Wednesday, 30 September 2015

Pasukan Pakar Komunikasi Radio Amatur MyVOC Sedia Bantu Masyarakat Ketika Bencana



Menyedari betapa pentingnya komunikasi ketika bencana alam, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil langkah proaktif melahirkan sukarelawan mahir dalam mengendalikan radio amatur atau ham operator. Pasukan ini diyakini mampu dan berupaya menghulurkan bantuan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau bencana alam

Kewujudan pasukan ini adalah sebahagian dari kepakaran Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC) yang di wujudkan oleh MBM dengan kerjasama KBS.

Ketua Penerangan MBM, Saudara Mohammad Rizan Hassan berkata, pasukan radio amatur ini merupakan perkhidmatan radiokomunikasi bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan laporan yang dijalankan oleh sukarelawan terlatih tanpa ada kepentingan kewangan.

Menurut Rizan Hassan, pengendali radio amatur pada dasarnya menjadikan alat komunikasi itu sebagai hobi bagi berhubung dengan rakan-rakan yang lain di seluruh negara, namun mereka turut memainkan peranan penting membantu pihak berkuasa ketika kecemasan dan bencana.

“Sebagai contoh, ketika banjir besar melanda Kelantan yang lalu, kumpulan radio amatur menghulurkan bantuan dari segi komunikasi berikutan sistem talian selular mengalami gangguan,” katanya lagi.

Tambah beliau, ”MBM kini memfokuskan latihan kepada sukarelawan yang berdasarkan bidang dan kepakaran masing-masing. Ini bermakna, MBM menerusi MYVOC akan mempunyai sukarelawan yang terlatih yang akan bergerak di bawah pengawasan miimum ketika kerja lapangan nanti”.

Pasukan ini juga mendapat perhatian dan pujian YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak ketika merasmikan SilverYouth Fest 2015 di Ipoh tempohari. Beliau yang melawat gerai pameran MYVOC turut memuji usaha KBS-MBM ini yang dilihat sentiasa terkehadapan dalam misi-misi bantuan kemanusiaan. Turut sama dalam lawatan itu ialah YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan Saudara Hasnul Fairuz, Presiden Majlis Belia Negeri Perak.

Penyertaan MYVOC di dalam SilverYouth Fest 2015 adalah dalam rangka Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015. Selain dari pameran radio amatur, MYVOC turut menampilkan pasukan perubatan yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung. Pemeriksaan kesihatan meliputi pemeriksaan tekanan darah, kandugan gula dalam darah dan khidmat nasihat kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.- belia.org

Sumber: KLIK SINI

Tuesday, 29 September 2015

Komuniti Sukarelawan Belia MyVOC Edar Topeng Muka Kepada Pelajar Sekolah







Putrajaya – Berikutan masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara ini, Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) meneruskan misi kesukarelaan ke Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1) bagi mengedar topeng muka kepada 1000 orang murid sekolah tersebut sebagai langkah pecegahan daripada penyakit bawaan jerebu.

Misi pada hari ini diketuai oleh Sdr Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung MBM bersama 10 orang sukarelawan MyVOC. Turut hadir adalah Sdr Norazli Daud, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara JBSN KBS.- belia.org.my

Sumber: KLIK SINI

Sukarelawan Belia Bersedia Bantu Hadapi Bencana






Putrajaya – Seramai hampir 300 orang sukarelawan pelbagai bidang telah berkumpul di Galeri Menara KBS sempena Majlis Pelancaran Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

MyVOC sebuah program kelolaan Sahabat MBM merupakan gerakan kesukarelaan berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh individu dan kumpulan tertentu bagi membantu mangsa-mangsa bencana ataupun golongan yang memerlukan bantuan.

Pelancaran MyVOC ini menunjukkan kesediaan MBM sebagai teraju utama dalam mengerakkan youth wave dan melahirkan demografi sukarelawan yang merangkumi pelbagai aspek kemahiran bagi menghadapi sebarang situasi.

Pada majlis tersebut, MBM turut memperkenalkan rakan-rakan strategik MyVOC yang terdiri daripada kumpulan kemahiran pertukangan, radio amatur dan SAR, perubatan, kenderaan bermotor, pendidikan, media, pengurusan bencana, kulinari dan sukarelawan orang kurang upaya.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh bersama Sdr Mua’amar Ghadafi Jamal, Presiden MBM turut melakukan simbolik pelepasan Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC #sehatisejiwa sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2015.-Belia.org.my

Baca selanjutnya: KLIK

Monday, 28 September 2015

#Hudud:Hadi Awang Disaman Peguam #Melayu #Islam Barua #DAP?


Hudud : Empat Aktivis Pro-BERSIH Saman Hadi Awang.

Dua peguam daripada Majlis Peguam Malaysia dan dua penyelidik masyarakat sivil telah menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua peguam itu adalah Mansoor Saat dan Azira Aziz, serta penyelidik Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis untuk mencabar rang undang-undang persendirian yang dikemukakan Hadi di Dewan Rakyat sebelum ini.


Mansoor Saat adalah salah seorang calon Majlis Peguam 2015/16 dan Azira Aziz adalah Ahli Majlis Peguam Perlis,

Manakala Hasbeemaputra Abu Bakar adalah sekretariat Civil and Political Rights Report 2010 dan Hazwany Jamaluddin adalah aktivis MCCHR (Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights).

Hadi pada Mac lalu mengemukakan notis bagi membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

Keempat-empat aktivis (Plaintif) itu diwakili oleh peguam Siti Kassim, seorang aktivis BERSIH 2.0 dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

P/S: Kesian Hadi Awang... Yelah dulu beliau juga menyokong2 mereka ni semua semasa di dalam Pakatan Rakyat, kini beliau sendiri kena saman pada orang yang pernah beliau bekerjasama dulu, kononnya untuk tumbangkan Umno. Tetapi akhirnya beliau sendiri yang tumbang kerana tersalah pilih sahabat.

