples of inspiring new approaches. For example, the United States restoring diplomatic relations with Cuba. This was a historic achievement, an exemplary display of moderation in action. It took courage. It would not have happened had those wishing to cling to old political divisions held sway.




31. Forward-thinking leaders put their people’s interests first. Similar courage, Mr President, is needed to permanently address the injustice suffered by the Palestinians since 1948.




32. Decades of impunity and the systematic dehumanisation of Palestinians has culminated in increasing violence, increasing illegal settlements, and increasing violations of rights. The frustration and anger felt by Palestinians resonates with Muslims worldwide.




33. If the world continues to turn a blind eye to their sufferings, we risk another catastrophe in the Occupied Palestinian Territory. We will also fail to uphold the right to self-determination, which was at the very basis of the United Nations when it was created 70 years ago.




34. On that note, given the Rosh Hashanah violations of Al-Aqsa Mosque in Jerusalem and aggression against its worshippers three weeks ago, I call on the Israeli government to live up to Judaism’s highest ethical principles, and the essential message of the Torah as succinctly expressed by the first century BC sage Hillel. When asked to describe the Torah in a soundbite, he said, “That which is hateful to you, don’t do to your fellow human being.”




35. This dictum, known universally in all religions as the Golden Rule, could herald the dawn of a much needed revised relationship between Muslims and Jews.




36. Currently Israel has forced its authority over Islam’s Third Holiest Site – in defiance of the jurisdiction of King Abdullah of Jordan, the lawful Custodian. It is therefore Israel’s duty to facilitate Muslims from around the world to visit. For this is an aspiration that all devout Muslims harbour and pray to be able to realise in their lifetime.




Mr President,




37. Putting people first will not always be easy. But the problems of today require new and global solutions.




38. Malaysia will raise these issues as a member of the UN Security Council – and reforming the Security Council to better reflect 2015’s realities, not 1945’s, represents a good start towards building a new, adequately responsive global architecture.




39. We in Malaysia know how much that is needed. We were extremely disappointed that the proposed resolution to set up an international tribunal into the shooting down of flight MH17 did not go through because a veto was imposed. We will continue to seek justice through other legal options, because we owe it to the families of those who perished in this outrageous crime.




40. But whether it be reform of the UN, tackling extremism or dealing with migration, greater mutual effort is necessary. We must look into ourselves and our own traditions to create new mechanisms. We believe that moderation is key.




41. Moderation is not about being weak. On the contrary, it is courageous and shows strength. The strength to push for peace and put the people first.




42. It is a principle that runs through all civilisations and faiths. Islam embodies it in the concept of “wasatiyyah”, Confucianism as “chung yung” – both of which mean “middle path” or “the Golden Mean.” But this is a principle we must rediscover, and at the 26th ASEAN Summit in Malaysia this April, we reaffirmed our commitment to this approach when we adopted the Langkawi Declaration on the Global Movement of Moderates.




43. Malaysia stands ready to share its experience; of upholding Islam and marginalising extremism; of implementing the objectives of Shariah while practicing democracy; of maintaining a multi-ethnic society where different faiths coexist and prosper; and showing that Islam can not only succeed, but drive progress and successful economic development.




Mr President,




44. As we cooperate to solve the scourges of poverty, hatred, war and man-made and natural disasters that have given us the refugee crises we see today, we must draw from our spiritual traditions – and that generosity of spirit which goes beyond legal requirements.




45. Sura `Abasa, the 80th chapter of the Quran, opens with God criticizing the Prophet Muhammad – whom we Muslims regard as God’s Beloved – because he frowned and turned his face away when one of his followers, a poor blind man, interrupted to ask him a question while he was occupied preaching to a rich and powerful unbeliever.




46. If God promptly rebuked the Prophet Muhammad, how much more will we, the community of Muslim world leaders especially, stand to be rebuked by our Creator if we “frown and turn our faces away” from our fellow-Muslim poor and marginalized, now fleeing Syria in massive numbers – causing social and economic stresses in Europe? Don’t we stand partly responsible for any ensuing European hostility towards Islam, the faith we love, and towards our fellow Muslims?




