Monday, 24 October 2016

PEMBANGKANG ANGGAP 1.17 JUTA PENJAWAT AWAM TAK BERGUNA? #DAP



ADAKAH pihak pembangkang “panas hati” apabila Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus?

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51 peratus iaitu RM77.4 bilion adalah untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan serta perkhidmatan.
Apabila sebuah badan pemikir Kerajaan Pulau Pinang menggesa kerajaan supaya mengecilkan saiz sektor perkhidmatan awam, maka jelas bahawa mereka tiada cita-cita panjang untuk 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Dengan kata lain, bagi pembangkang, para penjawat awam adalah sebuah kumpulan masyarakat dan “jentera kerajaan” yang tidak berharga dari kacamata mereka. Jika tidak, mengapa perlu mereka mahu mengurangkan saiznya?

Alasannya, para penjawat awam yang mempunyai saiz begitu besar menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang negara kepada kumpulan ini.Menurut Penang Institute, seharusnya kerajaan perlu mengecilkan saiz penjawat awam bagi mengurangkan defisit belanjawan dan harus melepaskan bakat-bakat dan sumber manusia berkenaan kepada sektor swasta yang ada.

Unit ekonominya berpendapat, perbelanjaan untuk perkhidmatan awam yang terlalu besar ini menjadi penyebab pendapatan belanjawan berimbang negara tidak dapat dicapai.
Dalam masa pembangkang cuba untuk mengagalkan belanjawan negara dan agenda-agenda kerajaan yang lain, rupanya mereka turut mahu “membunuh” kerjaya penjawat awam dengan “menabur pasir ke dalam periuk nasi” kumpulan ini.

Adakah ini contoh kepimpinan yang membela rakyat dan mampu menjana pendapatan tinggi terhadap negara?Malangnya, ada juga segelintir para penjawat awam yang masih terpengaruh dengan propaganda pembangkang, termasuklah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.
Kata Penang Institute, negara hanya memerlukan 430 ribu penjawat awam sahaja bagi membantu menggerakkan setiap agenda kerajaan.

Adakah mereka tidak sedar, jumlah 430 ribu itu sebenarnya hanya dapat menampung jumlah guru sedia ada sahaja.Ini bermakna analoginya, pembangkang mahu hanya guru sahaja menjadi penjawat awam di negara ini, manakala selainnya haruslah berada di sektor swasta?
Sebagai penjawat awam, seharusnya kalian fikir dengan fakta dan akal kalian sendiri mengenai kehendak pembangkang ini.

Jangan hanya terpengaruh dengan propaganda politik mereka, sedangkan mereka sendiri yang mahu “membunuh” kalian secara berjemaah. Persoalan buat 1.6 juta penjawat awam di negara ini, kalian masih mahu sokong pihak yang mahu memecat kalian dan mahu merosakkan “periuk nasi” kalian? Fikirkan sendirilah.


Monday, 10 October 2016

Siapa Sebenarnya Yang Gangster? #Bersih5 #BajuMerah


Bukankah sudah disebut berulang kali kalau mahu ditukar kerajaan sedia ada, buatalah semasa pilihan raya umum akan datang nanti.

Tidak lama lagi, bersabarlah. Pejam celik semakin menghampiri Jun 2018 untuk madat kerajaan berakhir.

Tak sabar mengapa? Hanya semata-mata untuk menumbangkan kerajaan di luar prinsip dan suara demokarasi? Apabila demonstrasi haram itu kelak mendapat liputan meluas media antarabangsa maka 'meletuplah' publisiti murahan untuk penganjurnya, Maria Chin.

Sudah berapa kali Bersih digerakkan? Empat kali yang lepas, berhasilkah? Adakah tumbang kerajaan sedia ada ala 'Arab Spring'? Sudah jadi Perdana Menterikah 'individu yang dicanangkan oleh penganjur Bersih yang lepas?

Jika diperhatikan, budaya di negara ini lain. Rakyat Malaysia menolak tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan dan perarakan yang cenderung ke arah penderhakaan terhadap Yang diPertuan Agong, kerajaan demokrasi dan pihak berkuasa. Inilah diperjuangkan kumpulan Baju Merah diketuai Datuk Seri Jamal Md. Yunos merangkap Pengerusi Gabungan NGO Malaysia.

Anwar Ibrahim pernah melakukannya dengan reformasinya sebelum ini. Gegak gempitalah sementara Dataran Merdeka, Masjid Negara, stadium dan beberapa gedung beli belah berhampiran. Liputan media tempatan dan asing terhadap unsur-unsur anarki ini usah cakaplah. CNN, BBC dan agensi-agensi berita asing lain tumpang semangkuk.

Bukalah mata bagaimana rejim Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Ghaddafi di Libya ditumbangkan. Golongan muda bertempur nyawa dengan pihak berkuasa di jalanan berbulan-bulan. Negara dalam suasana kacau-bilau, nilai mata wang merudum, inflasi mencanak naik, jutaan manusia menganggur.

Thailand sehingga sekarang tidak berupaya membebaskan diri daripada 'dipenjarakan di negara sendiri' oleh pihak tentera. Semua gara-gara 'gerakan baju kuning' dan kemudiannya 'baju merah' yang terlalu ghairah mahu menumbangkan kerajaan melalui 'politik jalan raya'.

Orang muda jangan alpa. Idea sosialis telah melepasi proses ' rebranding' dan dipakejkan semula dalam bentuk baharu. Di Amerika Syarikat, muncul gerakan yang menamakan diri Occupy Wall Street (OWS) yang selepas itu menjalar ke Eropah, Arab Spring dan di negara ini sendiri adakah Bersih puaknya?

Siapa yang gengster? Penganjur Bersih 5.0 atau Baju Merah?

Analisis Zulkifli Jalil dari Utusan Melayu