Apa2 pun Semoga Allah swt menghukum ke empat2 orang Islam yang khianat agamanya sendiri ini.

Tiga Faktor #Ringgit Jatuh



TIGA faktor utama dikenal pasti sebagai punca yang menjejaskan ringgit pada masa ini oleh ahli-ahli panel ketika sesi perbincangan sempena pembentangan Laporan Terkini Ekonomi Malaysia 2015 pada Isnin lalu.

Tiga faktor itu ialah pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan jangkaan negara itu akan menaikkan kadar faedahnya, kelembapan ekonomi negara perdagangan utama Malaysia iaitu China dan kejatuhan harga minyak dunia memandangkan Malaysia merupakan pengeksport minyak bersih.

Walaupun terdapat beberapa dakwaan yang mengaitkan syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sebagai antara punca yang menjejaskan ringgit, namun pada sesi yang berasingan, tiga agensi penarafan dunia berpandangan sebaliknya.


Tiga agensi penarafan dunia yang berpangkalan di AS, Fitch Ratings, Moody’s dan Standard & Poor’s (S&P) ketika wakil masing-masing menjadi ahli panel menjelaskan isu 1MDB bukan menjadi pertimbangan utama pelabur-pelabur asing terhadap negara ini, sebaliknya lebih dipengaruhi isu persekitaran ekonomi dunia khususnya harga minyak.

Paling ketara apabila Ketua Kedaulatan Global Fitch Ratings, James McCormack berkata, isu yang menyelubungi 1MDB tidak terlalu menjejaskan sentimen pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia berbanding rakyat negara ini sendiri.

“Misalnya di AS, saya mengadakan perjumpaan dengan pelabur-pelabur di sana dan mereka tidak mengetahui syarikat 1MDB. Langkah untuk menurunkan penarafan Malaysia dalam penilaian kami tidak terlalu bergantung kepada isu 1MDB, tetapi lebih berkaitan impak perubahan ekonomi dunia terhadap Malaysia dan kemampuan kerajaan membayar hutang,” katanya.

McCormack berkata, walaupun aspek kestabilan politik (termasuk 1MDB) turut diambil kira ketika memberi penilaian terhadap Malaysia, namun negara ini mempunyai kejayaan tersendiri untuk memperbaiki kedudukan kewangan kerajaan dengan pelaksanaan program rasionalisasi subsidi dan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Jelas Penganalisis Kanan Moody’s, Christian De Guzman pula, kerajaan mengambil langkah yang berani untuk memperbaiki kedudukannya dengan menghapuskan subsidi dan melaksanakan GST di sebalik terdapat sentimen negatif rakyat.

“Malah sejak Pilihan Raya Umum pada 2013, kerajaan (Barisan Nasional) berjaya memperlihatkan banyak usaha untuk memperbaiki kedudukan fiskal negara, namun pada masa sama masih dapat mengawal inflasi,” katanya.

Kestabilan politik di Malaysia sedikit terganggu pada masa ini, tetapi katanya masih terlalu awal untuk meletakkan negara ini mempunyai ancaman politik yang besar. Bagaimanapun jelasnya, kestabilan politik tidak boleh diabaikan memandangkan jiran terdekat, Thailand mengalami kemerosotan ekonomi akibat situasi kacau-bilau politik.

Pengarah S&P, Phua Yee Farn berkata, Malaysia mempunyai daya tahan ekonomi yang baik dan berdasarkan penilaian agensinya pada awal tahun ini hanya mendapati pendedahan negara ini terhadap sektor minyak dan gas (O&G) hanya 20 peratus sahaja, sekali gus membolehkan negara ini bertahan kesan daripada kemerosotan harga minyak dunia.



Lawatan Petaling Street:DAP Batu Api Menghasut Duta China ke Malaysia?



Kedutaan China di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berhubung 'campurtangan' dan 'kata dua' Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang, yang membuat lawatan ke Petaling Street. Kenyataannya kemudiannya telah diputarbelit oleh puak DAP bagi menggambarkan yang China mahu melakukan campurtangan dan seterusnya mengancam Malaysia sekiranya ada usaha-usaha mengancam 'rakyat China' yang tinggal di Malaysia.


'Rakyat China' yang tinggal di Malaysia dengan Rakyat Malaysia berbangsa Cina adalah dua entiti yang berbeza sama sekali.

Bagaimanapun, Ronnie Liu dalam kenyataan pendeknya, secara tidak langsung cuba memberikan gambaran bahawa rakyat Malaysia berketurunan Cina adalah 'rakyat China yang tinggal di Malaysia. Sekaligus tertakluk di bawah tindakan yang bakal diambil oleh Negara China ke atas Malaysia.

Gambaran kononnya China akan campurtangan urusan dan halehwal Malaysia, sebenarnya mengundang lebih banyak persepsi dan tanggapan negatif kepada masyarakat Cina di Malaysia sendiri, terutama dalam keadaan masakini pasca BERSIH 4.0 dan Himpunan Baju Merah.

Apa sebenarnya yang dikehendaki oleh Ronnie Liu yang merupakan ketua Otai Reformasi yang kononnya menyediakan 2000 orang pejuang barisan hadapan untuk menghalang Himpunan Baju Merah daripada memasuki Petaling Street pada 16 September lalu?

Dengan sistem propaganda DAP yang cekap dan berkesan, terutama yang menggunakan Bahasa Cina, sudah pasti, kenyataan pendek dan metafora yang dikarang oleh Ronnie Liu akan diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza sama sekali.