47. This is why Malaysia has taken, over the years, many people fleeing war, starvation and persecution. We currently have hundreds of thousands of irregular migrants, and we took in more earlier this year when there was a dire humanitarian situation in the Andaman Sea.




48. I am pleased to announce today that, to help alleviate the current refugee crisis, Malaysia will do its share, and open our doors to a further 3,000 Syrian migrants over the next three years.




49. New international solutions are needed to deal with the migration crises. The millions fleeing are people – like us. They should concern us all. We must respect our common humanity.




50. For it is only when we transcend the silos of race and faith;




51. Only when we look at images of desperate migrants, the victims of extremists, and those whose lives are degraded by hunger and poverty – and see not strangers, but our brothers and sisters;




52. And it is only when we see that dreadful picture of three year old Alan Kurdi washed ashore – and recognise our own children in that tragic boy’s innocent face – that we will act as our better selves.




53. People around the world cry out for our help. We cannot – we must not – pass on by.




Thank you.



-------------------------------------------------------



Tuan Presiden,

1. Tahniah atas pelantikan tuan sebagai Presiden sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu. Pengalaman dan kebijaksanaan tuan amat bernilai untuk membimbing kami.

2. Tema sesi ini

'Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 70: Jalan Ke Arah Kemanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia'

tepat pada masanya. Ini kerana kami perlu segera mencari pendekatan baharu, mengatasi jurang politik dan mendahulukan rakyat, dalam era di mana cara lama terbukti tidak memadai untuk berdepan dengan cabaran masa kini.

3. Kita ialah negara-negara dunia. Tetapi konflik dan ancaman baharu yang membahayakan keamanan dan keselamatan kita tidak mengenal sempadan. Pelaku bukan negara, seperti kumpulan yang dikenali sebagai Islamic State, mengancam untuk memusnahkan kedaulatan negara-negara.

4. Mereka tidak membataskan tindakan kejam mereka dalam kawasan sempadan rasmi. Pakar menggunakan media sosial untuk merekrut pengikut di negara-negara yang jauh, mereka menggoda mereka dengan janji-janji palsu, memujuk ramai anak muda bahawa tindakan ganas mereka itu akan lebih mendekatkan mereka dengan Tuhan.

5. Ia amat menjelekkan, dan ia tidak lebih daripada satu penghinaan terhadap Islam - agama yang mementingkan keamanan, kesederhanaan dan keadilan. Tetapi kumpulan ekstremis ini tidak dapat dikalahkan semata-mata menerusi kaedah ketenteraan tradisional.



Tuan Presiden,

6. Lima tahun lepas saya berdiri di perhimpunan ini dan menggesa bagi Pergerakan Global

Kesederhanaan bagi semua agama, bagi semua negara

untuk meminggirkan ekstremis, menuntut semula pusat dan merumuskan agenda ke arah keamanan dan pragmatisme. Kami di Malaysia telah mengambil langkah susulan, baik dari segi tindakan praktikal dan dengan membina kapasiti intelektual.

7. Teras usaha ini adalah mengesahkan semula fitrah sebenar agama Islam, dan kita mesti mengakui yang kita tidak memenangi propaganda perang terhadap kumpulan yang dikenali Islamic State. Naratif mereka yang diputar-belit tidak ditangani secukupnya untuk mencegah banyak orang yang keliru daripada menyertai atau menyokong mereka dari jauh.

8. Jadi kini amat penting untuk kita menyebarkan kesedaran tentang ajaran Islam yang tulen. Paling utama apabila konflik berterusan dan rakyat putus harapan. Kerana keadaan itu akan membuatkan ekstremis bertapak. Dan mereka yang berjuang bagi ekstremisme

yang memutarbelitkan ajaran Islam tulen - merupakan satu daripada pendorong utama krisis penghijarhan dari Timur Tengah ketika ini.