Maka, akan timbullah selepas ini prejudis bahawa orang Cina di Malaysia masih lagi beranggapan mereka adalah RAKYAT CHINA yang menetap di Malaysia, walaupun ramai Cina Malaysia yang bermasalah di luar negara, terutama yang menjadi tebusan di Selatan Filipina, diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia, bukannya oleh pasukan keselamatan China. Begitu juga dengan orang Cina Malaysia yang telah mengoyak pasport serta kad pengenalan Malaysia mereka untuk memperolehi kerakyatan United Kingdom, Kerajaan Malaysia jugalah yang akhirnya membenarkan untuk mereka kembali hidup di negara ini sebagai pemastautin tetap dengan tempoh masa beberapa tahun sebelum membolehkan mereka kembali memohon kembali status kewarganegaraan.

Tidak pula DAP mahu menggesa Kerajaan Negara China mengambil mereka sebagai rakyat walaupun yang cuba menjadi juara dalam isu ini adalah si manusia berwajah Rottweiler, Ng Wei Aik.

Apakah Ronnie Liu mahu orang-orang Cina di negara ini percaya bahawa Negara China adalah tanah tumpah darah mereka, lantas menyambut baik campurtangan China ke atas Malaysia?

Atau sebenarnya Ronnie Liu tidak pernah menganggap mereka sebagai warganegara tetapi sekadar rakyat China yang tinggal di Malaysia?

Sumber

Saturday, 26 September 2015

SESI UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA HANYA BERMULA 1 OKT



Rombongan Perdana Menteri DS Najib dan menteri baharu sahaja tiba di New York hari Sabtu waktu Amerika (26 September 2015).

Namun begitu, jadual ketat rombongan Perdana Menteri menanti di New York.

Pada 11.30am, 26/10/2015 acara dimulakan dengan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia bersama Menteri Pengajian Tinggi, DS Idris Jusoh.

Manakala, pertemuan dan Majlis Dialog pelajar Malaysia dengan YAB Perdana Menteri akan diadakan pada 28-10-2015 pukul 4petang waktu tempatan di sini.

Artikel ini  http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.my/2014/09/najib-berucap-hanya-depan-rosmah.html ternyata berniat jahat untuk menjatuhkan imej negara kita dan kepimpinan negara. 

Gambar dalam artikel tersebut diambil semasa tahun 2014 tetapi terdapat gambar yang dipost adalah gambar semasa pemimpin negara lain sedang berucap.

Perkara seperti ini amat mengecewakan kerana apabila melibatkan negara dan masa depan rakyat kita, berita-berita palsu seperti ini akan memberi mesej yang negatif kepada masyarakat dalam dan luar negara.

Wednesday, 16 September 2015

Kumpulan Otai Reformis & Anti Penyatuan Melayu Sabotaj Himpunan Rakyat Bersatu?


Disebabkan kehadiran yang sungguh memberangsangkan dari rakyat Malaysia yang Melayu dan juga yang cintakan keamanan, media dari pembangkang terpaksa berhempas pulas untuk mencipta 'kontroversi' bagi menampakkan keburukan perhimpunan yang menjana kehadiran lebih dari 50,000 orang. Semua peserta yang menghadiri perhimpunan aman ini telah diberi taklimat untuk ke Padang Merbok dari semua checkpoint dan juga untuk bersurai pada jam 6.00 petang.



Maka tindakan sabotaj ini tentulah akan dispin dan diguna pakai sebaiknya oleh pihak media pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan juga Malay Mail Online. Berita tentang kehadiran berpuluh ribu orang disenyapkan oleh media mereka. Yang disensasikan hanyalah berita sabotaj geng yang diketahui ditaja oleh pembangkang untuk memburukkan perhimpunan ini.

Alhamdulilah, kebenaran sentiasa di pihak mereka yang berkata benar apabila screenshot Whatsapp memaparkan kehadiran geng PKR bersama-sama peserta perhimpunan ini. Kami pasti lebih banyak kemungkaran akan terbongkar dari pendedahan ini. Sama-sama kita tunggu.

Pesanan Khas Buat Mereka Yang Bakal Hadir Untuk Perhimpunan Rakyat Bersatu



Assalammualaikum kepada semua saudara ku dan salam sejahtera kepada sahabat yang bukan Islam. Saya pohon supaya perhimpunan yang akan diadakan pada 16 September 2015 dijadikan platform untuk membuktikan bahawa Melayu masih bersuara dan bersatu tanpa mengira siapa sokong siapa atau parti mana.

Kita orang Melayu mempunyai adap dan kesabaran yang cukup tinggi maka mari gunakan kesabaran, sikap toleransi dan perpaduan Melayu untuk berhimpun secara aman dan tanpa provokasi.


Ada pihak dari dalam atau luar perhimpunan ini akan cuba memprovokasi keadaan. Saya pohon untuk semua berjaga-jaga dan pantau mereka yang cuba memprovokasi perhimpunan ini dengan menimbulkan kekecohan dan keadaan huru hara.

Jika kita nampak atau tahu siapa mereka yang cuba mencetuskan keadaan huru hara, SILA laporkan kepada pihak berkuasa atau tahan mereka untu diserahkan kepada pihak berkuasa.

Jangan lah kita membuat perkara yang boleh menjejaskan perhimpunan awam aman ini kerana ini sahaja masa kita boleh membuktikan bahawa Melayu bukan bersikap ganas, penindas kaum, samseng dan sebagainya seperti yang diheboh-hebohkan oleh pihak subversif dan anti Melayu.

Selamat Memerahkan Kuala Lumpur Semua..!!!


Monday, 14 September 2015

Langkah-Langkah Pro-Aktif Ekonomi. DS @NajibRazak #Ekonomi


Ucapan oleh DS Najib Razak berkenaan langkah-langkah untuk mengukuhkan ekonomi Negara 

1. Tiga minggu yang lalu, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi, yang dipengerusikan oleh Dato Seri Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi) bagi menangani cabaran ekonomi semasa. Semenjak itu, beberapa perbincangan telah diadakan bersama pihak-pihak yang berkepentingan untuk mendapat maklum balas mengenai kedudukan ekonomi dan kewangan negara. Diagnostik yang tepat dan komprehensif adalah penting untuk membolehkan Kerajaan merumuskan langkah-langkah pro-aktif yang perlu diambil untuk menstabilkan pasaran kewangan dan mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap real economy (ekonomi benar) negara.

2. Sebagai sebuah ekonomi yang terbuka, Malaysia tidak boleh elak daripada ketidaktentuan ekonomi global. Kita telah menyaksikan ketidakstabilan dalam pasaran kewangan dunia yang memberi kesan kepada nilai mata wang ringgit. Berbanding dengan setahun yang lalu, nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat telah susut sebanyak 26.3%. Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang mengalami kejatuhan nilai mata wangnya. Negara lain yang kaya dengan sumber asli turut berhadapan dengan situasi yang serupa. Antara sebab mengapa kita mengalami kejatuhan yang lebih serius termasuklah:

Pengukuhan nilai mata wang dolar Amerika berikutan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat serta jangkaan peningkatan kadar faedahnya yang menarik keluar aliran pelaburan yang sebelum ini telah masuk ke dalam pasaran negara-negara membangun atau emerging markets.

Kejatuhan harga komoditi minyak dan gas serta lain-lain komoditi seperti minyak sawit dan getah. Pada masa ini, kita merupakan pengeksport bersih minyak dan gas. Oleh itu, apabila harga minyak Brent jatuh sebanyak 52% daripada USD100 setong pada 2014 kepada USD48 setong pada 10 September 2015, nilai tukaran ringgit turut terjejas.

Penyederhanaan ekonomi Republik Rakyat China yang merupakan rakan dagangan utama negara kita serta penurunan nilai mata wang renminbi turut memberi kesan yang ketara kepada ringgit.

Selain daripada tiga faktor ini, sentimen mengenai perkembangan semasa dalam negeri turut memberi kesan kepada penyusutan ringgit. Sentimen ini juga telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk dipolitikkan.

3. Pada masa yang sama, terdapat pelbagai cabaran lain yang kita hadapi antaranya jangkaan penurunan hasil Kerajaan disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia; akaun semasa imbangan pembayaran yang semakin mengecil; dan kenaikan kos sara hidup, terutamanya bagi golongan isi rumah berpendapatan 40% terbawah.

4. Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan global dan cabaran dalam negeri, kedudukan ekonomi Malaysia kini adalah lebih baik dan jauh berbeza daripada ketika negara mengalami krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998.

Struktur ekonomi negara telah dipelbagaikan, di mana sektor-sektor berasaskan komoditi iaitu pertanian dan perlombongan termasuk minyak dan gas kini menyumbang hanya 18.2% kepada KDNK berbanding 26.9% pada tahun 1998.

Ekonomi negara terus berkembang dengan pertumbuhan sebanyak 5.3% bagi separuh tahun pertama 2015 dan dijangka akan mencapai sasaran pertumbuhan yang masih kukuh antara 4.5% hingga 5.5% bagi keseluruhan tahun ini. Ekonomi negara dijangka akan terus berkembang pada tahun 2016 berbanding dengan penguncupan atau negatif 7.4% pada tahun 1998.

Walaupun kadar inflasi telah meningkat sedikit berikutan dengan pelaksanaan GST, ia masih terkawal pada kadar 3.3% setahun pada Julai 2015 berbanding 5.3% semasa 1998.

Kadar pengangguran pula stabil pada kadar 3.1% pada bulan Jun, iaitu masih pada tahap guna tenaga penuh.

Rizab antarabangsa kini berjumlah RM357.7 bilion (USD94.7 bilion) dan mencukupi untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan bersamaan sekali saiz hutang luar negeri jangka pendek. Ini berbanding rizab antarabangsa kita yang hanya berada pada paras RM59.1 bilion (USD21.7 bilion) pada Disember 1997 dan mencukupi untuk membiayai hanya 3.2 bulan import tertangguh.

Kejatuhan nilai mata wang ringgit dijangka tidak memberi kesan yang besar kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan memandangkan 97% daripada jumlah hutang berkenaan adalah dalam denominasi ringgit dan sebahagian besarnya dibiayai daripada sumber tempatan.

5. Sistem kewangan dan perbankan kita dibawah seliaan Bank Negara Malaysia, kini lebih kukuh dengan tadbir urus dan amalan pengurusan risiko yang mantap.

Bank-bank kita mempunyai nisbah jumlah modal sebanyak 15.4% yang jauh melebihi paras kawalan seliaan minimum sebanyak 8%.

Nisbah hutang belum berbayar (NPL) kini adalah rendah sebanyak 1.2% berbanding 4.7% pada tahun 1997 yang kemudiannya merosot ke paras 13.6% pada akhir 1998.

Struktur pasaran modal kita lebih pelbagai (diversified) dan berimbang, dengan terdapatnya lebih ramai pelabur institusi tempatan dalam kedua-dua pasaran ekuiti dan bon. Pengukuhan pasaran modal negara dicerminkan oleh penurunan dalam nisbah permodalan pasaran daripada 350% kepada KDNK semasa 1998 kepada sekitar 130% pada September 2015.

Nisbah keberhutangan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia pula telah berkurangan kepada hanya 0.56 berbanding dengan nisbah sebanyak 0.83 semasa krisis.