9. Islam melarang pembunuhan orang awam dalam perang. Ia jelas melindungi minoriti dan menghormati penganut agama lain. Ia menggalakkan untuk mencari ilmu, dan memberi penekanan terhadap keadilan dan belas kasihan. Seperti sabda Nabi Muhammad: "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman; tidak sempurna iman kamu sehingga kamu menyayangi saudara kamu sebagaimana kamu menyayangi diri kamu sendiri."

10. Ini bermakna tidak sepatutnya ada persengketaan sesama Islam. Tidak antara puak Syiah dan Sunni, yang mungkin berbeza fahaman tetapi mencari hala tuju yang sama.

11. Islam mengutuk tindakan memusnahkan tapak-tapak bersejarah yang menjadi sebahagian warisan kebudayaan dunia. Pembohongan IS termasuk mendakwa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan tapak-tapak bersejarah, kerana Nabi Muhammad memusnahkan patung-patung yang diperkenalkan di Kaabah di Makkah.

12. Ini berdasarkan analogi palsu. Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk menyembah Tuhan Yang Esa, dan generasi-generasi kemudiannya menambah patung-patung itu. Nabi Muhammad diperintahkan untuk membersihkan Kaabah daripada patung-patung itu untuk kegunaan pengikutnya, untuk mengembalikan keadaannya kepada asal.

13. Tapak-tapak bersejarah yang telah dimusnahkan oleh IS tidak pernah digunakan untuk menyembah Tuhan Yang Esa dan kemudianya dicemarkan; supaya hujahan bagi memusnahkannya tidak akan dan tidak dapat diguna pakai. Lagipun. Tuhan berfirman kepada kita bahawa tapak-tapak berkenaan yang kita lawati, yang melambangkan tamadun lepas � sesetengahnya merupakan kuasa besar dunia pada zamannya, tetapi kini tidak lagi � adalah petunjuk-petunjuk sebagai peringatan kepada kita agar tidak bersikap sombong, tetapi melata di muka bumi ini dengan sikap rendah diri.

14. Kita perlu memerangi ideologi IS yang menyeleweng: menjelaskan kenapa jalan mereka tidak Islamik; kenapa tindakan mereka jahat, tidak keruan dari segi teologi dan bercanggah dengan Islam

yang memerintahkan kita untuk berilmu, berbelas kasihan dan rendah diri.



Tuan Presiden,

15. Kerajaan Malaysia telah membantu membangunkan badan biasiswa penting yang telah berbuat demikian. Satu kumpulan cendekiawan Sunni dan Syiah yang mewakili pelbagai sektor komuniti Islam global telah berhimpun di Kuala Lumpur. Misinya adalah untuk mendefinisikan Islamic State, berdasarkan kesinambungan agama Islam sejak 14 abad lepas.

16. Ia tiada persamaan dengan entiti di Syria dan Iraq yang telah menyalahgunakan nama itu. Para cendekiawan sebulat suara menekankan bahawa sebuah Negara Islam perlu memberikan keadilan dalam semua bentuk

politik, ekonomi dan dalam mahkamah

terhadap warganegaranya. Ia perlu berasaskan kepada objektif Syariah, atau Maqasid Syariah, iaitu untuk melindungi dan meningkatkan kehidupan, agama, intelek, harta benda, keluarga dan maruah.

17. Sebuah Negara Islam perlu mempertahankan orang berbeza di bawah pemerintahannya dan memulihara agama, bahasa dan tapak-tapak bersejarah mereka - kerana Tuhan perintahkan kita: "Sesungguhnya kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenali."

18. Tuhan boleh mencipta kita sebagai komuniti dengan satu agama, tetapi Tuhan tidak berbuat demikian

untuk menguji kita

dan perintahkan kita bersaing antara satu sama lain untuk bersikap baik dan terpuji. Sebuah Negara Islam sebenar dengan itu perlu membantu Niat Suci Tuhan untuk menguji manusia dan menggesa kita untuk bersaing dalam berbuat kebaikan, dalam mencari ilmu, berbelas kasihan, penyayang dan rendah diri

tetapi, yang penting tidak mendorong kita ke arah itu.