Pasaran modal negara juga kini lebih kukuh berikutan pelbagai langkah yang telah diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia untuk memantapkan tadbir urus korporat, pengurusan pasaran dan rangka kerja kawal selia yang ketat yang dapat mengelakkan aktiviti manipulasi. Ini termasuk peraturan berkaitan aktiviti Regulated Short Selling yang tidak membenarkan aktiviti short selling tanpa sekuriti serta lain-lain peraturan sedia ada.

Memandangkan kedua-dua sistem perbankan dan pasaran modal negara kini lebih berdaya tahan dan mampu untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa Kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan kawalan modal.

6. Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda penyederhanaan dalam pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2015 dan 2016. Oleh itu, bagi melindungi real economy (ekonomi benar) daripada kesan risiko ini dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi seperti yang disasarkan, Kerajaan telah membuat keputusan untuk memperkenalkan langkah-langkah pro-aktif sebagai inisiatif awal jangka pendek dan jangka sederhana. Langkah-langkah lain sedang dirumuskan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.

Menstabilkan Pasaran Kewangan

7. Sejak negara pulih dari krisis kewangan Asia 1997/1998, banyak syarikat swasta dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) telah berjaya mengembangkan perniagaan dan mempertingkatkan pelaburan mereka ke luar negara, di mana jumlahnya kini adalah lebih besar daripada pelaburan langsung asing di dalam negara. Setakat Jun 2015, Malaysia merupakan pengeksport bersih modal, di mana pelaburan langsung di luar negara adalah berjumlah RM522 bilion berbanding dengan pelaburan langsung asing berjumlah RM477 bilion. Kebanyakan daripada syarikat tersebut telah memperoleh keuntungan daripada pelaburan yang dibuat dan inilah masa untuk mereka membawanya pulang ke dalam negara.

8. Bagi memastikan kestabilan pasaran kewangan, GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) adalah digalakkan untuk menzahirkan keuntungan daripada pelaburan mereka di luar negara untuk dilaburkan di dalam negeri dalam projek yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi. Syarikat swasta Malaysia juga digesa untuk mengambil langkah yang serupa.

9. Pada tahun 2002, ValueCap telah ditubuhkan sebagai entiti untuk menyokong saham yang di bawah nilai pasaran dan didapati berkesan dalam menstabilkan pasaran ekuiti. ValueCap juga telah memberikan pulangan yang tinggi kepada pemegang sahamnya, seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Khazanah Nasional Berhad. Dengan itu, Kerajaan akan mengaktifkan semula ValueCap dengan dana sebanyak RM20 bilion. Menyokong Aktiviti Perniagaan

10. Tidak semua sektor terjejas dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit ini. Terdapat juga sektor-sektor yang menerima manfaat daripadanya. Sebagai contoh, penyusutan dalam nilai mata wang ringgit telah mengimbangi kesan dalam kejatuhan harga minyak sawit. Sektor pelancongan juga sedang meraih faedah. Namun begitu, Kerajaan sedar penurunan mata wang ringgit akan meningkatkan kos input yang diimport dan keperluan modal kerja.

11. Untuk membantu perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana(PKS), langkah-langkah berikut akan diambil:

Skim Jaminan Modal Kerja akan dipertingkatkan untuk membantu PKS. Selain daripada RM5 bilion jaminan yang telah disediakan bagi sektor perkhidmatan, jaminan tambahan sebanyak RM2 bilion akan disediakan bagi sektor-sektor lain.

Pengecualian duti import akan diberi ke atas 90 baris tarif yang terdiri daripada alat ganti, bahan guna habis dan peralatan penyelidikan yang tidak dikeluarkan dalam negara dan adalah khusus untuk sektor perkilangan, sehingga ekonomi global pulih. Ini merupakan tambahan kepada 319 baris tarif yang telah pun diberikan pengecualian duti import. Adalah dianggarkan lebih 900 buah syarikat pengilang akan menikmati penjimatan kos operasi tahunan di antara RM100,000 hingga RM500,000 lanjutan daripada kemudahan ini.

PKS boleh memohon untuk menstruktur dan menjadualkan semula pinjaman perniagaan daripada institusi pembiaya atau melalui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) di Bank Negara Malaysia, sekiranya perlu.

Untuk merancakkan pelaburan domestik dan asing di Malaysia, Dana Pelaburan Strategik Domestik (DISF) akan diteruskan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas. Dana ini bertujuan untuk mempercepatkan peralihan syarikat-syarikat domestik kepada industri yang bernilai ditambah tinggi, berteknologi tinggi, berintensifkan pengetahuan dan berasaskan inovasi.

12. Bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan, termasuk pelancongan kesihatan, Kerajaan akan:

Menambah peruntukan sebanyak RM80 juta bagi memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih, seperti negara ASEAN, China dan India.

Memberi pengecualian visa kepada pelancong dari negara China yang masuk secara berkumpulan bermula 1 Oktober 2015 sehingga 31 Mac 2016. Selanjutnya, pemberian visa akan dipermudahkan lagi kepada pelancong daripada negara pengunjung utama, dengan pengenalan sistem e-visa.

Membangun produk ikonik, di antaranya

- Memberi nafas baru kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana serta menambah baik ketersambungan dengan KL Sentral dengan kos projek sebanyak RM1.1 bilion. Ini adalah untuk memenuhi potensi produk pelancongan berasaskan kebudayaan dan warisan yang akan dilaksanakan melalui kaedah Perkongsian Awam-Swasta bermula tahun 2016 dengan dana pemudah cara sebanyak RM220 juta.

- Kedua, pembangunan bersepadu Desaru Coast Destination Resort yang merangkumi hotel, taman tema air, pusat persidangan serta pembangunan rumah percutian dan perkampungan membeli-belah dengan kos projek sebanyak RM4.5 bilion untuk fasa 1.

Pembangunan industri pelancongan kesihatan Malaysia yang telah banyak mendapat pengiktirafan antarabangsa akan diperhebatkan. Langkah-langkah yang terperinci akan diumumkan dalam Bajet 2016 kelak.

Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

13. Bagi membantu isi rumah menangani kenaikan kos sara hidup, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, langkah-langkah berikut akan diambil:

Menambahkan bilangan kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain
1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia. Pada masa ini, terdapat sejumlah 169 buah Kedai Rakyat 1Malaysia. Bilangannya akan ditambah sebanyak 25 buah lagi pada 2015 dan 12 buah pada 2016 di seluruh negara.

Setakat ini Kerajaan telah menyediakan 326 buah Klinik 1Malaysia. Kerajaan sedang menyediakan 16 buah lagi Klinik 1Malaysia pada 2015 dan 33 buah pada 2016.

Peminjam individu boleh memohon melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menstruktur dan menjadualkan semula pinjaman daripada institusi pembiaya masing-masing, sekiranya perlu.

Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Dalam pada itu, Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama Kementerian Kewangan menawarkan Skim Perumahan Belia untuk 20,000 pasangan belia berumur 25 hingga 40 tahun yang sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama mereka. Dalam skim ini, insentif sebanyak RM200 sebulan selama 2 tahun akan diberi kepada mereka bagi menampung ansuran bulanan pinjaman. Skim ini ditawarkan kepada pasangan berpendapatan bulanan yang kurang daripada RM10,000 dan bagi hartanah yang bernilai antara RM100,000 hingga RM500,000.

14. Walaupun kadar pengangguran masih berada pada tahap terkawal, masih terdapat isu pengangguran terutama di kalangan graduan. Oleh itu, langkah-langkah berikut akan diambil:

Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS) akan ditingkatkan untuk meliputi lebih 10,000 graduan pada 2015 dan 15,000 graduan pada 2016 dengan bantuan GLC dan sektor swasta sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat mereka dengan kos berjumlah sekitar RM500 juta. Graduan ini bukan sahaja akan diberi latihan praktikal di tempat kerja, malah mereka juga akan diberi latihan dalam aspek seperti komunikasi, bahasa serta teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT).

Penggunaan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang pada masa ini berjumlah RM1.38 bilion akan diperluas dan dipertingkatkan lagi untuk melaksanakan program latihan semula dan peningkatan kemahiran pekerja yang diberhentikan oleh majikan yang berdaftar.

Meningkatkan Integriti Institusi

15. Kerajaan komited untuk meningkatkan integriti institusi bagi mengekalkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ekonomi negara. Isu 1MDB akan terus ditangani dengan pendekatan yang telus dan mesra pasaran. Sebagai contoh, pelupusan kepentingan 1MDB dalam syarikat Edra Global Energy dilaksanakan melalui proses bidaan terbuka dan kini berada dalam peringkat terakhir, di mana semua tawaran yang diterima termasuk dari luar negara, mencerminkan nilai pasaran. Pendekatan yang sama juga diguna pakai dalam pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB. Kerajaan akan terus komited dalam membantu menyelesaikan penyiasatan berhubung dengan pelaburan 1MDB secara telus.

16. Selain daripada langkah-langkah yang dinyatakan seperti di atas, Kerajaan juga sedang menimbang langkah-langkah jangka sederhana, termasuk menangani peningkatan bilangan pekerja asing yang kurang mahir yang turut menyumbang kepada aliran keluar tunai sebanyak RM28 bilion pada 2014 serta melembapkan pertumbuhan kadar upah tempatan. Kerajaan juga akan memperkenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan golongan isi rumah berpendapatan 40% terbawah.

17. Kerajaan akan sentiasa memantau perkembangan ekonomi dan meminimumkan kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global ke atas ekonomi negara. Walaupun dengan adanya pelaksanaan langkah-langkah pro-aktif ini, Kerajaan masih terus komited melaksanakan konsolidasi fiskal untuk mencapai sasaran defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.2% kepada KDNK pada tahun ini, berbanding 3.4% pada tahun 2014. Komitmen Kerajaan untuk meneruskan konsolidasi fiskal ini, akan tetap dilaksanakan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

18. Selain itu, Bajet 2016 yang sedang digubal oleh Kerajaan, akan mengandungi langkah-langkah tambahan bagi memperkukuhkan daya-saing ekonomi negara bagi menghadapi cabaran global dan domestik yang dihadapi. Bajet 2016 akan turut memastikan kesejahteraan hidup rakyat diutamakan, terutamanya penyediaan rumah mampu milik dan kos sara hidup yang berpatutan.

19. Projek-projek pembangunan akan disusun semula dengan keutamaan diberikan kepada projek yang mempunyai nilai pengganda dan kandungan tempatan yang tinggi serta berupaya menjana peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Perbelanjaan optima akan dilaksanakan tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

20. Saya pasti kita akan dapat mengharungi cabaran semasa sekiranya kita bersatu hati, berpadu tenaga dan terus yakin dengan kemampuan kita. Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.





Tuesday, 8 September 2015

Sudah Bersediakah Melayu Islam Menghadapinya?



Media antarabangsa kawalan Amerika seperti Newsweek, International Herald Tribune, Asia Wall Street Journal, Financial Times, Time, Far Eastern Economic Review, Asiaweek , Sarawak Report, Malaysiakini, Malaysiainsider berbagai lagi lidah dusta Yahudi telah menjadi saluran hayat penting kepada penyebaran dakyah pembohongan dan maklumat palsu.

Berita sensasi sentiasa sahaja dicipta oleh agen berbayar untuk timbulkan keresahan dan ketidak puasan hati rakyat kepada pemerintah. Berita propaganda dan subversif menular bagaikan gelombang-tsunami wabak yang tidak lagi dapat disekat.