19. Inilah prinsip Islam yang sebenar. Kumpulan yang dikenali Islamic State tidak tahu ajaran Islam yang sebenar, sifat penyayang atau tanggungjawab asas untuk menjaga dan ambil tahu tentang sesama manusia. Mereka mengingkari perintah Tuhan. Mereka mencemarkan nama agama kita dengan mengakui diri mereka sebagai kalifah

yang tiada orang Islam sebenar akan membuat pengakuan itu.

20. Inilah mesej yang kita mesti sebarkan, kepada umat Islam dan bukan Islam. Dan saya menggesa ummah untuk bangkit sebagai satu suara, dan biar dunia bergema apabila kita berkata kepada IS:

21. Anda tidak mewakli kami.



Tuan Presiden,

22. Jangan biarkan sesiapa meragui betapa seriusnya Malaysia berhubung masalah militan: bagi mereka yang berhasrat menggunakan Kuala Lumpur sebagai pusat transit, dan mereka yang berhasrat untuk menanamkan benih keganasan dan kemusahan di tanah air.

23. Banyak daripada langkah itu tidak boleh didedahkan atas sebab keselamatan. Ini mungkin akan menyebabkan sesetengah pihak fikir bahawa oleh kerana Malaysia tidak menanggung akibat teruk daripada kejayaan serangan pengganas, kami tidak berdepan cabaran keselamatan negara. Ia tidak begitu.

24. Usaha tanpa mengenal penat lelah dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan kami telah berjaya menyekat banyak bakal pengikut IS daripada menggunakan Kuala Lumpur sebagai transit. Ini disebabkan usaha kami tidak sia-sia, tidak seperti kerosakan yang berlaku di Syria dan Iraq.

25. Tetapi ada juga yang terpengaruh. Kami telah mengenal pasti 39 rakyat Malaysia yang telah pergi untuk menyertai IS. Dan kami telah menahan lebih 100 warganegara kami yang disyaki ada kaitan dengan IS. Ancaman ini adalah benar.

26. Terdapat orang yang mahu membawa keganasan ke jalan raya-jalan raya kami.

27. Kami tidak akan benarkannya, dan mereka tidak akan berjaya. Bagi Malaysia selama ini dan akan begitu selamanya, negara yang rakyatnya menganut pelbagai agama dan pelbagai kaum bebas untuk makmur dan maju.

28. Tetapi kami perlu berusaha lebih keras bersama-sama untuk memerangi ancaman ini. Tentera dan khidmat risikan perlu berkongsi maklumat, dan negara-negara perlu meningkatkan kerjasama, mesti berani melakukan penangkapan lebih awal jika perlu.

29. Kami telah menggubal undang-undang untuk membolehkan ini. Apabila bukti tidak dapat disangkal, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Jika kehidupan warganegara kami diancam dengan pengeboman di pusat beli-belah atau stesen, kami bersikap cuai terhadap kepercayaan mereka sekiranya tidak mencegahnya sebelum terlambat.



Tuan Presiden,

30. 2015 memberikan kami contoh-contoh pendekatan baharu yang amat memberi inspirasi. Contohnya, Amerika Syarikat memulihkan hubungan diplomatik dengan Cuba. Ini merupakan pencapaian bersejarah, contoh cemerlang tindakan kesederhanaan. Ia memerlukan keberanian. Ia tidak mungkin terjadi sekiranya mereka masih mahu berpegang kepada cara politik lama.

31. Pemimpin berpandangan jauh akan mengutamakan kepentingan rakyat mereka. Keberanian serupa, Tuan Presiden, diperlukan untuk menyelesaikan ketidakadilan yang dideritai penduduk Palestin sejak 1948.