Fitnah bertebaran laju memasuki setiap rumah di seluruh dunia sehingga hancurnya negara negara Arab akibat fitnah yang dilakukan oleh yahudi melalui proksinya. Sama sahaja keadaannya apa yang berlaku di Indonesia dan Malaysia.

Begitu juga fitnah yang dilakukan oleh pembangkang di Malaysia sekarang kini sedang menyelinap masuk kedalam minda tidak kira apa status sekali pun sehingga tiada kebaikan langsung dilihat pada mata mereka.

Kebaikan sudah beralih menjadi keburukan begitu juga sebaliknya. Penjenayah, pemfitnah diangkat sebagai “hero” dan setiap kata katanya dianggap kebenaran dan pejuang pula dianggap sebagai “pengkhianat”. Begitulah, betapa hebatnya media kepunyaan yahudi ini. Masihkah mahu menyangkalnya bahawa Melayu PKR , Melayu DAP juga telah bersama pemfitnah?

Natijah yang sangat besar bila mempercayai fitnah pembangkang akan mengakibatkan satu bentuk desakan dilancarkan atas nama fitnah.Pada kebiasaannya gelombang fitnah sebegini amat berkesan dan menyebabkan rakyat yang terhasut dengan fitnah itu akan bangun memberontak dengan berbekalkan dendam kesumat.

Pada kebiasaannya perhimpunan atau demontrasi tersebut dikenali sebagai “reformasi” seterusnya dijadikan sebagai “kebangkitan rakyat” “hak bersuara” “menentang kezaliman dan penindasan” seterusnya akan menjadi “revolusi” dan akhirnya menumbangkan kerajaan.

Begitulah fasa demi fasa perjalanan fitnah yang disebarkan sehingga tumbangnya sebuah kerajaan. Fasa fasa ini juga yang telah berlaku diserata negara Telok dan permusuhan diantara saudara seagama sehingga mencetuskan pertumpahan darah.

Ramai Melayu yang sanggup mengorbankan diri untuk menghidupkan kebenaran fitnah dan menentang kerajaan sendiri. Keamanan yang dinikmati sebelum ini, sejak puluhan tahun telah hancur musnah dalam sekelip mata,. Contoh terbaik apa yang sedang berlaku di Negara Telok.

Yahudi dalam agendanya menumpaskan dan memecahkan kelompok Islam tersenyum lebar dan menunggu masa dan ketika untuk masuk dan memnopoli khazanah yang ada atas nama “pendamai”- Ketika ini apa yang dikatakan oleh DS Najib bahawa Melayu akan menjadi bangsat akan berlaku.

Sehingga kini masih ramai yang keliru dan hilang pedoman, adakah benar tindakan yang mereka ambil itu? Benarkah pemerintah mereka kejam sebagaimana yang didakwa? Siapa musuh mereka sebenarnya? Jika mahukan revolusi kenapa semua negara yang tidak disukai Yahudi sahaja yang ber”revolusi”?

Cukup menghairankan bagi setiap manusia yang waras. Negara-negara Teluk, Jordan, Maghribi dan Arab Saudi juga negara Islam. Mengapa tiada “revolusi”? Tidakkah rakyatnya juga terbakar semangat untuk ikut sama ber”revolusi” atau lakukan “kebangkitan” sebagaimana di negara Arab lain? Adakah “revolusi” ini hanya layak berlaku di negara-negara yang tidak mesra USA?

Malaysia hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja, bayangan “revolusi” telah lama diperkatakan oleh Anwar Ibrahim yang telah dikeluarkan oleh Guardian Post satu ketika dulu. Perjuangan untuk mendapatkan “revolusi” ini telah diteruskan oleh DAP dan PKR agar rakyat bangun memberontak bersama fitnah yang dilancarkan oleh Rafizi sebagai tukang cipta isu.

Menjahanamkan semua negara Islam untuk menerima pemimpin berhaluan Islam Liberal yang pro Yahudi merupakan agenda tersirat disebalik “hak asasi acuan barat” yang mana dikatakan merupakan satu daripada ketelusan demokrasi aliran barat. Ini adalah fakta jika kita baca demokrasi hanya wujud pada negara yang berpaksikan yahudi.

Untuk sementara waktu, Malaysia kini telah berada didalam senarai “revolusi” acuan US. Revolusi acuan US ini akan wujud apabila PRU akan datang tidak meyembelahi proksi mereka, USA dan Zionis sekarang telah Berjaya mengwujudkan “kedamaian” yang dicanangkan di negara Islam di Asia Barat.

Mungkinkah mereka akan datang ke sini selepas PRU13 atau PRU14 (2017) atau PRU15 (2025) nanti? Mereka akan masuk campur dalam isu isu dalaman Malaysia dengan syarat berlakunya demonstrasi besar-besaran seperti di negara Arab diikuti huru hara.

Tokoh penggerak ke arah itu sudah lama bersedia, kini sedang berusaha bersungguh-sungguh membangunkan pelbagai isu untuk memulakannya apa yang dinamakan “kebangkitan rakyat” sebagai medium untuk menghalalkan”revolusi” ciptaan US untuk menjajah negara yang tidak menyokong dasarnya

Fokus pastilah membangkitkan rasa marah dan benci sebahagian rakyat terhadap kerajaan yang dilabel sebagai lemah, korup dan zalim. BERSIH 4 telah pun dilancarkan oleh proksi Yahudi dengan slogan slogan kezaliman, lemah, korup sebagai slogan induk bagi menghasut rakyat dan terus menerus menyebarkan fitnah agar ianya kelihatan satu kebenaran.