32. Berdekad-dekad bebas tanpa hukuman dan penyahmanusiaan secara sistematik terhadap penduduk Palestin telah mendorong kepada peningkatan kenganasan, memperluas penempatan haram dan peningkatan pencabulan hak asasi. Kekecewaan dan kemarahan dirasai rakyat Palestin turut dirasai umat Islam di seluruh dunia.

33. Jika dunia terus tidak ambil peduli tentang penderitaan mereka, kita berisiko berdepan satu lagi malapetaka di Kawasan Palestin Yang Diduduki. Kita juga gagal mendukung hak untuk menentukan nasib sendiri, yang menjadi asas Pertubuhan Bangsa Bersatu semasa ia diwujudkan 70 tahun lepas.

34. Oleh itu, susulan tindakan Rosh Hashanah mencerobohi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan serangan terhadap jemaah masjid itu tiga minggu lepas, saya menggesa kerajaan Israel agar mendukung prinsip tertinggi Judaisme, dan mesej penting dalam kitab Taurat seperti dinyatakan secara ringkas dan padat oleh pendeta Hillel pada abad pertama BC. Apabila diminta menjelaskan petikan Taurat itu, pendeta itu berkata: "Apa yang kamu benci, jangan lakukan pada orang lain."

35. Petikan ini, dikenali dalam semua agama sejagat sebagai Peraturan Emas, boleh digunakan untuk memulihkan hubungan antara orang Islam dan Yahudi.

36. Ketika ini Israel secara paksa menguasai Tempat Ketiga Paling Suci dalam Islam -- sebagai bantahan terhadap bidang kuasa Raja Abdullah dari Jordan, sebagai penjaga sah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Israel untuk memudahkan umat Islam dari seluruh dunia untuk melawatnya. Kerana adalah menjadi impian dan doa setiap umat Islam untuk mengunjunginya sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.



Tuan Presiden,

37. Mendahulukan rakyat tidak selalu mudah. Tetapi masalah pada hari ini memerlukan penyelesaian baharu dan peringkat global.

38. Malaysia akan membangkitan isu-isu ini sebagai anggota Majlis Keselamatan PBB

dan melakukan pembaharuan terhadap Majlis Keselamatan bagi mencerminkan realiti 2015 dengan lebih baik, bukan 1945-an, mewakili permulaan baik ke arah membina seni bina global yang baharu dan responsif.

39. Kami di Malaysia tahu berapa banyak yang diperlukan. Kami benar-benar kecewa apabila cadangan untuk penubuhan tribunal antarabangsa berhubung insiden pesawat Penerbangan MH17 ditembak jatuh tidak dapat dilaksanakan susulan kuasa veto digunakan. Kami akan terus berusaha untuk mendapatkan keadilan menerusi opsyen undang-undang yang lain, kerana kami bertanggungjawab terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam jenayah kejam ini.

40. Tetapi sama ada ia pembaharuan terhadap PBB, menangani ekstremisme atau berdepan dengan migrasi, usaha bersama lebih padu adalah perlu. Kita perlu melihat ke dalam diri sendiri dan tradisi kita untuk mewujudkan mekanisme-mekanisme baharu. Kami percaya kesederhanaan adalah kuncinya.

41. Kesederhanaan bukan bermaksud lemah. Sebaliknya ia satu keberanian dan menunjukkan kekuatan. Kekuatan untuk mendesak bagi keamanan dan mendahulukan rakyat.

42. Ia adalah prinsip yang terdapat dalam semua tamadun dan pegangan agama. Islam mendukung konsep 'wasatiyyah', dalam Confucianisme dikenali sebagai 'chung yung'

kedua-duanya bermaksud 'jalan tengah' atau 'Kaedah Emas'. Tetapi ini merupakan prinsip yang perlu kita ikuti, dan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 di Malaysia pada April lepas, kami mengulangi komitmen kami terhadap pendekatan ini yang kami terima pakai dalam Deklarasi Langkawi mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global.