Masihkah kita ingat kenyataan dari pemimpin seluruh dunia untuk “menjamin keselamatan negara Israel” adalah amat penting bagi Yahudi. Malangnya masyarakat Malaysia dibawah kepimpinan UMNO masih lagi berdegil. Namun “menjamin keselamatan Israel” telah dinyatakan oleh pemimpin tertinggi PKR iaitu Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian,ketiadaan kenyataan dari kepimpinan UMNO yang memerintah Malaysia maka satu perancangan yahudi ialah pemimpin Malaysia mesti segera diganti dengan mereka yang seiring dengan hasrat Israel tersebut. Maka lahirlah istilah “Regime Change” untuk Malaysia.

Strategi “Arab Spring palsu” diwujudkan bagi menjatuhkan negara negara Arab. Kesan daripada itu maka berlakulah fitnah dan pembohongan disertai dengan kekuatan media sokongan yahudi menyiarkan pembohongan secara meluas. Bukankah ini sedang berlaku di Malaysia sekarang.

Kini segalanya bergantung sejauh mana cepatnya rakyat negara ini sedar agenda tersembunyi ini dan tidak terpedaya dengan muslihat mereka. Allah telah menunjukkan bagaimana penindasan dan kezaliman DAP terhadap Melayu Islam di Pulau Pinang sebagai ingatan kepada kita semua.

Bagi mengelak serangan USA nanti sebagaimana berlakunya di Negara Teluk,, sanggupkah kita melepaskan teraju negara untuk ditadbir oleh rakan setia Israel? Sudah tentu anda pasti siapakah tokoh pemimpin proksi Israel dan US dalam negara kita. Sudah pastinya Anwar Ibrahim.

Ia merupakan satu pilihan bagi kita. Kita akan dikatakan “bijak” jika menerima “option” ini kerana terselamat dari serangan jet USA atau Singapura atau Israel. Negara mungkin huru hara sedikit seperti Indonesia sekarang.

Indonesia telah lama mengambil option ini bila bekas pemimpinnya memilih untuk menyembah USA dan Yahudi (rujuk dasar Presiden Gusdur). Pilihan yang kita ada ialah DSAI yang amat bersetuju dengan dasar pencerobohan USA dan menyokong kewujudan Israel. (lihat The Annapolis Summit bertarikh 27 November 2007- Dimana sokongan Anwar Ibrahim meyokong Israel sebagai negara yang sah melalui keanggotaannya di CFR dan ICG)

Apa pun semua ini bergantung kepada keputusan rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang menjadi tonggak di negara ini. Umat Islam akan menentukan sama ada akan terus menganut Islam

Segalanya terletak di tangan anda semua. Tugas saya ialah mengkaji, menulis dan meyebarkan apa yang saya percayai berdasarkan kejadian dan agenda tersembunyi kaum Yahuda dan Nasara terhadap negara yang mempynyai penduduk beragama Islam.

Thursday, 3 September 2015

Jose Ugaz: The Peruvian Who's Eating His Own Words


"Global watchdog group Transparency International’s annual corruption index showed that Peru falls within a category that includes countries with a “serious corruption problem.” (Peru Times, 2015).

The statement above was quoted from the International Observer, denoting the chronicity of corruption in Peru. There has never been a year where the country escapes being placed poorly (approx 38 - 34) in the corruption index and we are talking about a span of almost 20 years! But now, some fellow Peruvian by the name of Jose Ugaz is trying to teach the Malaysians a thing or two about corruption? That's bullshit if you ask me.



Jose Ugaz The Decepticon

Malaysians love their country. For years under prudent and world class administration (8th Most Efficient Government In The World by WEF), we have seen this country of ours blossommed into a high paced developing nation. So when some crook came here and thrash-talked about Malaysia when his motherland is widely known to be as corrupted as a Chineseman, how would you react? When Malaysia agreed to host the IACC, the political donation claims were not even heard of. And without making any research on his own, Ugaz chose to listen to the same mouths who lied about the 40,000 Bangladeshi phantom voters and the same people who've shamely staged blackout scenes during our recent General Elections, ending up making a fool of himself and his motherland.

His speech yesterday was very rude and full of hatred, the kind of speech that you would get when you listen to the seditious speeches from the opposition. Having said that, it is not surprising to conclude that Mr Ugaz himself finds inclination towards the Malaysian opposition while at the same time he is ironically representing his government!

Such conclusion brings us to the question as to who has paid him to speak ill of the host in front of the whole world?Are you under some sort of pressure to condemn Malaysia?They must have paid you a hefty amount considering the poor standing of Peru in the Corruption Index annually since 1999.



For years the Peruvian government has failed to resolve the corruption scandal that brought down its former President Alberto Fujimori, a scandal  amounting up to USD40 million!Why the lack of action against Fujimori, dear Jose Ruaz? Were your people like yourself paid by the Fujimori family to whitewash the allegations? (Source:CBS)

Your country will be having its Presidential Elections next year with 5 candidates contesting, 4 of whom are rumoured to be under investigation for multiple crimes that also include: corruption!! (insert surprised emoji here). Mr Garcia is currently charged with housing bribery worth USD850,000 while Mr Toledo is investigated in a corruption scandal that involved some USD5 million. (Source: The Americas)

Our country on the other hand, is progressing its position in the Corruption Index, with 52 points (2014), 50 points (2013) and 49 points in 2012. It is not too much to say that Malaysia is advancing well unlike your country Mr Ugaz, always consistently placed poorly up till today. It is undoubtedly offensive and discourteous to belittle a host country that is progressing rapidly against corruption when yours belong to the group of countries which fails to curb corruption.

Please do us a favour by returning to your home country and feel free to be embarassed by your foolish speech about a country whose corruption index is better that yours. Stop mortifying Peru and start apologizing to Malaysia and its people for your slanderous speech. Now we expect you to commit suicide by a single gunshot to the head as a form of sacrifice for your stupidity.