43. Malaysia bersedia untuk berkongsi pengalamannya; mendukung Islam dan meminggirkan ekstremisme; melaksanakan objektif Syariah dan pada masa sama mengamalkan demokrasi; mengekalkan masyarakat pelbagai etnik dan penganut pelbagai agama hidup bersama dengan harmoni dan makmur; dan menunjukkan bahawa Islam bukan sahaja boleh berjaya, tetapi memacu kemajuan dan berjaya membangunkan ekonomi.



Tuan Presiden,

44. Ketika kami bekerjasama untuk menyelesaikan masalah kemiskinan, kebencian, perang dan perlakuan manusia dan bencana alam yang menyebabkan kami berdepan dengan krisis pelarian ketika ini, kami perlu mengambil semangat tradisi kami

bahawa semangat bermurah hati jauh mengatasi keperluan undang-undang.

45. Juz Abasa, surah ke-80 al-Quran, bermula dengan ayat Allah menegur Nabi Muhammad

yang kita orang Islam anggap baginda sebagai Kekasih Allah - kerana baginda bermasam muka dan memalingkan wajah baginda apabila seorang pengikut baginda, lelaki buta dan miskin, mencelah untuk bertanya kepada baginda satu soalan semasa baginda sedang sibuk berdakwah kepada golongan kaya dan berkuasa yang masih belum memeluk agama Islam.

46. Jika Allah boleh menegur Nabi Muhammad, apatah lagi kita, terutamanya pemimpin-pemimpin masyarakat Islam dunia, akan dicela oleh Pencipta kita jika kita "bermuka masam dan memalingkan wajah kita" daripada saudara sesama Islam yang miskin dan dipinggirkan, yang beramai-ramai sedang melarikan diri dari Syria - menyebabkan tekanan sosial dan ekonomi di Eropah? Tidakkah kita turut bertanggungjawab bagi sebarang permusuhan yang ditunjukkan oleh penduduk Eropah terhadap Islam, agama yang kita cintai, dan terhadap saudara sesama Islam?

47. Sebab itu kenapa Malaysia telah mengambil, sejak bertahun-tahun lamanya, banyak orang yang melarikan diri daripada perang, kebuluran dan penganiayaan. Kami ketika ini mempunyai ratusan ribu pendatang tanpa izin, dan kami mengambil lebih ramai awal tahun ini apabila berlaku krisis kemanusiaan di Laut Andaman.

48. Saya berbesar hati untuk mengumumkan hari ini bahawa, untuk membantu mengurangkan krisis pelarian ketika ini, Malaysia akan melakukan tanggungjawabnya, dan membuka pintu kami kepada lebih 3,000 lagi migran Syria untuk tiga tahun akan datang.

49. Penyelesaian baharu peringkat antarabangsa diperlukan untuk mengendalikan krisis migrasi. Berjuta-juta yang melarikan diri ini ialah manusia - sama seperti kita. Mereka patut mendapat perhatian kita semua. Kita perlu menghormati nilai kemanusiaan bersama kita.

50. Ini hanya berlaku apabila kita melangkaui batas bangsa dan anutan;

51. Hanya apabila kita melihat gambar-gambar migran yang terdesak ini, mangsa ekstremis, dan mereka yang hidup diselubungi kebuluran dan kemiskinan - dan melihat mereka bukan sebagai orang asing, tetapi sebagai saudara kita.

52. Dan apabila kita melihat gambar memilukan mayat Aylan Kurdi berumur tiga tahun yang dihanyutkan air laut dan terdampar di pantai

dan merasakan seolah-olah anak kita sendiri dalam wajah kanak-kanak lelaki tidak berdosa yang mati penuh tragik itu bahawa kita akan bertindak untuk berbuat lebih baik.

53. Orang di seluruh dunia merayu bantuan kita. Kita tidak bole tidak akan membiarkannya sahaja.

Terima kasih.